Bila Lagi Malaysia Nak Perkenalkan Kerja 6 Jam 4 Hari Seminggu
Perdana Menteri Finland, Sanna Marin, 34, berhasrat memperkenalkan waktu kerja fleksibel, meliputi empat hari seminggu dan hanya enam jam sehari supaya para pekerja mempunyai lebih masa bersama keluarga.
Idea tersebut dicadangkan Sanna yang mana beliau berhasrat untuk memperkenalkan waktu bekerja fleksibel tersebut di seluruh negara.
Sanna yang juga ketua kerajaan kedua termuda di dunia berkata, inisiatif itu membolehkan pekerja untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
"Saya percaya bahawa semua orang berhak untuk mengisi lebih banyak masa bersama keluarga, orang tersayang, hobi dan menceburi aspek lain dalam kehidupan termasuk budaya.
"Ini adalah langkah kita seterusnya dalam dunia pekerjaan," katanya seperti dipetik dari Daily Mail.
Ibu kepada seorang anak itu mengetuai gabunganempat parti berhaluan kiri, semuanya diketuai wanita dan berusia bawah 35 tahun.
Sebelum Sanna dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan Findland.
Ketika memegang jawatan itu, beliau mencadangkan untuk waktu kerja lebih singkat bagi meningkatkan hubungan baik dan produktiviti pekerja.
Ketika ini, waktu bekerja di Finland, adalah lapan jam sehari, lima hari seminggu.
Untuk info, sistem kerja enam jam sehari sudah mula diperkenalkan di Sweden sejam 2015 dan ia memberikan kesan positif di mana pekerja lebih gembira dan lebih produktif kerana mereka dibayar gaji penuh.
Di Jepun pula, syarikat Microsoft memperkenalkan cuti tiga hari hujung minggu dan hasilnya, produktiviti syarikat melonjak 39.9 peratus.
Buat masa ini, di Malaysia, Waktu Bekerja Fleksi (WBF) telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara, mulai 1 Ogos 2019 lalu.
Mungkin sistem kerja enam jam sehari ini akan turut dilaksanakan di Malaysia pada masa hadapan. Siapa tahu, kan?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2020/01/malaysia-nak-perkenalkan-kerja-6-jam.html