Bintik Bintik Merah Pada Kulit Kepala Tanda Kanser


Bintik Bintik Merah pada Kulit Kepala Tanda Kanser? ||  First time aku baca, seram jugak ek! Kena ambil tahu info ni guys. Ramai yang anggap kanser kulit hanya berlaku di bahagian yang terbuka seperti kulit muka dan sebagainya. Sebenarnya, barah kulit boleh juga terjadi di kawasan yang terlindung daripada cahaya matahari seperti di kulit kepala. Ia boleh membuatkan kulit kepala merah dan berkuping.
Namun, kanser kulit yang terbentuk pada kawasan kulit kepala sukar untuk dikesan. Malah, sebarang abnormaliti seperti tahi lalat atau kulit kepala merah susah untuk dilihat kerana ia mungkin terlindung di sebalik helaian rambut.
Walaupun rambut pada kawasan kepala boleh memberikan perlindungan daripada pancaran matahari, namun sebenarnya ia tidak dapat melindungi sepenuhnya.
Oleh sebab itu, individu yang berisiko untuk menghidap kanser kulit perlu lebih berhati-hati dan memberikan tumpuan yang lebih pada kawasan kulit kepala.
Kanser kulit VS kanser kulit di kawasan kepalaWalaupun nampak berbeza, ia berkongsi simptom yang sama. Cuma, penghidap kanser kulit di kepala menghadapi cabaran yang lebih besar kerana ia sukar untuk dikesan dan dicegah.
Lebih menyukarkan keadaan, kebanyakan orang yang sering melakukan pemeriksaan kendiri juga tidak akan memeriksa kawasan kulit kepala.
Tidak dinafikan, pemeriksaan kulit kepala merupakan sesuatu yang sukar untuk dilakukan sendiri.
Sebab itulah, menurut laman sesawang Roswell Park, tukang gunting dan pendandan rambutlah yang selalunya berjaya mengesan sebarang abnormaliti pada kawasan kulit kepala pelanggan mereka.
Ada beberapa jenis kanser kulit yang berbeza boleh terbentuk pada kawasan kulit kepala.
Dua jenis kanser yang paling lazim ialah kanser kulit sel basal dan sel skuamus. Kedua-dua kanser kulit ini mempunyai kadar kesembuhan yang tinggi.
Namun, ada satu lagi jenis kanser yang lebih agresif dan sukar untuk dirawat iaitu kanser kulit melanoma.
Kanser kulit melanoma yang berlaku pada kawasan kulit kepala lebih berbahaya berbanding melanoma yang lain.
Malah, ada kajian yang menunjukkan kanser kulit melanoma yang berlaku pada kulit kepala dan leher mempunyai kadar kematian dua kali lebih tinggi berbanding kanser kulit yang berlaku di kawasan lain.
Bahaya bukan!
Apakah tanda kanser di kulit kepala?Tanda kanser pada kulit kepala mungkin berbeza mengikut jenis:
1. Kanser kulit sel basalKanser sel basal merupakan penyakit kanser kulit yang paling ringan dan lazim berlaku. Malah, ia sering ditemui di kawasan kepala dan leher berbanding anggota badan yang lain.
Antara tanda kanser ini ialah kulit kepala merah, berbintik dan mudah terluka. Jika kanser tersebut lebih besar, pesakit mungkin boleh nampak salur darah pada permukaannya.
2. Kanser sel skuamusKanser sel skuamus pula ialah kanser jenis kedua yang lazim selepas sel basal. Ia selalunya menyerang individu berkulit cerah dan muncul pada kawasan kulit yang terdedah pada cahaya matahari, termasuklah kulit kepala.
Pesakit kanser sel skuamus mempunyai kulit kepala yang kasar dan berkuping. Kanser tersebut juga akan membentuk benjolan yang lembut apabila disentuh. Tidak mustahil pesakit akan alami kulit kepala merah dan bersisik.
Apabila kanser kulit menjadi semakin teruk, pesakit mungkin akan alami ulser pada kulit kepala.
3. Kanser melanoma
Tanda kanser melanoma pada kulit kepala mungkin berbeza mengikut individu. Namun, kebanyakannya muncul sebagai bintik hitam. Tahi lalat ini juga mungkin bertukar warna dan mempunyai keliling yang lebih gelap.
Walaupun begitu, kanser melanoma juga boleh muncul sebagai bintik merah pada kulit kepala. Namun, kondisi ini lebih jarang berlaku.
Bagaimana saya boleh periksa kulit kepala saya?Tidak dinafikan, pemeriksaan kulit kepala merupakan sesuatu yang sukar. Malah, untuk mengesan sebarang abnormaliti juga bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dengan rambut yang menutupi kulit kepala.
Jika anda risau mengenai kanser pada kawasan kulit kepala, anda perlu minta pertolongan orang lain seperti pasangan atau kawan untuk memeriksa rambut anda secara berhati-hati.
Namun, jika anda inginkan pemeriksaan profesional, doktor boleh melakukan pemeriksaan fizikal untuk anda. Mereka juga mempunyai alatan yang sesuai untuk melakukan diagnosis.
Oleh sebab itu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan secepat mungkin, lebih-lebih lagi jika anda berisiko tinggi untuk mengalami penyakit kanser kulit.
Jika kulit kepala merah, sakit atau berkuping tanpa sebab, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Mungkin semua masalah ini berlaku disebabkan masalah kesihatan lain, namun masih ada risiko untuk anda menghidap kanser.
Kanser yang dikesan awal mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk sembuh. Sebab itulah, pengesanan awal amat digalakkan oleh pakar.
KesimpulanPunca utama kanser kulit adalah pendedahan terhadap cahaya matahari. Walaupun terhalang dengan rambut, kulit kepala juga boleh terdedah kepada sinaran matahari lebih-lebih lagi jika anda botak atau mempunyai rambut yang nipis.
Oleh sebab itu, anda perlulah melindungi kulit kepala daripada sinar matahari. Pakai topi jika boleh dan semburkan pelindung matahari pada kawasan kulit kepala anda.
Jika anda berisiko untuk mengalami penyakit kanser kulit, periksa kulit kepala anda dengan kerap. Gunakan cermin untuk memudahkan pemeriksaan.
Selain itu, pastikan anda berjumpa doktor jika kulit kepala merah, berkuping atau mengalami pertumbuhan yang abnormal.
Kanser pada kawasan kulit kepala selalunya mempunyai prognosis yang lebih teruk berbanding kanser kulit biasa. Jadi, jangan pandang rendah kanser kulit pada kawasan kepala. Dengan pengesanan awal, anda boleh mencegahnya.






