Doktor Saran Suntikan Vaksin Syarat Untuk Murid Daftar Sekolah


Imej via Google ImagesKUALA LUMPUR: Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan.
Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia telah melibatkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik.

"Suntikan vaksin imunisasi ini perlu mandatori. Ia melibatkan kematian dan ia perkara serius kerana penyakit seperti difteria, ia boleh berjangkit jika tersebar," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam, bahawa pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Menurutnya, kementerian mendapat 'desakan' kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.

Ketika ini, tidak menjadi satu kewajiban atau mandatori kepada kanak-kanak untuk divaksin sebelum dibenarkan masuk ke sesi persekolahan dan ia terpulang kepada pihak sekolah untuk melakukan pemeriksaan atau pengesahan lanjut.
Mengulas mengenai perkara ini, Dr Ahmad Shukri berkata, jika ibu bapa masih berdegil dan ingin terus menghantar anak-anak ke sekolah walaupun tanpa pengambilan suntikan vaksin, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat kebenaran supaya pusat kesihatan memberikan vaksin kepada anak mereka.

"Ia melibatkan kebenaran ibu bapa, jika tidak, anak mereka akan menyebarkan pelbagai penyakit kerana tidak divaksin sebelum ini. Jika masih lagi tidak mahu memberi kebenaran, maka pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika ada kematian melibatkan mana-mana pihak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden I-MEDIK Malaysia, Prof Dr Azizi Ayob berkata cadangan supaya mewajibkan kanak-kanak yang ingin mendaftarkan diri di sekolah supaya mengemukakan rekod imunisasi adalah baik kerana ia boleh mengelakkan mereka menjadi ejen penyebar penyakit yang boleh dicegah.
Beliau juga berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan undang-undang supaya ibu bapa patuh kepada jadual imunusasi di negara ini supaya 'herd imunusation' iaitu 95 peratus komuniti divaksin dapat dicapai.

"Kita tidak boleh melarang kumpulan antivaksin kerana tiada akta melarang. Kebanyakan mereka berkomunikasi menerusi media sosial. Apa yang boleh dilakukan ialah mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya suntikan vaksin," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin pula berkata, tindakan ibu bapa yang terdiri daripada kumpulan antivaksin, yang mempercayai maklumat daripada internet berbanding pihak yang layak memberi maklumat mengenai vaksin hanya akan membahayakan masyarakat.

"Jika kita benarkan terlalu ramai individu yang tidak mengambil vaksin, itu bermakna kita membenarkan penyakit untuk terus berjangkit. Apabila kumpulan antivaksin ini menjadi besar, mereka mempengaruhi inidividu lain sedangkan mereka tiada kredibiliti untuk memberi penerangan mengenai perkara itu ," katanya.
Dilapor, lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baharu dan kesemua kanak-kanak berkenaan termasuk tiga perempuan berusia bawah empat tahun itu, dikesan positif jangkitan difteria susulan saringan terhadap 52 individu oleh Jabatan Kesihatan negeri.

Seorang daripada mangsa yang positif adalah kakak kepada budak lelaki berusia dua tahun satu bulan yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, Selasa lalu.

- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/02/doktor-saran-suntikan-vaksin-syarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Suntikan Vaksin Tidak Boleh Ke Sekolah Doktor

Tiada Suntikan Vaksin Tidak Boleh Ke Sekolah Doktor

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 461 hits
The ReporterTiada suntikan vaksin tiada sesi persekolahan bagi anak anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru baru ini demikian saranan penggiat industri kesihatan Saran...
Ibu Bapa Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 10 Tahun Jika Tidak Beri Anak Suntikan Vaksin

Ibu Bapa Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 10 Tahun Jika Tidak Beri Anak Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 375 hits
The ReporterJumlah ibu bapa yang enggan memberi suntikan imunisasi kepada anak mereka semakin meningkat dan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan kanak kanak lain Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menegaskan i...
Penggiat Industri Kesihatan Cadang Agar Tiada Sesi Persekolahan Anak Jika Tidak Mengambil Suntikan Vaksin

Penggiat Industri Kesihatan Cadang Agar Tiada Sesi Persekolahan Anak Jika Tidak Mengambil Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 245 hits
Berikutan dengan kes kematian kanak kanak akibat tidak pernah mengambil suntikan vaksin kini penggiat industri kesihatan telah mencadangkan agar menghalang sesi persekolahan kepada anak anak bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil suntikan ...
Video Debat Vaksin Tv Al Hijrah Jadi Perhatian Netizen Lihat Cara Doktor Pakar Ini Patahkan Hujah Dr Huda

Video Debat Vaksin Tv Al Hijrah Jadi Perhatian Netizen Lihat Cara Doktor Pakar Ini Patahkan Hujah Dr Huda

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 692 hits
VIDEO Debat Vaksin TV Al Hijrah Jadi Perhatian Netizen Lihat Cara Doktor Pakar Ini Patahkan Hujah Dr Huda Topik perdebatan membabitkan golongan anti vaksin hangat dibincangkan di laman sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini Malahan pe...
Panas Hati Tengok Video Murid Sekolah Rendah Di Jerteh Kena Buli

Panas Hati Tengok Video Murid Sekolah Rendah Di Jerteh Kena Buli

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 552 hits
Panas Hati Tengok Video Murid Sekolah Rendah Di Jerteh Kena BuliApsal yang lain tak tolong budak ni kena buli Yang tukang rakam pun satu hal pulak BESUT Satu video membabitkan kes buli murid didakwa berlaku di sebuah sekolah di Jerteh di si...
Jakim Bantu Perjelaskan Isu Suntikan Vaksin Dari Sudut Fatwa

Jakim Bantu Perjelaskan Isu Suntikan Vaksin Dari Sudut Fatwa

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 291 hits
KUANTAN Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat dasar berkenaan suntikan vaksin imunisasai dari sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya Timbalan Mente...
Kkm Makin Ramai Ibu Bapa Terima Suntikan Vaksin

Kkm Makin Ramai Ibu Bapa Terima Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 318 hits
Kementerian Kesihatan belum berhasrat untuk mewajibka pengambilan suntikan vaksin PETALING JAYA Kementerian Kesihatan berkata ramai ibu bapa semakin terbuka dan berminat untuk memberikan suntikan vaksin kepada anak mereka ketika ini Timbala...
Bacaan Luas Koperasi Sekolah Mencanai Bakat Murid

Bacaan Luas Koperasi Sekolah Mencanai Bakat Murid

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 314 hits
Mengasah bakat usahawan muda melalui koperasi sekolahOleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom PENUBUHAN koperasi sekolah bukanlah semata mata untuk meraih keuntungan tetapi yang lebih penting memberi pendedahan dan pengetahuan asas pengurusan pernia...
Gambar Murid Sekolah Dijumpai Berhampiran Parit Dalam Keadaan Mencurigakan

Gambar Murid Sekolah Dijumpai Berhampiran Parit Dalam Keadaan Mencurigakan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 1052 hits
Tular di media sosial apabila seorang kanak kanak perempuan dijumpai berhampiran sebuah parit di Jalan Kenanga Kuala Terengganu dalam keadaan masih berpakaian sukan sekolah Kanak kanak terbabit dipercayai enggan hadir ke sekolah Semasa dite...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman