Bilik Pun Comel Belum Tengok Bilal Lagi Neelofa Kongsi Bilik Anak Cantiknya Serba Putih
Selamat bergelar ibu pada 29 Januari lalu, usahawan dan pengacara, Neelofa dilihat mula berkongsi beberapa momen indah bersama permata hatinya, Muhammad Bilal.
Terbaru menerusi Insta Storynya semalam, bekas pengacara program Meletop ini dilihat sudah pun bersedia untuk pulang ke rumah.
Dan paling membuatkan pengikut selebriti kesayangan ramai ini begitu teruja bila mana Neelofa berkongsi bilik comel Bilal yang bakal dihuni anak kecil itu.
“Ready to go home!” titipnya di Insta Story.
Bilik serba putih
Neelofa dalam masa yang sama turut berkongsi sekeping foto memaparkan kamar bayi sulungnya itu.
Dengan tema serba putih, bilik Muhamammad Bilal dilihat terhias cukup cantik menunggu kehadirannya pulang.
“Bilal’s room,” tulis Neelofa ringkas.
Malah menerusi akaun rasmi @lofa.page, gambar bilik yang dikongsikan Lofa turut mengundang rasa keterujaan peminat untuk menatap wajah Bilal.
“Belum pun berusia seminggu, baby Bilal dah ramai yang sayang.
“Ramai yang mendoakan. Belum dapat tengok pun lagi, ramai dah rindu dengan Bilal. Masyallah.
“Semoga membesar menjadi anak yang soleh ya Bilal,” tulisnya di kapsyen.
Bukan itu sahaja bahkan pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menyambut kepulangan ibu cantik jelita ini dari hospital.
Ibu Neelofa, Datin Noorkartini Noor Mohamed dilihat turut berkongsi beberapa sajian berpantang seperti lauk pauk yang diperap dan bubur nasi yang disediakan untuk Neelofa.
Para peminat teruja dengan perkongsian Neelofa malah meluahkan tidak sabar melihat wajah Bilal.
“Alala bilik pun comel belum tengok Bilal lagi.”
“Tak dapat tengok Bilal dapat tengok bilik pun dah Alhamdulillah.”
“Tak sabar nak tunggu lihat babynunha.”
“Ini yg buat aunty-aunty semua bertambah rindu nak tengok wajah baby Bilal.”
View this post on Instagram
A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)
Terdahulu, Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.
Menarik:10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Bilik Pun Comel, Belum Tengok Bilal Lagi” Neelofa Kongsi Bilik Anak, Cantiknya Serba Putih! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bilik-pun-comel-belum-tengok-bilal-lagi-neelofa-kongsi-bilik-anak-cantiknya-serba-putih/