Bilal Anak Soleh Pu Riz Komen Masha Allah Pada Gambar Dikongsikan Isterinya
Seolah-olah satu fenomena apabila anak kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa, Bilal menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Sejak dikongsikan gambar anak sulungnya secara rasmi di media sosialnya, rata-rata memberikan reaksi dan memuji kecomelan Bilal yang sangat gebu.
Menerusi ruangan komen pada posting neelofa, suaminya, Haris Ismail atau mesra dikenali sebagai PU Riz dilihat turut meninggalkan komen ringkas.
“Masha Allah ni,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda suka daripada peminat.
Dalam posting itu juga, sebagai ibu Neelofa menyatakan Bilal adalah anugerah terindah buatnya. Walaupun ramai yang memberi pelbagai tanggapan negatif sebelum ini, Neelofa lalui dengan tenang dan mengharapkan janganlah sampai Bilal jadi mangsa keadaan.
Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.
View this post on Instagram
A post shared by Neelofa (@neelofa)
Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
Ramai doakan yang baik-baik untuk Bilal
Sementara itu, menerusi hantaran sama juga, rakan selebriti turut menitipkan dedikasi dan doa yang baik-baik buat Bilal.
Baru-baru ini, kecoh di TikTok apabila ada individu memuat naik wajah Muhammad Bilal. Tambah Neelofa, sebagai ibu dia sungguh kecewa dan tersinggung dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan wajah Bilal kepada umum.
Katanya lagi perbuatan tersebut langsung tidak menghormati perasaan dia dan suami.
ARTIKEL BERKAITAN [“Bagilah Saya, Ibu Yang Lahirkannya Buat Benda Tu.” Neelofa Kesal Gambar Bilal Tersebar]
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [“Tiada Yang Lebih Menyayat Hati Selain Anak Umi Disakiti.” Neelofa Kongsi Wajah Bilal]
Sumber: IG Neelofa
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Bilal Anak Soleh.” PU Riz Komen Masha Allah Pada Gambar Dikongsikan Isterinya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/bilal-anak-soleh-pu-riz-komen-masha-allah-pada-gambar-dikongsikan-isterinya/