Apa Itu Nomophobia
Jika dimana - mana sahaja anda berada pastinya ada satu benda yang tidak dapat berjauhan pada diri anda iaitu MOBILE PHONE anda sendiri.
Tidak dapat dinafikan dimana manusia dalam era zaman teknologi yang moden MOBILE PHONE adalah antara peranti komunikasi yang amat penting walau berada dimana pun.Malah Mobile Phone ini juga merupakan peranti yang penting untuk melayari Internet.
Pernah dengar NOMOPHOBIA?
Mereka yang mengalami simptom NOMOPHOBIA adalah ketagihan kepada semua yang berkaitan dengan telefon bimbit, mereka yang ada simptom ini akan mengalami ketakutan yang ketara dan tidak rasional. Ini termasuk takut kehilangan telefon, rosak, kehabisan bateri, tidak mempunyai liputan data atau komunikasi, tidak mempunyai kredit, atau kehabisan data atau sambungan Internet. Walaupun seminit tanpa mendengar bunyi panggilan atau mesej.Budaya ini adalah perubahan yang wujud dalam diri manusia itu sendiri. Nomofobia adalah sebahagian daripada fobia yang berasal dari teknologi.
Ini adalah antara 10 tanda UTAMA bagi NOMOPHOBIA
1. Adakah anda merasa cemas apabila anda tidak mempunyai telefon anda dengan anda?2. Adakah anda kerap kali memeriksa telefon anda untuk melihat sekiranya ada notifikasi berkaitan dengan apapun?3. Adakah anda dapat merasakan fungsi getaran dari notifikasi berkaitan dengan apapun?4. Adakah anda sentiasa mengecas telefon anda kerana takut kehabisan bateri?5. Adakah anda mempunyai ketakutan kehilangan perkhidmatan servis dari syariakt telekomunikasi?6. Adakah anda tidur dengan telefon anda?7. Adakah perkara pertama yang anda periksa telepone bimbit apabila anda bangun?8. Adakah anda membawa telefon anda ke dalam BILIK MANDI/ TANDAS?9. Jika anda terlupa telefon anda, adakah anda akan berhenti dan pusing semula untuk mendapatkan telephone bimbit anda dengan serta-merta?10. Adakah anda sentiasa kehilangan jejak perbualan yang berlaku secara peribadi?
Jika anda ada simptom asas di atas maka anda adalah NOMOPHOBIA
Cuba ujian ini.
Istilah ini berasal dari ungkapan bahasa Inggeris "no-mobile-phone-phobia" dan berdasarkan hasil tinjauan Penyelidik British pada tahun 2011, yang mengukur tahap Nomophobia yang dihasilkan oleh pengguna telefon bimbit lebih daripada 2,000 orang. Hasilnya: Lebih daripada 50% sampel menunjukkan simptom Nomophobia ketika ketiadaan telefon bimbit mereka.
Menurut kajian, nomophobia berlaku dalam peratusan yang lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita (58% vs 48% masing-masing). Secara kualitatif, penyelidikan itu dibenarkan untuk mengetahui bahawa bagi banyak subjek yang dirasakan tidak mampu meninggalkan telefon mereka.
Kedengaran seperti remeh, tetapi kesannya boleh menjadi sangat serius, terutama kerana ia bukan fobia yang boleh dielakkan seperti gejala - gejala phobia yang lain. Gejala-gejala mungkin termasuk:
Serangan panikPeningSesak nafasLoyaBerkeringatDenyutan jantung meningkatMenggeletarSakit dada
RAWATAN?
Langkah 1
Kurangkan penggunaan: Hadkan diri anda dengan penggunaan phone dalam kehidupan anda
Lokasi Telephone: Cuba jauhkan telephone anda dari diri anda. Contoh semasa tidur: Jangan letak telephone disebelah anda.
Dapatkan Kaunseling : Bertemu pakar kaunseling atau pun bersosial dengan mereka yang mengalami simptom sama dimana ada dapatkan nasihat dan sokongan untuk bagaimana mengelak dari mengalami simptom.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://tzeteacherdiva.blogspot.com/2018/11/apa-itu-nomophobia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TeacherDiva+%28DJari%29