Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz



Artikel ini akan menerangkan perkara yang anda perlu tahu mengenai nusyuz.
Bagaimana ia boleh terjadi.
Apakah hukumnya
Dan apakah silap faham mengenai perkara ini.
Jika anda sudah bersedia jom kita mulakan.

Isi Kandungan: Pengertian nusyuz Hukum nusyuz Adakah suami juga boleh nusyuz? Bolehkah isteri lari dari rumah? Hak penjagaan anak Kekeliruan tentang hak memukul isteri Kesimpulan  
Apakah Pengertian Nusyuz? Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?
— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.
Contohnya:
Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:
Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya. Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.  
Apakah Hukum Nusyuz? Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.
Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.
Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.
Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.
Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).
Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.
 
Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.
Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.
Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.
Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.
Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.
Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.
Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.
Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.
 
Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.
Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.
Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.
Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya  tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.
SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.
Namun demikian, tindakan lari dari rumah tidak diharuskan jika isteri hanya lari semata-mata kerana merajuk, tanpa ada ancaman yang nyata terhadap keselamatan dirinya.
Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.
Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.
 
Hak Penjagaan Anak Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.
Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.
Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.
Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.
Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.
Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.
Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.
 
Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..
… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.
Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:
Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan Tidak melukakan atau mematahkan tulang Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri Allah berfirman:
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
— Surah an-Nisaa ayat 34
Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.
Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.
Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.
Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.
 
Kesimpulan Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.
Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.
Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.
Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.
Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Sebarang persoalan boleh dinyatakan pada ruangan komen di bawah
The post Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz? appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/keluarga/isteri-nusyuz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Kalau Isteri Demam Kuasa Penyembuhan Itu Allah Bagi Pada Tangan Seorang Suami

Rupanya Kalau Isteri Demam Kuasa Penyembuhan Itu Allah Bagi Pada Tangan Seorang Suami

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 467 hits
Bukan nak makan ubat sangat pun tapi bila kaum isteri demam dia cuma harapkan suami tersayang ambil berat tentangnya atau paling tidak temankan dia makan bersama Itulah tandanya dia sangat dahagakan kasih sayang suami nak suami belai dan me...
Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga

Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 305 hits
Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi JugaSeorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga
Test Awal Untuk Tau Seseorang Itu Lupa Diri Tak Apabila Dah Ada Duit Kuasa

Test Awal Untuk Tau Seseorang Itu Lupa Diri Tak Apabila Dah Ada Duit Kuasa

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 2533 hits
Manusia boleh berubah salah satu sebabnya adalah kerana persekitaran Ini ada satu ujian sebelum kau senang dan jadi orang yang have have Bila Dah Kaya nanti korang macamana la agaknya ya Check this tips Orang yang dah lupa diri ni dia dah s...
Wakapolri Soal Pemilu 2019 Damai Itu Pasti Harapan Kita Semua

Wakapolri Soal Pemilu 2019 Damai Itu Pasti Harapan Kita Semua

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 331 hits
Wakapolri menyebut kampanye sambil gowes tersebut cukup efektif untuk mewujudkan pesta demokrasi lima tahunan pada 2019 mendatang berjalan damai Setidaknya harapan tersebut telah diperlihatkan ribuan masyarakat dari komunitas sepeda ini
Apa Itu Nomophobia

Apa Itu Nomophobia

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 806 hits
Jika dimana mana sahaja anda berada pastinya ada satu benda yang tidak dapat berjauhan pada diri anda iaitu MOBILE PHONE anda sendiri Tidak dapat dinafikan dimana manusia dalam era zaman teknologi yang moden MOBILE PHONE adalah antara peran...
Zulin Aziz Dan Ketika Itu Chord

Zulin Aziz Dan Ketika Itu Chord

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 767 hits
Am Dm G CAm Dm G E Am DmKetika itu aku mengaduG CYa Allah dengar rintihankuAm DmKetika itu aku merayuG CYa Allah kabulkan doakuF EmAku pasrah dan aku berserahE EYang terbaik hanyalah darimuC DmDalam Tahajudku aku mohon padamuG C ETemukan ak...
Apa Itu Seo Dan Kepentingan Dalam Blog

Apa Itu Seo Dan Kepentingan Dalam Blog

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 337 hits
Bagi korang yang belum pernah mendengar apa itu SEO atau nama panjangnya Search Engine Optimizition dalam entri kali ini saya akan terangkan secara ringkas apa itu SEO dan manfaatnya kepada blog yang kita bangunkan APA ITU SEO PENGERTIANSEO...
Lirik Lagu Dan Ketika Itu Zulin Aziz Kisah Benar Bukan Rekaan

Lirik Lagu Dan Ketika Itu Zulin Aziz Kisah Benar Bukan Rekaan

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1419 hits
Lirik Lagu Dan Ketika Itu Zulin Aziz 1 ON TRENDING right now at Youtube Tapi entri ni saya tulis bukan sebab ianya sedang trending tapi just nak share kenapa Music Video lagu single terbaru Zulin Aziz yang di release kan pada 2 November 201...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik