Bintang Youtube Kanak Kanak Jana Pendapatan Bagi Keluarga


Fadila Awaludin

Pun begitu, Faizul tetap memastikan anak-anaknya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Raja Muhammad Mikael, 6, dan Raja Farhana, 8, sebagai tunjang utama “Kumika Kufaizul”. Pereka kandungan kreatif, Raja Faizul Raja Shahriman, 42, pada mulanya hanya merakam aktiviti anak-anaknya seperti berpantun, berteka-teki dan berseloka dalam loghat Negeri Sembilan dan memuat naik di akaun media sosial seperti YouTube secara suka-suka.
Bagaimanapun, selepas mendapat reaksi yang positif daripada orang ramai dan mendatangkan hasil lumayan, pemilik akaun “Kumika Kufaizul” mula serius dan menjadikan dua anaknya, Raja Muhammad Mikael, 6, dan Raja Farhana, 8, sebagai tunjang utama.
“Boleh dikatakan sumber pendapatan keluarga bergantung sepenuhnya kepada hasil YouTube dan media sosial. Saya selalu menjelaskan kepada anak-anak bahawa hasil pendapatan itu datang daripada apa yang mereka lakukan,” kata Faizul kepada MalaysiaNow.
Kini akaun Kumika Kufaizul memiliki 46.3 ribu pengikut dan 3.77 juta tontonan di YouTube.
Jumlah pendapatan ini diperoleh hasil daripada jumlah langganan saluran, tontonan kandungan yang dimuat naik dan tontonan iklan.
Pada tahun 2020, statistik pendapatan YouTuber menunjukkan kanak-kanak kacukan Rusia-Amerika berusia tujuh tahun yang dikenali sebagai Like Nastya, mampu menjana pendapatan sebanyak RM31.4 juta sebulan.
Memiliki langganan sebanyak 68.7 juta dengan 51 juta tontonan, Nastya atau nama sebenarnya Anastasia Radzinskaya menjadi antara YouTuber kanak-kanak yang memiliki pendapatan paling tinggi.
Raja Farhana dan Raja Muhammad Mikael bersama ibu dan bapa mereka, Faizul Raja Shahriman dan Siti Nur Bahirah.Keyakinan kanak-kanak bertambah
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Hilwa Abdullah berkata kecenderungan kanak-kanak untuk menjadi YouTuber berlaku disebabkan pemerhatian dan maklum balas yang diterima daripada persekitarannya.
“Menjadi seorang YouTuber itu tidak salah kerana ia juga memerlukan kemahiran dalam menarik perhatian penonton. Bagaimanapun setiap tindakan itu ada baik dan buruk,” katanya yang juga merupakan ahli psikologi kepada MalaysiaNow.
“Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing kanak-kanak terutama ketika usia yang masih kecil,” katanya dan menambah kerjaya sebagai YouTuber dapat membentuk keyakinan kanak-kanak tetapi tetap perlu dipantau oleh ibu bapa.
Beliau bagaimanapun berkata, pendidikan masih perlu diutamakan kerana populariti tidak kekal selama-lamanya.
Faizul bersetuju dengan pandangan Hilwa dan berkata dia tetap memastikan anak-anaknya tidak ketinggalan dalam pelajaran.
“Pendidikan adalah perkara utama dan saya memandang serius mengenai perkara itu.
“Walaupun mereka YouTuber tetapi saya mendidik anak untuk menghabiskan masa dengan aktiviti seperti membaca, melukis dan bermain,” katanya.
Sampaikan mesej positif
Faizul berkata, dia tetap mengawal masa penggunaan gajet anak-anaknya supaya masih aktif bermain di luar rumah dan mengeluarkan peluh.
“Tidak dibenarkan permainan video, saya dan anak-anak akan meluahkan waktu bersama untuk bercerita kerana komunikasi itu penting antara ibu bapa dengan anak-anak”.
Kandungan video yang dimuat naik juga dititikberatkan oleh Faizul dalam menyampaikan mesej positif melibatkan hubungan kekeluargaan.
Faizul akan memastikan setiap rakaman yang diambil mempunyai makna tersendiri sekali gus dapat mendidik penonton dalam memberikan contoh yang baik kepada mereka.
“Saya akan menyediakan kandungan yang sesuai dan mempunyai unsur didikan kerana anak-anak masih kecil.
“Saya ingin menyampaikan mesej positif kepada orang ramai dan ini secara tidak langsung membuatkan saya memperbaiki diri”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/bintang-youtube-kanak-kanak-jana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasil Ternakan Kambing Boleh Jana Pendapatan Lumayan

