Keluar Duit Sendiri Untuk Sukan Sea Demi Negara Atlet Raih Pingat Perak Sedih Dituduh Membazir
Kegagalan kontinjen Malaysia dalam mencapai sasaran pungutan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina tempoh hari perlu dikaji serta dijadikan pengajaran oleh semua pihak yang terlibat.
Sungguhpun begitu, kudrat serta pengorbanan atlet Malaysia dalam cubaan merealisasikan sasaran tersebut seharusnya disanjung tinggi dan dipuji oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ini kerana, ada diantara atlet-atlet ini yang sanggup mengenepikan kesakitan dan kecederaan yang dialami mereka untuk mengharumkan nama negara.
Bukan itu sahaja, malahan ada juga dalam kalangan atlet-atlet ini yang turut sanggup mengeluarkan perbelanjaan mereka sendiri bernilai ribuan ringgit demi memperjuangkan nama Malaysia di temasya dwi tahunan tersebut.
True sports is about blood, sweat and tears. Thank you the heroes of seagames 2019. Thank you @isnmalaysia for patching up our wounded heroes. Thank you @MSNMALAYSIA for truly caring. You are the real heroes of @seagames2019 @SyedSaddiq @scheekeong @myTeamMAS @AtletMalaysia pic.twitter.com/k3Wfps2sll
— Malaysia Obstacle Race Sports Association (@MalaysiaRace) December 11, 2019
Walaupun begitu, menurut Persatuan Sukan Larian Berhalangan Malaysia dalam satu Tweet yang dimuat naik menerusi akaun Twitter rasminya, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menyatakan bahawa 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa yang berjaya dimenangi atlet menerusi acara tersebut adalah sesuatu yang membazir.
It's sad when ppl commented our three silver medals and one bronze is wasted, we paid for our own fare, accommodation, training and expenses, brought medals back to the country, we bled for Malaysia. @myTeamMAS @SyedSaddiq @isnmalaysia @scheekeong @MSNMALAYSIA pic.twitter.com/ZTvNTVzfmy
— Malaysia Obstacle Race Sports Association (@MalaysiaRace) December 13, 2019
Perkara sebegini tidak seharusnya diucapkan kepada atlet-atlet Malaysia yang telah memperjuangkan bendera Malaysia di temasya tersebut kerana kita tidak tahu apa yang mereka telah lalui demi memperjuangkan nama Malaysia.
Susulan daripada Tweet tersebut, netizen di media sosial yang menghargai jasa atlet Malaysia itu memberikan reaksi yang sebaliknya.
Antara tweet-tweet yang dapat dilihat adalah seperti berikut:
Tahniah, anda telah lakukan yang terbaik
Pedulikan mereka, anda telah membanggakan negara
Yang taktau hanya kritik saja
Tahniah buat kalian
Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong setiap perjuangan yang dilakukan tidak kisahlah daripada atlet, tentera mahupun sesiapa sahaja yang memperjuangkan nama dan bendera negara Malaysia.
Ini kerana, setiap perjuangan yang dilakukan itu, setiap keringat serta kudrat yang disumbangkan itu, semuanya adalah untuk tanah air kita juga.
Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengubah sikap negatif ini agar ianya tidak berlaku lagi di masa yang akan datang.
Sumber: Malaysia Obstacle Race Sports Association
The post Keluar Duit Sendiri Untuk Sukan SEA Demi Negara, Atlet Raih Pingat Perak Sedih Dituduh Membazir appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/14/keluar-duit-sendiri-untuk-sukan-sea-demi-negara-atlet-raih-pingat-perak-sedih-dituduh-membazir/