INFO from here: 
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/07/bintik-bintik-merah-pada-kulit-kepala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepala Dah Nak Keluar Ni Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Di Balai Bomba

Kepala Dah Nak Keluar Ni Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Di Balai Bomba

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 354 hits
Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni Jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak semalam masih terngiang ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad 33 sehingga kini Pengalaman menyambut bayi ...
Mommy Tak Ada Pilihan Suka Sangat Buka Tutup Peti Sejuk Sekali Muncul Satu Kepala

Mommy Tak Ada Pilihan Suka Sangat Buka Tutup Peti Sejuk Sekali Muncul Satu Kepala

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 428 hits
Kejap kejap buka peti sejuk Kadang tu bukan nak ambil apa pun tapi saja nak buka Ada tak anak mama yang macam ni Biasanya usia anak antara dua hingga enam tahun boleh dikatakan ini salah satu tabiatnya Walaupun dilarang tetap akan buat juga...
Sejadah Dia Nipis Sangat Sakit Lutut And Kepala Kadang2 Eyra Hazali K0men Pasal Sejadah Neelofa

Sejadah Dia Nipis Sangat Sakit Lutut And Kepala Kadang2 Eyra Hazali K0men Pasal Sejadah Neelofa

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 314 hits
Pelakon Eyra Hazali berkongsi pendapat peribadi di laman Twitter miliknya selepas menggunakan sejadah di bawah koleksi jenama selebriti popular Neelofa
Vaksinasi Covid Di Ponpes Dan Madrasah Cianjur Kepala Bin Harap Tetap Patuh Prokes

Vaksinasi Covid Di Ponpes Dan Madrasah Cianjur Kepala Bin Harap Tetap Patuh Prokes

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 223 hits
Menurutnya vaksinasi Covid 19 bisa menyelamatkan diri sendiri serta keluarga Khususnya vaksinasi Covid 19 di Ponpes sangatlah penting guna mencegah santri atau siswa terpapar Covid 19
Tin Minuman Boleh Melekat Dekat Kepala Lelaki Ini

Tin Minuman Boleh Melekat Dekat Kepala Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 384 hits
Dunia kini masih menyimpan berbagai perkara unik yang tidak boleh dijelaskan Salah satunya seperti yang terjadi pada seorang lelaki berasal dari Florida Jamie Keeton Lelaki ini menggempar kerana boleh menyedut tin tin minuman Liang liang ku...
Dki Transfer Bansos Tunai Hari Ini Ke 907 616 Kepala Keluarga

Dki Transfer Bansos Tunai Hari Ini Ke 907 616 Kepala Keluarga

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 219 hits
Dinas Sosial Provinsi DKI Jakarta pada Senin telah menyalurkan bantuan sosial tunai tahap 5 dan 6 kepada 907 616 kepala keluarga Dari jumlah tersebut masih ada 99 763 kepala keluarga yang belum menerima manfaat BST hari ini karena proses pe...
Kepala Bnn Minta Personel Antisipasi Transaksi Narkotika Melalui Dark Web

Kepala Bnn Minta Personel Antisipasi Transaksi Narkotika Melalui Dark Web

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 232 hits
Penekanan itu dilatarbelakangi dengan adanya data peningkatan penggunaan ganja sebanyak 42 persen dari 77 negara di dunia berdasarkan hasil survey of health professionals
Mendagri Desak Kepala Daerah Segera Berikan Vaksin Ke Masyarakat Jangan Disimpan

Mendagri Desak Kepala Daerah Segera Berikan Vaksin Ke Masyarakat Jangan Disimpan

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 215 hits
Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian meminta agar kepala daerah tidak menyimpan vaksin Covid 19 Pemberian vaksin dari Kementerian Kesehatan harus segera diberikan kepada masyarakat
Kepala Satpol Pp Pastikan Pelaku Penipuan Bukan Pns

Kepala Satpol Pp Pastikan Pelaku Penipuan Bukan Pns

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 226 hits
Arifin mengatakan di masa sulit akibat pandemi Covid 19 menjadi celah bagi dua terduga pelaku YF dan BA untuk mendapatkan keuntungan dengan cara penipuan
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket

Hobby Of Coins Collection Among The Younger Generations Nowadays

Curang Itu Pilihan Tapiiii