Bina Paint Cat Keluaran Syarikat Muslim Jom Viral


Alhamdulillah, ada hamba Allah minta aku kongsi berkenaan Cat jenama Bina Paint yang diusahakan oleh usahawan Muslim yang berjaya, encik Adam Rosli. Semoga Allah merahmati beliau kerana menunaikan tuntutan fardu kifayah




Bermulanya kisah kejayaan...


KUALA LUMPUR 13 Jan. - Minat berniaga sejak di bangku sekolah ba­nyak memberi manfaat kepada Pengarah Urusan Bina Integrated Industries Sdn. Bhd. (Bina Integrated), Rosli Adam dalam membina perniagaan sendiri.
Selepas tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau bekerja secara sambilan di kedai runcit untuk mendalami selok-belok perniagaan di samping menampung perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran.
Setelah mena­mat­kan pe­ngajian di Universiti Put­ra Malaysia (UPM) dalam Ijazah Sains Perniagaan Tani, Rosli menu­buh­kan perniagaan sendiri pada 1990 sebagai kontraktor awam dengan modal kira-kira RM5,000 hasil simpanan sendiri dan pinjaman daripada keluarga serta rakan-rakan.
“Selepas tamat belajar saya tidak pernah bekerja makan gaji. Bermula sebagai kontraktor awam dan kemudian memfokuskan kepada kerja-kerja kalis air, lapisan gelanggang sukan serta tangki air dengan bahan.
“Bagaimanapun, kejatuhan ringgit daripada RM2.70 kepada RM3.80 ketika krisis kewangan 1998 menyebabkan saya kerugian antara RM10,000 hingga RM15,000 untuk satu kontena. Ketika itu, terdetik di hati saya untuk menghasilkan produk dengan jenama sendiri yang sesuai dengan iklim Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tambah Rosli, Bina Integrated memperkenalkan cat jenama Bina Paint pada 2009. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) cat mengambil masa selama tiga tahun bermula 2006 dengan dibantu oleh penyelidik universiti awam tempatan.
Skop pasaran Bina Paint lebih besar jika dibandingkan dengan produk kalis air kerana setiap bangunan yang baharu dibina atau selesai dibaik pulih memerlukan cat untuk kerja-kerja kemasan dan dekorasi. Selain itu, proses pengeluaran cat adalah lebih mudah.
“Kami lebih tertumpu pada projek-projek komersial selain memfokuskan jualan di kedai-kedai perkakasan. Banyak ba­ngunan telah menggunakan cat Bina Paint termasuk masjid, sekolah dan universiti.



“Kami turut memberikan khidmat nasihat kepada pengguna dan kontraktor daripada aspek kuantiti penggunaan cat serta konsultasi warna supaya pelanggan mendapat gambaran bagaimana warna yang dipilih akan digunakan pada bangunan atau projek,” katanya.
Tambah Rosli, pihaknya mengalu-alukan kontraktor ke­cil dan sederhana untuk me­nyertai Bina Applicator Program yang menyediakan khidmat latihan.
“Kami diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk me­latih kontraktor membuat kerja-kerja kalis air dan gelanggang sukan. Di samping dapat menambah mata CIDB, mereka juga akan menikmati pelbagai tawaran menarik daripada Bina Paint.





“Bina Paint merupakan jenama cat patuh syariah pertama di Malaysia. Keunikan cat ini telah menarik minat pelbagai pihak untuk menggunakannya di samping kualitinya yang setanding dengan cat jenama antarabangsa,” ujarnya.
Setelah hampir 28 tahun berniaga, Rosli kini boleh bersyukur dengan kejayaan yang dikecapi apabila memiliki kilang memproses produk de­ngan dibantu oleh 37 kakita­ngan serta lebih 100 pengedar di seluruh negara selain mempunyai cawangan di Kedah, Pahang dan Kelantan bagi memudahkan urusan pengedaran.



Mengenai cabaran perniagaan yang dihadapi, Rosli memberitahu produk keluaran bumiputera sukar untuk dijual di kedai perkakasan milik bukan bumiputera. Mengakui agak kecewa dengan keadaan itu, beliau tidak berputus asa sebaliknya merangka strategi terbaik untuk terus bersaing.
Menggunakan ‘nilai’ yang terdapat pada Bina Paint ter­nyata berjaya menambat hati pengguna apabila produknya mendapat permintaan tinggi di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu.
Bina Integrated menerima pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900:2014 daripada SIRIM pada 2017. Ini memerlukan pihaknya sentiasa menitikbe­ratkan pematuhan dalam setiap bahagian syarikat termasuk aspek kewangan, pengurusan, sumber manusia, pemasaran dan bahan mentah yang digunakan.
Kejayaan Bina Integrated turut dibantu menerusi galakan dan bantuan yang diterima daripada pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), SME Bank, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Corp. dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).





Mengenai perancangan untuk menembusi pasaran eks­port, Rosli berkata, hasrat itu sedang diusahakan bagi mencari potensi dan rangkaian pengedaran terbaik dalam bidang pembinaan dengan mengikuti program Perbadanan Pemba­ngunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sehingga ke Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, India dan Turki.
Menurut Rosli, usahawan bumiputera perlu merebut peluang dalam setiap program atau geran yang disediakan oleh kerajaan.
“Para usahawan perlu merujuk kepada pihak yang lebih arif supaya tahu arah mana yang harus dituju. Potensi untuk berkembang akan terbantut sekiranya menguruskan perniagaan secara bersendirian,” katanya.
Sumber : Utusan.com.my




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/01/bina-paint-cat-keluaran-syarikat-muslim.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Viral Air Karbonat Maduria Keluaran Muslim

Jom Viral Air Karbonat Maduria Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 3134 hits
Banyak minuman berkabonat dipasaran tetapi sukar nak jumpa yang dihasilkan oleh anak Melayu sendiri Ok entri kali ni aku kongsikan pasal satu jenama Air gas karbonat Bumiputera Maduria baca sampai habisAir gas karbonat bumiputera Maduria Ca...
Sokong Sardin Heritage Keluaran Bumiputera Jom Viral

Sokong Sardin Heritage Keluaran Bumiputera Jom Viral

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1082 hits
Apa kebaikan ikan sardin Heritage Produk sardin ini keluaran Bumiputera Islam 100 Jadi anda tidak perlu risau untuk membelinya malah memberikan sokongan kepada pihak syarikat untuk berkembang Harga yang jimat dengan kualiti yang terbaik dip...
Jom Viral Kedai Sparepart Kereta Muslim Pulau Pinang

Jom Viral Kedai Sparepart Kereta Muslim Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 678 hits
Memang susah sangat nak cari kedai alat ganti kereta kepunyaan Muslim majoriti kepunyaan orang bukan IslamTapi kat Pulau Pinang ada Harap anak anak Melayu yang pandai repair kereta tu cari kedai niDengar cerita tauke kedainya suka derma kat...
Jom Viral Keropok Lekor Pozi Produk Muslim

Jom Viral Keropok Lekor Pozi Produk Muslim

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 790 hits
Keropok lekor memang memang kegemaran aku lagi banyak rasa ikan lagi aku suka ok sekarang nak cerita satu produk kerpok lekor yang sahih buatan Muslim untuk korang cuba rasa Keropok lekor PoziAssalamualaikum Alhamdulillah KEROPOK LEKOR POZI...
Jom Viral Anak Melayu Cipta Laman Web Tempahan Hotel Mesra Muslim

Jom Viral Anak Melayu Cipta Laman Web Tempahan Hotel Mesra Muslim

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 445 hits
Salam Saya Mohon share Berita baik FwdTRIPFEZ LAMAN WEB TEMPAHAN HOTEL MESRA MUSLIM SELURUH DUNIA CIPTAAN ANAK MELAYU Sekarang ni bila kita nak pergi melancong dan nak tempah hotel laman web yang selalu kita layari adalah Agoda Booking com ...
Sokong Baja Organik Keluaran Muslim

Sokong Baja Organik Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 499 hits
Assalam kepada semua pembaca dan pengikut blog ini Ok sekarang aku nak kongsikan satu produk baja buatan Muslim Ianya merupakan sejenis baja organik cair yang dikenali dengan nama Pupuk Organik Cair Pak Haji Aku ni bukan cerdik sangat pasal...
Daging Kambing Perap Ngarok Keluaran Muslim Memang Padu Rasanya

Daging Kambing Perap Ngarok Keluaran Muslim Memang Padu Rasanya

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 763 hits
Siapa kat sini peminat daging kambing aku salah seorang penggila daging kambing aroma rempah menusuk hidung memang padu rasanya kali ni spesial untuk peminat daging kambing aku nak promote satu produk 100 buatan Muslim Daging Kambing Ngarok...
Dapatkan Segera Kimchi Dan Sayur Jeruk Asin Keluaran Muslim

Dapatkan Segera Kimchi Dan Sayur Jeruk Asin Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 629 hits
Assalammualaikum komrad sekalianKepada peminat peminat filem Korea atau yang pernah melawat negara Korea mesti pernah dengar dan rasa makanan masyarakat Korea yang dipanggi Kimchi Ok sekarang ni aku nak komrad semua viralkan berkenaan satu ...
Sokong Pau Sejuk Beku Rmias Keluaran Muslim

Sokong Pau Sejuk Beku Rmias Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 718 hits
Assalamualaikum Kami TSG Expert Food Industries Sdn Bhd merupakan pengilang sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang beroperasi di Kedah Halal Park Sungai Petani Kedah Disamping itu kami juga mempunyai cawangan Stokis Utama yang terletak di B...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade