Kongsi Ilmu Simpanan Berkesan Sspn Pa Ma Anjur E Workhop Llmu Simpan Duit A Z Panduan Pasti Berjaya
Demi masa depan anak-anak, kita sebagai ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk menyediakan simpanan untuk kemudahan mereka. Selain simpanan kewangan untuk kecemasan, kita harus merancang pelan simpanan pendidikan untuk kegunaan anak bagi melanjutkan pelajaran.
Menyokong usaha ibu bapa yang berhasrat untuk membuat simpanan, Pa&Ma bekerjasama dengan SSPN akan mengadakan E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya! pada 10 April 2021 (Sabtu) ini.
Tujuan bengkel virtual ini diadakan adalah bagi memberi ilmu bermanfaat tentang kepentingan dan cara simpanan berkesan kepada ibu bapa. Selain itu, bengkel ini juga turut berkongsi tip kaedah membuat simpanan secara berdisiplin dan konsisten sejak anak masih kecil.
Panel yang terlibat dalam bengkel virtual ini adalah Pn Kay Bee Rahim yang merupakan Perunding Kewangan bertauliah dengan pengalaman hampir sepuluh tahun di dalam bidang ini. Beliau akan mengajar teknik simpanan paling mudah tanpa membebankan ibu bapa.
Bagi memeriahkan lagi E Workshop pada hari Sabtu ini, Pa&Ma telah menjemput pasangan selebriti terkenal iaitu Raf Yaakob dan isterinya Mawar Rashid. Pasangan ini akan bercerita tentang membuat simpanan untuk anak-anak mereka.
Lebih menarik, terdapat segmen kuiz dan cabutan bertuah untuk para peserta yang terlibat dalam bengkel virtual ini. Banyak hadiah menarik yang menanti seperti baucar percutian, tiket masuk ke Farm In The City, Zoo Melaka, Kidzooona dan banyak lagi.
Bagi anda yang terlepas peluang untuk mendaftar sebagai peserta, boleh ikuti sesi live E Workshop ini di Facebook Majalah Pa&Ma. Anda juga berpeluang untuk menerima hadiah istimewa daripada Pa&Ma.
Jangan lupa untuk mengikuti E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya! pada hari Sabtu ini!
SSPN & Pa&Ma turut mengadakan peraduan #CABARANRM10 yang akan bermula pada 10-30 April 2021 ini. Anda hanya perlu mendaftar dengan Pa&Ma dan dapatkan link untuk download template istimewa bagi cabaran ini.
Anak anda hanya perlu hiaskan template mengikut kreativiti mereka. Kemudian ambil gambar template tersebut dan muat naik di IG anda dengan menggunakan hashtag:
#cabaranrm10sspnxpama
#kempenbukabukubaru
#lovesspn
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pelan simpanan terbaik untuk masa depan anak anda, anda boleh menyimpan di SSPN-i Plus. Kenapa SSPN-i plus? Kerana SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih untuk anak anda serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan. Selain itu terdapat juga kemudahan deposit bulanan untuk memudahkan urusan deposit dengan pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan antaranya melalui potongan gaji, auto debit, direct debit dan perbankan internet.
Untuk maklumat lanjut berkenaan SSPN–i Plus anda boleh layari website di SINI
The post Kongsi Ilmu Simpanan Berkesan, SSPN & Pa&Ma Anjur E Workhop llmu Simpan Duit A-Z Panduan Pasti Berjaya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kongsi-ilmu-simpanan-berkesan-sspn-pama-anjur-e-workhop-llmu-simpan-duit-a-z-panduan-pasti-berjaya/