Bila Pasangan Merajuk Jangan Lebih 3 Hari Dato Fadzilah Beri Tip Rumah Tangga Bahagia
Bagi pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Tetapi apa rahsia rumah tangga bahagia hingga ke syurga? Pasti ramai ingin tahu kan? Berikut antara 7 peraturan untuk rumah tangga bahagia yang dikongsikan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan boleh diamalkan bersama.
7 PERATURAN UNTUK RUMAHTANGGA BAHAGIA:
1. Bila kamu dah berbuat salah, akui dan jangan berdiam diri. Luahkan dan berbincanglah baik-baik. Memilih untuk memendam lama-lama pasangan tahu juga.
2. Bila pasangan marah, jangan terikut marah sekali. Kena jadi ejen penyejuk yang mendamaikan suasana. Api lawan api makin membara suasana rumahtangga. Namun kalau api dibalas air, maka terpadamlah api kemarahan itu.
3. Jangan biarkan masalah tanpa diselesaikan sebelum kamu tidur. Masalah yang berlarutan akan di bawa ke esok dan menjadi beban sehingga hari yang mendatang.
4. Sentiasa kena puji pasangan kita. Paling kurang pun sekali sehari. Kadangkala kata-kata kita itu yang jadi semangat dan penguat untuk dirinya melewati hari dengan cekal dan tabah.
5. Sungguhpun kita ini cepat terlupa, tetapi janganlah selalu terlupa untuk membuat pasangan kita tersenyum.
6. Jangan terlalu berkongsi kebahagiaan rumahtangga di media sosial. Terlalu banyak mata memerhati dan silap hari bulan ada yang cuba nak kebas pasangan kita.
Kebahagiaan yang terbaik adalah hanya dinikmati oleh kamu dan pasangan sahaja.
ARTIKEL MENARIK:
[Selepas 10 Malam Anak Masih Lagi Berjaga, Dr Kongsikan Tip Mudah Untuk Tidur]
[Kenapa Anak Selalu Meragam Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Je, Ini Sebabnya]
[Anak Demam On Off Rupanya Kena Virus RSV. Ibu Ini Pesan Tolong Alert]
7. Bila pasangan merajuk, jangan biarkan lebih dari 3 hari. Perlu cari sesuatu perkara yang buat dirinya suka dan gembira. Dan paling utama adalah memohon maaf dan ajak berbincang.
Buat pasangan di luar sana. Jangan pernah berhenti untuk membahagiakan rumahtangga. Binalah ‘syurga’ di atas dunia buat pasangan. Selalulah buat dia tersenyum dan tertawa.
Kredit: Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Bila Pasangan Merajuk, Jangan Lebih 3 Hari. Dato Fadzilah Beri Tip Rumah Tangga Bahagia appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/bila-pasangan-merajuk-jangan-lebih-3-hari-dato-fadzilah-beri-tip-rumah-tangga-bahagia/