Hasil Ternakan Kambing Boleh Jana Pendapatan Lumayan

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 316 hits
Produk Berguna Dari Kambing Biasanya orang akan menjadikan kambing sebagai bahan ejekan contohnya kalau malas bangun pagi macam kambing atau malas mandi juga disamakan dengan kambing Hasil Produk Ternak KambingRamai yang nampak kambing adal...
Kanak Kanak Lemas Dalam Tong Jenazah Dijangka Dikebumi Dekat Kediaman Keluarga Kandung

Kanak Kanak Lemas Dalam Tong Jenazah Dijangka Dikebumi Dekat Kediaman Keluarga Kandung

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 249 hits
JASIN Jenazah kanak kanak malang yang dilaporkan lemas dalam tong dalam kejadian di Taman Krubong Jaya Melaka Tengah Jumaat lalu akan dituntut dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pagi ini Menurut seorang waris keluarga ibu kandu...
Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Dengan Tidak Berbuat Apa Apa

Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Dengan Tidak Berbuat Apa Apa

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 233 hits
21 total views 21 views today Salah satu cara yang boleh mendapatkan wang untuk memenuhi keperluan seharian tentu saja dengan bekerja Mungkin tiada perkara yang pelik pada masa kini ada sahaja cara manusia boleh menjana pendapatan walaupun ...
Jenazah Kanak Kanak Dipercayai Mangsa Dera Sudah Dituntut Keluarga Kandung

Jenazah Kanak Kanak Dipercayai Mangsa Dera Sudah Dituntut Keluarga Kandung

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh Polis mengawal ketat Madrasah As Syakirin Simpang Bekoh Jasin di mana jenazah mangsa akan disembahyangkan sebelum dikebumikan NSTP AMIR MAMAT JASIN Jenazah kanak kanak dipercayai mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubon...
Kurma Premium Al Hannan Jom Jana Pendapatan Jual Kurma

Kurma Premium Al Hannan Jom Jana Pendapatan Jual Kurma

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 748 hits
Korang suka kurma tak Kalau Cik Sue jangan tanya la wajib ada kat rumah dan dapurku Dari kecik memang ma abah ajar makan kurma kalau dulu tinggal kat pedalaman kampung hulu susah nak dapat kurma bulan puasa je la ada peraih datang jual Seka...
Keluarga Angkat Sedih Kanak Kanak Maut Didera Ibu Kandung Selepas Dipulangkan

Keluarga Angkat Sedih Kanak Kanak Maut Didera Ibu Kandung Selepas Dipulangkan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 622 hits
Sejak semalam tular di media sosial apabila seorang kanak kanak berusia tujuh tahun ditemui maut terlangkup didalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya Alor Gajah Melaka Terdapat juga kesan lebam di badan mangsa dipercayai didera ole...
Jana Pendapatan Menjual Kurma Premium Al Hannan

Jana Pendapatan Menjual Kurma Premium Al Hannan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 622 hits
hai assalammualaikum Jana Pendapatan Menjual Kurma Al Hannan Kurma Premium Dari Arab Saudi Boleh dikatakan kurma ni orang ambil bukan bulan puasa je hari hari biasa pun orang makan kurma ni Banyak manfaat kurma kalau kita makan secara haria...
Keluarga Magdalena Terima Sumbangan

Keluarga Magdalena Terima Sumbangan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 314 hits
Georgetown Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi sumbangan hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya Begitu kata Magdalena Herkules Manulu 39 selepas kisahnya menyelongkar tong sampah bagi mencari barangan terpakai untuk dijual ...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Drama Good Boys Go To Heaven


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Monjauro Third Dose

Mijan Cabut Gigi Di Abby Dental Clinic Taman Universiti

Panduan Pilih Water Filter Portable Penting Semasa Krisis Air Kotor

Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Hadiah Birthday