Bila Lihat Kejayaan Seseorang Di Bawah Lampu Anda Perlu Bayang Usaha Keras Di Dalam Gelap




Bila negara dikenakan perintah berkurung bagi membendung wabak covid-19 yang lalu, saya rasa seperti mimpi saja. Maklumlah pengalaman pertama jadi begitu. Pada minggu pertama cuba sesuaikan diri dengan apa yang terjadi. Belajar, biasakan dan buat meeting online dengan semua staff, brainstorm, cuba fikir cari jalan penyelesaian dan buat persediaan. Lebih kurang buat analisa SWOT lah tu.
Memang otak rasa blur tak tahu apa yang bakal dijangkakan. Yang saya ingat, semua itu akan berlalu sebentar saja. Seminggu, sebulan atau 2 bulan. Tak mahu bayangkan keadaan seperti itu akan berlarutan dalam tempoh yang lama. Untuk orang yang makan gaji, saya yakin ramai yang menikmati apa yang berlaku, terutamanya jika anda kerja dengan syarikat besar multinasional, kerajaan atau GLC. Itu semua jenis majikan yang akan kekalkan semua pekerja mereka.
Berbeza pula bagi syarikat kecil. Ramai pekerjanya risau sebab majoriti besar syarikat kecil langsung tak ada bekalan duit yang cukup sekalipun untuk bertahan selama 3 bulan jika operasi perniagaan terpaksa dihentikan. Mereka semua hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 'Hand to mouth situation' kata orang putih. Apa yang ada ngam-ngam saja tak ada lebihan untuk simpanan. Tak boleh kerja bermakna tak ada gaji. Siapa tak tertekan jika jadi begitu.
Saya punya syarikat perniagaan termasuk dalam kategori syarikat kecil. Jika pekerja saya risau, saya risau lebih 10 kali ganda dari mereka. Ada tanggung jawab yang perlu dilunaskan untuk keluarga, untuk syarikat dan semua tanggungan syarikat yang ada.
Dalam keadaan kelam kabut begitu, jangkaan yang semua akan kembali seperti biasa dalam tempoh sebulan dua ternyata meleset, akhirnya lega kembali bila ada permintaan terhadap kerja-kerja sanitasi. Boleh jana sedikit pendapatan untuk legakan keadaan.
Isi masa ketika dalam kurunganSebenarnya saya nak cerita apa yang saya buat ketika dikurung sebab PKP. Termelalut agak panjang di atas tadi. Saya patah balik ke matlamat asal artikel ini. Tentang belajar perkara baru.
Sambil menunggu keadaan kembali pulih, saya mesti isikan masa yang ada untuk perkara berfaedah. Banyak kursus online yang saya ikuti, ada yang percuma ada yang berbayar. Selain dari semua aktiviti belajar ilmu yang berguna untuk kerja, saya buat keputusan untuk belajar sendiri bermain gitar.
Mulanya saya layari youtube untuk belajar pasal finger picking, dalam proses tersebut bertemu pula dengan dunia musik jazz yang dalam guitar banyak pakai chord 7. Saya tertarik dengan perkara baru itu dan buat keputusan untuk belajar sendiri dari semua sumber online yang ada.
Untuk pastikan usaha membina tabiat baru itu berjaya, saya buka dan baca buku Atomic Habits dan ikuti langkah yang diterangkan dalam buku tersebut satu persatu. Langkah asasnya adalah pastikan semua proses pembelajaran nak main gitar itu, 1. Menonjol, 2. Menarik, 3. Mudah dan 4. Ada Ganjaran.
Apa yang saya cuba belajar adalah perkara baru, pada awalnya memang susah dan banyak kali rasa nak putus asa. Banyak sangat perkara nak dibiasakan diri, jari rasa keras tak boleh dibentuk. Supaya tak bosan, saya pastikan untuk luang masa berlatih setiap hari dalam tempoh yang pendek saja. Dalam 15 ke 30 minit sudah memadai. Masa berlatih itu, buat latihan yang tidak terlalu senang dan tidak terlalu susah. Perlu duduk antara dua level itu.
Dari bertatih-tatih, akhirnya tabiat pegang gitar dan ulang buat benda sama berulang kali jadi perkara biasa. Makin lama makin dapat kuasai dengan lebih mudah dan begitulah prosesnya berlalu sehingga saya dah dapat gubah semua lagu dari chord biasa kepada penggunaan chord 7th.
Kawan yang ada gitar sama seperti saya, yang nak belajar semula main gitar, tidak tambah apa-apa kemahiran bermain gitarnya sebab tak sanggup lalui semua tekanan berlatih itu dengan istiqamah. Dia perhatikan perkembangan saya sehinggalah satu hari dia beritahu, setiap kali lihat saya main lagu guna chord 7th, dia rasa seperti nak balik dan pecahkan gitarnya, cemburu dengan keupayaan saya yang makin meningkat.
Dari bermulanya kena PKP tahun 2020 sehingga sekarang dan 4 tahun. Saya masih lagi terus melayan berlatih main gitar sikit sikit dan cuba tingkatkan kemahiran secara santai ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Saya sendiri dapat rasai beza antara awal dulu dengan sekarang kelancaran pegang chord dan bermain gitar.
Gambaran kerja kerasProses belajar main gitar dari tak tahu kepada tahu, kemudian lancar dan meningkat sedikit demi sedikit banyak memberikan kefahaman terhadap apa yang anda perlu lalui jika mahu kuasai sesuatu.
Seperti apa yang kawan saya di atas lihat dan rasa teruja, dia hanya dapat melihat hasil yang saya pamerkan kepadanya dalam tempoh 10 ke 20 minit saja. Lancar, menarik dan nampak mudah. Apa yang dia tak nampak dan tak dapat rasakan adalah tempoh 3 ke 4 tahun saya praktis seorang diri setiap hari dalam keadaan yang sangat membosankan. Ulang buat perkara sama ratusan kali, rasa nak gibab, meluat dan sebagainya, tapi tahan diri untuk teruskan juga.
Setiap kali saya lihat pemain gitar tunjukkan skil di tiktok atau media sosial lain, dengan kelajuan jari jemarinya naik turun tali gitar atas bawah, dengan irama luar biasa, saya hanya dapat bayangkan masa ribuan jam yang dia habiskan seorang diri berlatih sempurnakan semua kemahiran yang cuba dibentuknya.
Saya dapat bayangkannya sebab saya sendiri lalui perkara itu, dan tahap kesabaran dan jumlah masa yang digunakan untuk dapat apa yang ada sekarang masih sangat rendah berbanding dirinya. Ertinya, siksaan dan cabaran yang dilalui oleh orang lain yang jauh lebih cekap sudah tentu berkali ganda hebatnya.
Rumah besar harta bertimbunSama juga dengan kejayaan lain yang anda lihat di depan mata sekarang kepada mereka yang ada rumah besar, harta bertimbun. Banyak cerita kejayaan yang dapat dilihat dari portal hiburan dan seumpamanya. Cerita ringkas 2 muka, kemudian gambaran kemewahan yang dipamerkan membuatkan ramai yang ingin miliki apa yang mereka miliki.
Tapi ramai yang hanya mahu hasil kejayaan itu saja. Sedangkan susah payah, kesabaran, jatuh dan bangun yang dilalui dalam tempoh 10 ke 20 tahun tak ada siapa yang sanggup hadapinya.
Disebabkan gagal melihat semua proses yang berlaku ketika tiada sesiapa melihatnya, maka ramai yang ambil jalan pintas. Rasuah, pecah amanah, curi, tipu, perdaya dan sebagainya. Semua kerja jahat sebegitu adalah alternatif kepada kerja berat yang tak ramai sanggup laluinya.
Begitu juga berlaku dalam semua urusan di dunia ini. Jadi pelajar cemerlang, pekerja contoh, usahawan terbilang, pemimpin negara tersohor, doktor pakar rebutan ramai pesakit, pelukis hebat, penyanyi nombor satu, ahli sukan paling tinggi bayarannya dan seribu satu lagi lapangan kemahiran lain yang memerlukan ribuan jam latihan di peringkat tinggi, mereka kecapi hasil dari kepayahan maksimum yang majoriti besar manusia tak sanggup laluinya.
Rahsia kejayaan ada pada tabiat baik yang anda bentuk sedikit demi sedikit sepanjang hidup. Tiada jalan pendek untuk berjaya. Begitu juga tiada jalan pendek masuk ke syurga. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/08/bila-lihat-kejayaan-seseorang-di-bawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Nak Orang Lee Kwangsoo Kongsi Usaha Keras Bawa Watak Lelaki Jahat Dalam Drama Baru

Saya Nak Orang Lee Kwangsoo Kongsi Usaha Keras Bawa Watak Lelaki Jahat Dalam Drama Baru

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 102 hits
Tak lama lagi Lee Kwang soo akan membuat transformasi lakonan untuk drama barunya Artikel Berkaitan Terbaru sesi sidang media untuk drama No Way Out The Roulette telah berlangsung dan dihadiri para pelakon seperti Cho Jin woong Kim Moo yeol...
Menkominfo Sebut Program Umkm Level Up Bantu Pelaku Usaha Adopsi Teknologi Digital

Menkominfo Sebut Program Umkm Level Up Bantu Pelaku Usaha Adopsi Teknologi Digital

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 129 hits
Digitalisasi oleh UMKM membuka berbagai peluang bagi perluasan akses pasar kata Menteri Budi
Bph Migas Gelar Bimtek Custody Transfer Bagi Badan Usaha Gas Bumi Upaya Tingkatkan Kompetensi Sdm

Bph Migas Gelar Bimtek Custody Transfer Bagi Badan Usaha Gas Bumi Upaya Tingkatkan Kompetensi Sdm

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 85 hits
Kegiatan Bimtek yang bertemakan Custody Transfer ini dilakukan sebagai bagian dari peningkatan kompetensi SDM badan usaha gas bumi
Rafizi Ramli Jawab Soalan Mengenai Langkah Usaha Kerajaan Dalam Pengaw

Rafizi Ramli Jawab Soalan Mengenai Langkah Usaha Kerajaan Dalam Pengaw

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 82 hits
Senator Datuk Dr Haji Azhar bin Ahmad minta MENTERI EKONOMI menyatakan apakah langkah langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan kadar inflasi dapat dikawal dan apakah usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan rakyat...
Kolaps 14 Bank Dicabut Izin Usaha Secara Bertahap Oleh Ojk

Kolaps 14 Bank Dicabut Izin Usaha Secara Bertahap Oleh Ojk

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 99 hits
Jumlah bank bangkrut pada tahun ini telah mengalami peningkatan pesat lebih dari tiga kali lipat dibandingkan tahun lalu
Genap 5 Tahun Suami Tidak Tunaikan Nafkah Batin Pelbagai Usaha Aku Lakukan Untuk Menarik Minatnya Namun

Genap 5 Tahun Suami Tidak Tunaikan Nafkah Batin Pelbagai Usaha Aku Lakukan Untuk Menarik Minatnya Namun

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum semua Terima kasih admin IIUM Confession atas keizinan untuk menyiarkan kisah saya Nama ku J Seorang surirumah ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta Namun ku korbankan kerjaya demi memb...
Benq Membuka Screenbar Pro Dengan Lampu Pintar Dilancarkan Di Malaysia

Benq Membuka Screenbar Pro Dengan Lampu Pintar Dilancarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 356 hits
Pada 2017 BenQ memperkenalkan bar lampu monitor pertama di dunia ScreenBar Sebagai peneraju dalam produk pencahayaan berkualiti tinggi BenQ berusaha untuk menunjukkan kepada peminat persediaan meja bagaimana pencahayaan boleh mengubah suasa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba