Bimbang Umno Membalas Dendam Membuat Bersatu Berpaling Tadah



Pada 16 November tahun lalu, calon MCA Wee Jeck Seng mengalhkan calon Bersatu Karmaine Sardini pada pilihan raya kecil Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15,000 undi. Calon yang mewakili Pakatan Harapan itu tewas di semua 128 saluran undi kecuali satu.

Sokongan untuk PH dilaporkan bukan sekadar terhakis di kalangan pengundi Melayu tetapi juga di kalangan masyarakat Cina yang percaya bahawa kepentingan mereka kini tergugat akibat tekanan dan desakan daripada kumpulan konservatif.

Ini mencemaskan penyokong Bersatu.



Sebulan sebelum itu, satu badan kaji selidik bebas mendedahkan bahawa kajian rambangnya mendapati populariti PH telah merosot kepada 35 peratus iaitu tahap paling rendahnya.

Walau bagaimanapun, perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menolaknya dan berkata tinjauan berkenaan sebagai tidak tepat.

Gagal hancurkan Umno
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa apa yang berlaku di Tanjung Piai tidak dapat diterima oleh beberapa pihak dalam Bersatu, termasuk presidennya, Muhyiddin Yassin.

Sejak berkuasa pada 9 Mei 2018, PH mencuba segala daya usaha mereka untuk menghancurkan Umno tetapi gagal melakukannya.



Sebaliknya, Umno kelihatan semakin mantap, dengan para pemimpinnya meniupkan sentimen perkauman dengan kononnya hak-hak Melayu diketepikan di bawah kerajaan PH. Gabungannya dengan PAS memperkukuhkan kedudukan Umno.

Sebagai contoh, paling menjelikkan Dr Mahathir, adalah hakikat bahawa bekas presiden Umno Najib Razak masih mempunyai pengaruh yang sangat luas di media sosial dan mempunyai bilangan pengikut yang besar dalam acara-acara yang dihadirinya meskipun berdepan dengan pelbagai tuduhan berhubung skandal 1MDB. Isterinya, Rosmah Mansor, juga dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Paling lemah

Bersatu, kata sumber lain, adalah parti paling lemah di antara empat komponen PH.

"Keputusan Tanjung Piai membuat Bersatu menyedari bahawa jika ia berterusan bersama PH, ia berisiko akan dilenyapkan pada pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu memberitahu Malaysiakini.



Tambahan pula, sumber itu mendakwa bahawa pemimpin Bersatu bimbang akan berlakunya dendam jika Umno kembali berkuasa.

"Sekiranya Umno memenangi pilihan raya umum akan datang, mereka boleh diheret ke mahkamah dengan cara yang sama PH mengheret pemimpin Umno dan BN ke mahkamah.

"Mereka lakukan apa sahaja terdaya untuk membunuh Umno - bekukan akaun, propaganda harian mengenai Tabung Haji, Felda, ugutan untuk menyahdaftarkan parti itu, mendakwa pemimpin mereka dan memujuk ahli parlimen Umno untuk berpaling tadah.

"Di sebalik semua ini, calon Melayu Bersatu terkubur di Tanjung Piai. Dia kalah kepada calon Cina dalam kerusi majoriti Melayu di negeri asal Muhyiddin di Johor.

"Jika kamu dalam kedudukan Muhyiddin dan pemimpin Bersatu, adakah kamu tidak bimbang?" soal sumber itu.

Balas dendam

Justeru, kata sumber, rampasan kuasa minggu lalu, yang menyaksikan Mahathir dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim tersungkur, bukan hanya mengenai politik.



"Mereka takut akan didakwa ataupun balas dendam.

"Kamu bekukan akaun kita, kecam pemimpin kita, curi orang kita (wakil rakyat Umno) dan gunakan segala jentera kerajaan yang ada untuk menyerang kita, dan mengharapkan kita tidak akan membalas dendam apabila kita tewaskan kamu pada PRU15?" soalnya.

Sumber itu berkata keputusan Mahathir untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri sehari selepas Langkah Sheraton juga melancarkan rampasan kuasa dan menyakinkan Muhyiddin, yang memimpin Bersatu keluar dari PH.

Semalam, Mahathir mendedahkan beliau telah meminta Muhyiddin menunggu sehingga perbicaraan rasuah terhadap pemimpin Umno berakhir sebelum memutuskan sama ada untuk bekerjasama dengan mereka.

MR :  Nampak tuduhan kepada pimpinan UMNO adalah tokok tambah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/bimbang-umno-membalas-dendam-membuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Bentuk Gabungan Baru Najib Setuju Bersatu Umno Pas Warisan Gps

Tun M Bentuk Gabungan Baru Najib Setuju Bersatu Umno Pas Warisan Gps

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 577 hits
Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharuSHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Parlimen UMNO dilaporkan sudah bersetuju dengan gabungan baharu yang bakal dibentuk di Putrajaya tetapi dengan syarat tert...
Umno Pas Tak Suka Bersatu Parlimen Mungkin Bubar

Umno Pas Tak Suka Bersatu Parlimen Mungkin Bubar

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 249 hits
Pilihan raya umum ke 15 mungkin diadakan dalam tahun ini memandangkan tidak wujud keserasian dalam kerajaan Perikatan Nasional terutama Umno Pas menghadapi Bersatu Setiusaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook mendakwa Umno dan Pas sebena...
Konsep Kerajaan Perpaduan Pas Masih Boleh Mendekati Dan Menyokong Tun Mp Umno Yang Setuju Segera Istihar Join Bersatu

Konsep Kerajaan Perpaduan Pas Masih Boleh Mendekati Dan Menyokong Tun Mp Umno Yang Setuju Segera Istihar Join Bersatu

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 382 hits
Hanya tidak pada UMNO tetapi yes kepada MP UMNO tertentu yang mahu menyokong Elok join BERSATU sekarang Termasuk MP dari PKR dan AMANAH your boss takkan berani sumpah anda Ini bukan Tun minta nyawa k Ini kalau kau orang nak sambung nyawa
Umno Pas Bersatu Berpakat Tumbangkan Ph

Umno Pas Bersatu Berpakat Tumbangkan Ph

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 264 hits
Umno yang kononnya bermusuh dengan menteri menteri dari Bersatu malam tadi mengakui akan membentuk gabungan baharu dengan parti lawannya itu dan PAS Setiausaha agungnya Annuar Musa berkata Umno tidak akan menyertai Bersatu sebaliknya hanya ...
Kerajaan Baru Setiausaha Dap Dedah Ini Niat Pas Dan Umno Terhadap Bersatu

Kerajaan Baru Setiausaha Dap Dedah Ini Niat Pas Dan Umno Terhadap Bersatu

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 342 hits
Baru ni Anthony Loke memberitahu wartawan tentang niat sebenar PAS dan UMNO terhadap Bersatu dalam Muafakat Nasional Ada benarnya Tak sangka Baca selanjutnya Kerajaan Baru Setiausaha DAP Dedah Ini Niat PAS dan UMNO Terhadap Bersatu
Umno Perompak Hanya Persepsi Bersatu Ujar Redzuan Yusof

Umno Perompak Hanya Persepsi Bersatu Ujar Redzuan Yusof

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 533 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengorbankan dan membelakangkan prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO disifatkan sebagai mainan persepsi Sebaliknya BERSATU mengamalkan prinsip tidak meletakk...
Langsung Gabungan Baru Bersatu Umno Kem Azmin Gps Pas Warisan Di Istana Negara

Langsung Gabungan Baru Bersatu Umno Kem Azmin Gps Pas Warisan Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 478 hits
Diterbitkan Hari ini 6 20 petangBERITALANGSUNG Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan kumpulan politik yang bermula pagi ini Sumber Bersatu Umno kem Azmin GPS PAS Warisan di Istana Negara7...
Did Umno Ask Pm To Resign Bersatu To Leave Please La Najib

Did Umno Ask Pm To Resign Bersatu To Leave Please La Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 261 hits
Was it Umno that asked PM to resign Bersatu to leave 8 40am Former Umno president Najib Abdul Razak defends his party against accusations that it has a hand in the current national political crisis Instead he joins his party s chorus for Pa...
Bersatu Dan Umno Boleh Anggap Sahaja Ini Adalah Kemenangan Dap

Bersatu Dan Umno Boleh Anggap Sahaja Ini Adalah Kemenangan Dap

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 402 hits
Pemimpin Bersatu menyifatkan Tommy Thomas menyalahgunakan kuasa dan mencabar kewibawaan menteri dalam negeri manakala pemimpin Pemuda Umno menggesa dia letak jawatan
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Saya Bukan Jenis Menggedik Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi