Bimbang Keselamatan Anak Anak Makin Ramai Ibubapa Mahu Suntikan Vaksin Diwajibkan



JOHOR BAHRU - Seruan mewajibkan pengambilan vaksin imunisasi bagi membendung penularan penyakit berjangkit semakin kuat kedengaran ekoran beberapa lagi kes difteria direkodkan di negeri ini.

Menerusi tinjauan Bernama, rata-rata ibu bapa menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan gerakan anti vaksin ini sekali gus menyeru agar kerajaan meneruskan usaha untuk mewajibkan vaksin imunisasi itu.

Loading...
S. Sasidaran, 35, berkata dia gagal memahami rasional golongan anti-vaksin yang enggan menuruti saranan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan walaupun jelas program tersebut bermatlamat untuk membendung penularan penyakit berjangkit.

"Saya setuju sekiranya dasar mewajibkan pengambilan vaksin diperkenalkan kerana ia bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit dari merebak.

"Sudah tentu saya bimbangkan keselamatan anak saya. Saya tak mahu dia menjadi mangsa kepada kelalaian ibu-bapa lain," kata bapa kepada seorang anak itu kepada Bernama, ketika ditemui, baru-baru ini.

Bagi Nur Atikah Asri pula, suntikan vaksin harus diwajibkan kepada semua kanak-kanak sekiranya ia tidak menjejaskan kesihatan penerima.


Ibu berusia 28 tahun itu yang juga mempunyai dua orang anak itu turut mendakwa kehadiran warga asing dalam negara, antara faktor menyumbang kepada penurunan peratusan imuniti kelompok setempat.

"Saya sokong gesaan mewajibkan pengambilan vaksin. Pokoknya, kita kena melindungi diri dan masyarakat kita dari penularan penyakit dan wabak.

"Penularan wabak campak di Filipina juga harus dijadikan iktibar dan sebab mengapa kita perlu mengambil langkah tegas dalam menangani perkara ini dari berlaku dalam negara sendiri," katanya.

Sementara itu, ajen hartanah Candy Koh berharap ibubapa dapat memainkan peranan mereka untuk menjadi pelindung kepada anak-anak mereka.

Menurutnya, ibubapa tidak seharusnya mendedahkan anak mereka kepada risiko penyakit berjangkit yang dapat dicegah dengan pengambilan vaksin.

"Jangan lalai menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak. Saya juga berharap faktor kesibukan tidak dijadikan alasan untuk tidak membawa anak-anak mendapatkan suntikan vaksin. Ini demi kepentingan bersama juga," katanya lagi.

Pada 21 Februari lalu, seorang kanak-kanak lelaki dua tahun sebulan meninggal dunia, menjadikan ia kes terbaru tahun ini yang melibatkan kematian akibat difteria ekoran tiada imunisasi.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari lalu dilaporkan sebagai berkata keraguan terhadap suntikan vaksin dikenalpasti sebagai satu daripada ancaman terbesar kepada kesihatan global masa kini. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/03/bimbang-keselamatan-anak-anak-makin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggiat Industri Kesihatan Cadang Agar Tiada Sesi Persekolahan Anak Jika Tidak Mengambil Suntikan Vaksin

Penggiat Industri Kesihatan Cadang Agar Tiada Sesi Persekolahan Anak Jika Tidak Mengambil Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 369 hits
Berikutan dengan kes kematian kanak kanak akibat tidak pernah mengambil suntikan vaksin kini penggiat industri kesihatan telah mencadangkan agar menghalang sesi persekolahan kepada anak anak bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil suntikan ...
Berkeras Tolak Suntikan Vaksin Anak Kita Jadi Mangsa Cara Difteria Menular Wajib Tahu

Berkeras Tolak Suntikan Vaksin Anak Kita Jadi Mangsa Cara Difteria Menular Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 497 hits
Difteria ternyata semakin membimbangkan kita Mama papa kena buka mata dan elakkan risiko pada anak kita Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin anak kita jadi mangsa Perkongsian Dr Ezairy M Sallih Doktor Otorinolaringo...
Ibu Bapa Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 10 Tahun Jika Tidak Beri Anak Suntikan Vaksin

Ibu Bapa Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 10 Tahun Jika Tidak Beri Anak Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 456 hits
The ReporterJumlah ibu bapa yang enggan memberi suntikan imunisasi kepada anak mereka semakin meningkat dan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan kanak kanak lain Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menegaskan i...
Tiada Suntikan Vaksin Tidak Boleh Ke Sekolah Doktor

Tiada Suntikan Vaksin Tidak Boleh Ke Sekolah Doktor

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 566 hits
The ReporterTiada suntikan vaksin tiada sesi persekolahan bagi anak anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru baru ini demikian saranan penggiat industri kesihatan Saran...
Isu Vaksin Jangan Sampai Ada Kematian Baru Benarkan Anak Divaksin

Isu Vaksin Jangan Sampai Ada Kematian Baru Benarkan Anak Divaksin

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ibu bapa dan kumpulan antivaksin tidak seharusnya menunggu sehingga ada kes kematian untuk terbuka hati membenarkan pengambilan suntikan kepada ana...
Doktor Saran Suntikan Vaksin Syarat Untuk Murid Daftar Sekolah

Doktor Saran Suntikan Vaksin Syarat Untuk Murid Daftar Sekolah

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 516 hits
Imej via Google ImagesKUALA LUMPUR Tiada suntikan vaksin tiada sesi persekolahan bagi anak anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru baru ini demikian saranan penggiat i...
Kpm Tiada Hasrat Wajibkan Suntikan Vaksin Sebagai Syarat Untuk Bersekolah Maszlee

Kpm Tiada Hasrat Wajibkan Suntikan Vaksin Sebagai Syarat Untuk Bersekolah Maszlee

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 337 hits
SERDANG Kementerian Pendidikan tidak berhasrat mewajibkan suntikan vaksin sebagai syarat kepada murid untuk bersekolah Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini sejajar dasar kementerian yang mahu memastikan semua kanak kanak mendapat akses p...
Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017

Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 533 hits
JERANTUT Sepasang suami isteri merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Disember 2017 agar kembali ke pangkuan keluarganya dengan segera Raihan Syafina Mohd Robie 19 yang berasal dari Taman Cempaka di sini dikatakan keluar dar...
5 Punca Kenapa Makin Ramai Anak Muda Kena Slipped Disc 1 Selalu Memandu Kenderaan

5 Punca Kenapa Makin Ramai Anak Muda Kena Slipped Disc 1 Selalu Memandu Kenderaan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 365 hits
Tentu ramai yang pernah dengar tentang slipped disc Ada yang menyebutnya sebagai tulang belakang bengkok menjadi seperti bentuk S jika lambat mendapatkan rawatan Pengidap biasanya akan merasa kebas di bahagian tangan leher dan kaki selain k...
Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Benarkah Rakyat Malaysia Semakin Susah Nak Hidup

Masak Mihun Goreng Letak Baby Kailan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Troponin Saya Tinggi Apa Yang Perlu Dibuat

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lagi Athlete Meninggal Dunia Di Gelanggang

The Psychological Paradox Of The Working Mom

Yummy Beef Chilli Recipe Goan

Tips Temuduga Spp Untuk Bakal Guru

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Singgah Sebentar Di Pantai Purnama