Bina Klia3 Tak Masuk Akal


Manzaidi Mohd Amin Dr. Ibrahim Ali  
KUALA LUMPUR – Hasrat kerajaan kononnya hendak membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 3 (KLIA3) disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Ini kerana ketika negara menanggung beban hutang yang begitu besar, kata presiden penaja Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Menurutnya, apa keperluan kerajaan hendak membina KLIA3 di Nilai, Negeri Sembilan sedangkan hutang negara ketika ini mencecah RM1 trilion.

“Telah tular berita mengenai hasrat kerajaan hendak membina KLIA3 di Nilai. Rakyat mesti diberitahu kerana ini akan melibatkan tanggungan berbillion ringgit oleh kerajaan atas apa cara kaedah pelaksanaannya sekalipun.

“Tidakkah kerajaan sekarang sedar hutang negara sudah mencecah RM1 trilion, dan difahamkan enam minggu pertama tahun ini, kerajaan sudah meminjam RM19 bilion. Kalau tidak benar, minta Kementerian Kewangan nafikan,” katanya kepada media hari ini.

Semalam tular spekulasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk membina projek KLIA3 di Nilai seperti didakwa oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipecat, Datuk Lokman Noor Adam.

Ibrahim yang tidak bersetuju dengan hasrat itu berkata, KLIA1 belum maksimun penggunaannya malah tarafnya turun seperti lapangan terbang negara dunia ketiga, selain hilang pendapatan sekitar RM4.4 bilion termasuk kerugian teruk dialami MAHB.

Ini belum diambil kira kerugian MAS sebanyak RM21 bilion dan terkini heboh syarikat penerbangan itu akan dijual atau mencari rakan kongsi.

“Sedih dengar cerita ini, lebih kurang cerita 1MDB juga atau lebih teruk. Bertiup khabar angin pula MAHB akan dijual kepada Gatwick UK? Semua ini memerlukan jawapan MOF dan Kementerian Pengangkutan.

“Hasrat untuk membina KLIA3 bukan dongeng atau fitnah kerana mengikut maklumat, pada Disember lalu sudah ada perbincangan kontraktor Gerbang Angkasa dengan konsultan bagi pakej kerja tanah.

“Difahamkan pakej kerja tanah sahaja bernilai RM1.2 bilion, ini belum masuk kos pembinaan yang pastinya berbilion,” kata beliau.

Ibrahim menyifatkan apa didengarinya itu sebagai cerita ngeri kepada rakyat dan negara kerana kerajaan sepatutnya mengambil kira hutang negara, perkembangan ekonomi dunia dijangka merudum, harga minyak, lain-lain komoditi tidak stabil dan kos sara hidup rakyat yang masih tertekan.

Beliau juga mahu kerajaan mengutamakan dahulu beban negara tanpa memesong fikiran rakyat dengan pelbagai hujah kononnya sudah dibuat kajian teliti dan sebagainya untuk menghalal pelaksanaan projek KLIA3 bagi Gerbang Angkasa.

Kata beliau, suasana dan keadaan sekarang juga tidak sama dengan tahun 1990-an, di mana rakyat akan menyokong apa juga usaha bagi membangun negara, tetapi berdasarkan keadaan semasa dan keperluannya.

“Tumpukan dahulu supaya lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa singgah di KLIA1 agar memperoleh keuntungan besar, sebelum membina satu lagi lapangan terbang.

“Putra Malaysia mengesa MOF bertindak dan membuat keputusan profesional, bukan atas dasar di luar pertimbangan tidak rasional.

“Kontraktor besar juga ada tanggungjawab sosial kepada rakyat dan negara. Memang kontraktor atau pemaju berhak mencari peluang perniagaan, tapi jangan pula mengambil kesempatan hanya kerana rapat dengan pemimpin tertentu,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/bina-klia3-tak-masuk-akal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkat Baca Bismillah Sebelum Nyanyi Baru Sekali Masuk Terus Juara Ajl34

Berkat Baca Bismillah Sebelum Nyanyi Baru Sekali Masuk Terus Juara Ajl34

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 622 hits
Anugerah Juara Lagu Ke 34 menutup tirainya malam tadi apabila menyaksikan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel diumumkan juara dengan meraih trofi dan wang tunai RM50 000 Menerusi lagu ciptaan beliau sendiri dan Omar K itu Naim atau nama penuhn...
Bappenas Pembentukan Badan Otorita Ibu Kota Baru Masuk Tahap Finalisasi

Bappenas Pembentukan Badan Otorita Ibu Kota Baru Masuk Tahap Finalisasi

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 283 hits
Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa mengatakan pembentukan badan otorita ibu kota baru masuk tahap finalisasi Nantinya Peraturan Presiden mengenai Badan Otorita Pembangunan Ibu Kota Baru juga akan menunjuk pemimpin bad...
Sekat Pelancong Dari Wilayah Zhejiang Dan Jiangsu Masuk Malaysia Berkuatkuasa Serta Merta

Sekat Pelancong Dari Wilayah Zhejiang Dan Jiangsu Masuk Malaysia Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 9 Feb Sekatan perjalanan ke Malaysia yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan pusat penularan novel koronavirus 2019 kini diperluaskan kepada Wilayah Zhejiang dan Wilayah Jiangsu berkuat kuasa...
Cara Nak Masuk Thailand Naik Kereta

Cara Nak Masuk Thailand Naik Kereta

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 783 hits
Ini adalah berdasarkan pengalaman aku memasuki Thailand melalui sempadan Bukit Kayu Hitam dan aku rasa di mana mana sempadan pun akan melalui proses yang sama 1 Beli insuran kereta ThailandNanti dekat tepi tepi jalan Changlun Bukti Kayu Hit...
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina