Bila Masa Kematian



Pernahkah kita terfikir bilakah kita akan mati? Ada orang mengatakan mengingati mati tanda keimanan. Manakala setengah yang lain pula berpendapat mengingati mati membawa sial. 


Apapun tanggapan kita mengenai mati, hakikatnya setiap daripada kita tetap akan mati, sama ada diingati atau dilupai. Firman Allah dalam surah al-Anbia ayat 34 bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan mati.”


Dalam ayat lain pula Allah menjelaskan bahawa apabila tiba masa ajalnya, maka ia tidak dapat dipercepatkan atau diperlambatkan walau sesaat. 


Firman Allah bermaksud: “Dan bagi setiap umat ada tempoh masanya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak pula mereka mempercepatkannya.” - (Surah al-Araf, ayat 34).  Hal yang sama dijelaskan dalam surah Yunus ayat 49.


Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” - (Surah an-Nisa, ayat 78).


Malah Allah menjelaskan tiada siapapun mengetahui di manakah dia akan mati.  Maksud firman-Nya: “Dan tiada seorang pun yang tidak mengetahui di bumi (tempat) manakah dia akan mati.” - (Surah Luqman, ayat 34).


Setiap hari di sekeliling kita terdapat saudara, kawan, jiran dan sesiapa saja diketahui meninggal dunia secara tiba-tiba, selain disebabkan tua dan penyakit.  Jelas sekali kematian adalah sesuatu yang  pasti.  Justeru, wajar sekali kita bersedia untuk menghadapi saat kematian, terutama memikirkan mengenai bekalan untuk kehidupan di akhirat.


Sesungguhnya kehidupan manusia di dunia ini bukan sekadar makan dan minum, berkelamin serta melakukan sesuatu sesuka hati. Sebaliknya, manusia dicipta dan hidup di dunia ini untuk beribadat kepada Allah.


Firman Allah bermaksud: “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” - (Surah adz-Dzariyat, ayat 56).


Maka, dengan mengingati kematian, diharapkan menjadi motivasi untuk melipatgandakan ibadat dan amalan baik, dan pada masa yang sama menjauhkan perbuatan dosa dan keji. Malah, Rasulullah mengaitkan orang yang selalu mengingati mati adalah manusia yang cerdik. 


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa telah datang seorang lelaki kaum Ansar menemui Rasulullah, lalu bertanya: “Siapakah yang paling cerdik dan mulia wahai Rasulullah?”


Lantas baginda bersabda: “Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati serta yang gigih membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan.” - (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abi Dunya).


Bagi golongan memiliki darjat iman yang tinggi, kematian adalah sesuatu yang mereka rindui dan nanti-nantikan. Kematian dianggap perjalanan menghampir diri kepada Maha Pencipta. Perjalanan hidup selepas kematian ialah persinggahan sementara di alam barzakh. 


Seharusnya kita sentiasa mengingati kematian bagi membolehkan kita muhasabah diri. Orang mengingati kematian tidak dilalaikan dengan pesona hidup yang mengheret diri ke jurang kebinasaan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/vfg_19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Berita Kematian Berbeza Dalam 1 Masa

2 Berita Kematian Berbeza Dalam 1 Masa

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 438 hits
2 Berita Kematian berbeza dalam 1 masa Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena cuti tahun baru cina Ada banyak perkara yang berlaku dalam cuti tahun baru cina ni yang mana semua bend...
Pes Belacan Serba Guna Mudahkan Kerja Memasak Di Dapur Jimat Masa

Pes Belacan Serba Guna Mudahkan Kerja Memasak Di Dapur Jimat Masa

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 441 hits
Apabila berada di dapur antara benda paling renyah nak buat adalah menyiapkan bahan bahan atau orang panggil sebagai ramuan Apa kata kita buat siap siap bahan perencah untuk dijadian ramuan dalam makanan yang bersesuaian Pes begini sebenarn...
Video Bahaya Guna Telefon Masa Tengah Charge

Video Bahaya Guna Telefon Masa Tengah Charge

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 472 hits
Jangan asyik sangat dengan handphone sampai tak sedar bahaya yang menanti Dah diberitahu masa tengah isi minyak jangan main habdphobe jangan caj malam malam pastu korang kelaut tido maut nak ooii Lagi satu yang tak berape cerdik korang teng...
Pesan Jokowi Buat Generasi Muda Masa Depan Milik Mereka Yang Berani Kerja Keras

Pesan Jokowi Buat Generasi Muda Masa Depan Milik Mereka Yang Berani Kerja Keras

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 304 hits
Jokowi harap anak muda diharapkan dapat memaksimalkan potensi diri salah satunya lewat kegiatan kelas Festival Terampil Jangan ragu menjadi ahli di bidang kekinian seperti fotografer fashion stylish make up artis barista ahli kopi vlogger d...
Makan Masa 3 Bulan Gadis Ini Reka Jahit Sendiri Gaun Perkahwinan Mirip Disney Princess

Makan Masa 3 Bulan Gadis Ini Reka Jahit Sendiri Gaun Perkahwinan Mirip Disney Princess

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 700 hits
Makan Masa 3 Bulan Gadis Ini Reka Jahit Sendiri Gaun Perkahwinan Mirip Disney Princess Hari perkahwinan merupakan antara hari yang paling bahagia buat setiap pasangan kekasih Setiap pasangan pengantin tentu sahaja mengharapkan sebuah majlis...
Kemendag Sebut Ukm Merupakan Pengaman Ekonomi Indonesia Di Masa Krisis

Kemendag Sebut Ukm Merupakan Pengaman Ekonomi Indonesia Di Masa Krisis

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 324 hits
Kementerian Perdagangan berkomitmen terus meningkatkan pemasaran produk usaha kecil menengah salah satunya melalui keikutsertaan dalam pameran UKM dinilai merupakan kelompok ekonomi terbesar dalam perekonomian Indonesia dan menjadi pengaman...
Jangan Culas Buat Check Up Detail Masa Hamil Baru Dapat Pastikan Kandungan Sihat

Jangan Culas Buat Check Up Detail Masa Hamil Baru Dapat Pastikan Kandungan Sihat

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 628 hits
Semasa mengandung banyak pantang larang yang perlu dielakkan dan petua yang perlu dilakukan untuk memastikan kandungan sentiasa sihat Ini adalah 10 perkara penting yang mesti dilakukan semasa mengandung untuk memastikan kandungan sihat Foli...
10 Minit Sebelum Anak Tidur Luanglah Masa Peluk Dan Cium Anak Barulah Anak Makin Rapat

10 Minit Sebelum Anak Tidur Luanglah Masa Peluk Dan Cium Anak Barulah Anak Makin Rapat

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 440 hits
Kadang kala semakin anak membesar kita sebagai ibu dan ayah terlupa memberikannya belaian dan peluk cium yang sama seperti ketika mereka masih bayi Hakikatnya anak anak sentiasa memerlukan rangsangan tersebut untuk membesar sebagai anak yan...
Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini Pendarahan Boleh Berlaku Bila Bila Masa

Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini Pendarahan Boleh Berlaku Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 413 hits
Plasenta praevia adalah satu keadaan dimana uri berada dalam kedudukkan yang rendah didalam rahim Ia terdiri daripada beberapa tahap tahap tertentu Dr Siti Esah Bahari Pakar Obstetrik Ginekologi menjelaskan lebih lanjut mengenai komplikasi ...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau