Bila Pm Mengaku Duit Dah Kekeringan


 

Baru-baru ini Perdana Menteri menyertai perayaan Vaisakhi. Namun pada majlis perayaan yang membawa kegembiraan kepada masyarakat Sikh, Muhyiddin Yassin membawa khabar tidak begitu gembira. Suram dan muram sebenarnya.
“What I am trying to say here, we don’t have much money left”. Atau “apa yang saya cuba katakan di sini ialah kita tak ada banyak wang lagi yang tinggal”.
Itu pengakuan Perdana Menteri di hadapan masyarakat Sikh yang hadir. “Kita” maksudnya kerajaan .
Adakah beliau membuat pengakuan demikian sebagai “pendahulu kata” bahawa kerajaan tidak akan lagi memberi peruntukan kepada masyarakat Sikh (kalau beri pun jumlahnya kecil)? Supaya mereka tahu apa yang akan terjadi dan faham mengapa langkah itu diambil?
Tidak. Kerana meskipun berkata kerajaan sudah “tidak ada banyak wang yang tinggal”, Muhyiddin berjanji memperuntukkan RM3 juta untuk semua kuil Sikh di negara ini. Jumlah ini melebihi peruntukan tahun lalu. Di samping itu beliau juga mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk Majlis Gurdwara Malaysia untuk membina pusat Sikh.
Jadi mengapa beliau kata kerajaan “don’t have much money left”? Untuk memberitahu rakyat khususnya masyarakat Sikh walaupun tidak ada wang kerajaan tetap menolong? Mungkin ya.
Namun yang jelas ialah ini. Kata Muhyiddin, kerajaannya telah membelanjakan banyak wang iaitu lebih RM600 billion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan. “That’s a lot of money,” katanya.
Sebabnya? Covid-19. Wang itu, menurut beliau, adalah untuk bantu rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19.
Oleh itu, pengakuan Muhyiddin tentang kekeringan wang kerajaan boleh dilihat sebagai satu “laungan” bahawa kerajaan pimpinannya tidak teragak-agak membelanjakan jumlah besar wang semata-mata untuk bantu rakyat.
Apa yang beliau ingin sampaikan ialah kerajaannya berkorban dan belanja wang sehingga kantung hampir kering hanya kerana rakyat. Selaras dengan naratif kerajaan perihatin. Saya kira ini satu strategi yang bijak.
Beberapa hari kemudian, ketika melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan sempena Ramadan, Muhyiddin mengulangi pendedahan mengenai situasi kewangan kerajaan yang menyedihkan.
Lalu beliau menggalakkan penjawat awam (maksudnya kakitangan kerajaan) berwakaf melalui potongan gaji bagi meningkatkan tabungan dan aset sekali gus membantu ekonomi negara.
Menurut Sinar Harian, cadangan itu “kelihatan munasabah”. Andai 800,000 orang iaitu separuh sahaja daripada 1.6 juta penjawat awam berwakaf RM10 sebulan, maka jumlah terkumpul adalah sebanyak RM8 juta sebulan atau RM96 juta setahun.
Perdana Menteri sekarang mahu semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan serta agensi peringkat persekutuan memainkan peranan dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan berwakaf.
Cara “menggalakkan” tidak diperinci tetapi menurut Muhyiddin, Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2020 Tatacara Pelaksanaan Sumbangan Wakaf Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan dan negeri.
Bagaimana, saya terlihat satu hantaran di Facebook yang berbunyi: “kerajaan ini pandai. Dia nak potong gaji kakitangan awam tapi perlu cari idea supaya tidak nampak macam potong gaji.”
Kenyataan perdana menteri dilihat ‘preliminary’ apa yang bakal berlaku. Sekadar ‘test water’ dulu, tengok reaksi kakitangan kerajaan khususnya CUEPACS. Sekarang Muhyididn kata ‘galakkan’. Nanti secara ansur-ansur jadi ‘wajib’. Fakta atau tuduhan melulu?
Sinar Harian mengingatkan, galakan berwakaf ini tidak sepatutnya menyebabkan kerajaan alpa daripada terus membantu rakyat di samping mencari sumber sumber baharu pendapatan negara.
Penjawat awam yang diminta berwakaf, kata Sinar Harian, “bukan semuanya kaya raya”. Apatah lagi, menurut CUEPACS, kira kira 800,000 penjawat awam mempunyai pendapatan bawah garis kemiskinan RM2,208 sebulan.
Tiba-tiba saya terbayang kisah ini pula – membabitkan diri saya sendiri.
Bayangkan saya selaku ketua keluarga mendapati kantung kewangan yang saya kendali kekeringan kerana sejumlah besar wang telah dibelanjakan untuk kegunaan dan kelangsungan hidup keluarga.
Wang untuk menampung anggota keluarga membeli pakaian, makanan, menanggung kos pengangkutan, mendapat rawatan perubatan ketika sakit, dan meringan beban apabila dihimpit keadaan. Macam-macam lagi.
Tetapi sekarang, wang sudah hampir habis. Sejumlah besar sudah dibelanjakan. Perlu ditegaskan sekali lagi wang digunakan ke jalan kebaikan bukan untuk berjoli dan berfoya.
Adakah anggota keluarga akan memuji saya? Mungkin ya kerana saya berbelanja besar untuk tolong mereka. Mungkin tidak, kerana itu kata mereka sememangnya tanggungjawab saya selaku ketua keluarga.
Yang pasti, tentunya saya boleh atau akan dituduh tidak cerdik ekonomi, tidak tahu urus perbelanjaan kerana berbelanja melebihi kemampuan walaupun belanja untuk tujuan baik terutama pada waktu kecemasan . Di soal mengapa tidak pastikan wang terus mengalir ke tabungan meskipun ketika perbelanjaan dibuat. Seribu satu tuduhan dan persoalan lagi.
Tentunya, paling utama mereka mahu tahu apa yang akan saya lakukan supaya tabungan diisi semula dan tidak dibiar kekeringan sehingga kosong.
Sementara itu difikir dan dilaksanakan, mereka mahu tahu apa yang saya akan buat untuk memastikan perbelanjaan untuk mereka tidak terjejas. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/bila-pm-mengaku-duit-dah-kekeringan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Mv Judl Raya Mengaku Tersllap Langkah Namun Terdesak Nak Cari Duit

Pelakon Mv Judl Raya Mengaku Tersllap Langkah Namun Terdesak Nak Cari Duit

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 379 hits
nbsp Sejak dari semalam ramai rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam meluahkan rasa kesal dan m 4rah apabila ada satu syarikat perjudlan atas talian menerbitkan satu video muzik sambutan hari raya Tidak ingin berdiam diri tiga oran...
Yang Nak Deposit Duit Kat Wahed Invest Baca Tips Ni Sebelum Terlambat

Yang Nak Deposit Duit Kat Wahed Invest Baca Tips Ni Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 270 hits
Bagi yang dah ada account wahed ini boleh dikatakan masa sesuai untuk deposit Yang belum ada boleh register secara percuma Masukkan kod dibawah untuk dapatkan bonus tambahan Okey now kita tengok kenapa ia masa sesuai Kami cadangkan anda mem...
Minta Pada Macai Yang Dok Panggil Boosku Depa Kuat Keriau Bossku Dapat Duit Banyak Kutip Soqang Seringgit

Minta Pada Macai Yang Dok Panggil Boosku Depa Kuat Keriau Bossku Dapat Duit Banyak Kutip Soqang Seringgit

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 259 hits
Notis bankrap Bagaimana saya mahu membayar peguam NajibFareez AzmanApril 10 2021 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoal tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri menyerahkan notis bankrap terhadapnya berjumlah RM1 74 bil...
Duit Rasuah Banyak Banyak Tu Nak Bawa Masuk Kubur Ker

Duit Rasuah Banyak Banyak Tu Nak Bawa Masuk Kubur Ker

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 720 hits
Berikut adalah luahan seorang individu mengenai rasuah yang dilakukan penjawat awam Sedih dan kesian kawan yang dikenali di cekup SPRM 2hari lepas kes rasuah Mula mula cuba bersangka baik beliau di aniaya atau terpaksa Tapi ada dikalangan r...
Kongsi Ilmu Simpanan Berkesan Sspn Pa Ma Anjur E Workhop Llmu Simpan Duit A Z Panduan Pasti Berjaya

Kongsi Ilmu Simpanan Berkesan Sspn Pa Ma Anjur E Workhop Llmu Simpan Duit A Z Panduan Pasti Berjaya

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 239 hits
Demi masa depan anak anak kita sebagai ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk menyediakan simpanan untuk kemudahan mereka Selain simpanan kewangan untuk kecemasan kita harus merancang pelan simpanan pendidikan untuk kegunaan anak bagi mel...
Himpun Duit Sampai Cukup Henti Kerja Makan Gaji Awal Macam Mana Nak Buat

Himpun Duit Sampai Cukup Henti Kerja Makan Gaji Awal Macam Mana Nak Buat

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 343 hits
Saya ada kongsikan satu pergerakan antarabangsa yang dinamakan FIRE dalam page facebook hidupringkas baru baru ini Tengok kat pautan ni Fire adalah singkatan pendek kepada financial independence retire early Untuk me Malaysia kan The post a...
Nak Duit Untuk Adik Nak Pergi Sekolah Pasangan Terkejut Budak Datang Rumah Jam 1 30 Pagi Nak Minta Bantuan Tapi

Nak Duit Untuk Adik Nak Pergi Sekolah Pasangan Terkejut Budak Datang Rumah Jam 1 30 Pagi Nak Minta Bantuan Tapi

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 588 hits
Kehadiran seorang kanak kanak perempuan pada awal pagi di hadapan rumah keluarga ini menimbulkan banyak tanda tanya Apakah dia benar benar meminta bantuan atau ada sekumpulan penjenayah yang sedang menunggu jerat dimasuki pelanduk Pada awal...
Kisah Penunggang Agama Dalam Filem Guna Agama Sapu Duit Realiti Dapat Tajaan Rasuah Lupa Akhirat

Kisah Penunggang Agama Dalam Filem Guna Agama Sapu Duit Realiti Dapat Tajaan Rasuah Lupa Akhirat

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 250 hits
MOHD MUKHLISSebab itu orang cakap integriti ini satu benda yang murah di mulut tapi mahal di perbuatan Tak guna berserban dan berjubah 24 jam kalau bab cukung umrah pun tak boleh nak lawan Teringat pula dengan hadis nabi yang sangat sangat ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025