Bila Khazanah Dan Pnb Berfesyen


Nampaknya di Malaysia sekarang musim minta maaf. Eloklah. Tak payah tunggu Hari Raya nak menyusun sepuluh jari meminta maaf. Tempoh hari Najib Razak mohon maaf berhubung skandal 1MDB. Dua hari lalu suami isteri yang dikatakan ikon fesyen tempatan, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar tampil mohon maaf. Susulan kerugian ditanggung Khazanah Nasional Berhad yang lazim dipanggil Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad atau PNB.
“Sebagai dua individu yang menguruskan syarikat ini (FashionValet Sdn Bhd atau FV), ini tanggungjawab kami dan hakikatnya kami telah mengecewakan pelabur. Kami kecewa dengan diri sendiri dan kesal dengan penyudahan ini. Kami benar-benar minta maaf,” kata mereka menerusi hantaran di Instagram. Panjang lebar ‘on what went wrong’ dan kegagalan mereka menyediakan syarikat menghadapi ‘rainy days’. Saya tidak bercadang ulangi dengan ‘detail’ di sini apa yang telah mereka katakan.
Mereka juga mengambil keputusan melepaskan jawatan dalam syarikat. Vivy ialah ketua pegawai eksekutif FV dan Fadzaruddin pengarah eksekutif FashionValet Group. Memadaikah minta maaf dan letak jawatan? Terpulang pandangan masing masing.
Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil menggesa Khazanah dan PNB menjelaskan kerugian yang mereka alami memandangkan ia melibatkan dana awam. Ya kata kuncinya ‘dana awam’.
Khazanah dan PNB mengalami kerugian RM43.9 juta selepas menjual pegangan mereka dalam platform e-dagang FV dengan hanya RM3.1 juta setelah masing-masing pada mulanya melabur RM27 juta dan RM20 juta. Pada hemat saya jumlah kedua-dua pelaburan besar walaupun zaman ini orang bercakap mengenai bilion-bilion. Dan saya ulangi kata-kata Fahmi. Ia melibatkan dana awam. Ertinya wang rakyat.
Khazanah menyifatkan pelupusan pegangan sahamnya dalam FV adalah ‘langkah keluar bertanggungjawab untuk mengalih pemilikan kepada pihak yang mampu membantu mendorong syarikat itu ke arah trajektori pertumbuhan baharu’. Ertiya untuk FV mendapat suntikan modal segera.
Kata PNB pula pelaburan keseluruhannya disalurkan ke dalam FV bagi membiayai rancangan pertumbuhannya dan ‘bukan kepada mana-mana pemegang saham sedia ada termasuk pengasasnya’.
Dan PNB turut memberitahu pelaburan dibuat menggunakan dana proprietari – bukan dana amanah saham bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilanggan oleh orang awam.
Menurut Kementerian Kewangan Khazanah melabur dalam FV pada 2018 sebagai ‘sebahagian usaha ketika itu untuk memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendapat pendedahan dalam sektor e-dagang yang pesat berkembang’.
PNB pula kata Kementerian Kewangan pada masa sama ‘mahu menyokong syarikat runcit digital milik Bumiputera yang sedang maju dan membantu syarikat- syarikat ini menjadi platform jualan serantau bagi jenama Malaysia’.
Pada pandangan saya jika mengambil kira apa yang dikatakan oleh Kementerian Kewangan kedua-duanya – Khazanah dan PNB – bertindak mengikut objektif dan matlamat penubuhan mereka.
Khazanah ialah dana kekayaan berdaulat kerajaan Malaysia dan ia diamanahkan membuat pelaburan bagi menghasilkan nilai mampan untuk Malaysia. Visi dan misi PNB pula ialah untuk menjadi institusi pelaburan bertaraf dunia dan meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia demi kemakmuran negara.
Harapan saya semua perkiraan telah dibuat dengan teliti sebelum dan semasa pelaburan dibuat termasuk kajian dan penyelidikan rapi ke atas syarikat yang menerima pelaburan. Yakni benar-benar yakin akan kemampuan syarikat dan juga yakin akan mendapat pulangan serta faedah disasar. Kita tahu banyak syarikat tempatan yang dahagakan pelaburan. Apatah lagi daripada Khazanah dan PNB. Harap yang dipilih sesungguhnya syarikat yang betul-betul ‘deserving’.
Kata PNB pelaburan pada 2018 itu dilakukan ‘selepas melalui proses penilaian terperinci dan usaha wajar di mana ketika itu FashionValet dijangka mencatat kadar pertumbuhan hasil tahunan sebanyak 60% bagi tempoh tiga tahun berikutnya’. Saya kira penilaian terperinci juga dibuat oleh Khazanah.
Apa pun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mulakan siasatan berhubung isu kerugian ini. Satu langkah yang bagi saya mesti dialu-alukan dan disambut baik.
“Saya telah mengarahkan pegawai saya memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki. Sekali lagi ‘dana awam’ disuarakan.
Dan kata beliau lagi: “Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola.” Benar – sememangnya banyak persoalan yang memerlukan jawapan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/bila-khazanah-dan-pnb-berfesyen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fashionvalet Isu Kerugian Rm43 9 Juta Pelaburan Khazanah Pnb

Fashionvalet Isu Kerugian Rm43 9 Juta Pelaburan Khazanah Pnb

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 278 hits
Dalam Dewan Rakyat Isnin lalu Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa Khazanah dan PNB memperoleh RM3 1 juta hasil penjualan saham dalam platform e dagang fesyen FashionValet kepada syarikat Bumiputera NXBT Partners pada 2023 Jumlah tersebu...
Fashionvalet Rugi Lima Tahun Berturut Turut Sebelum Pelaburan Khazanah Pnb Kenapa Melabur Dalam Syarikat Rugi

Fashionvalet Rugi Lima Tahun Berturut Turut Sebelum Pelaburan Khazanah Pnb Kenapa Melabur Dalam Syarikat Rugi

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 166 hits
5 November 2024FashionValet Sdn Bhd yang menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd sudah menyaksikan kerugian lima tahun berturut turut sebelum dua syarikat pelaburan...
Khazanah Dan Pnb Rugi Hampir Rm43 9 Juta Daripada Penjualan Fashionvalet

Khazanah Dan Pnb Rugi Hampir Rm43 9 Juta Daripada Penjualan Fashionvalet

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 139 hits
Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Berhad mengalami kerugian sebanyak RM43 9 juta daripada penjualan pelaburan minoriti mereka dalam peruncit fesyen atas talian FashionValet Sdn Bhd Memetik dari NST perkara ini telah didedahkan o...
Hiburan Libatkan Dana Awam Sprm Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan Rm43 9 Juta Khazanah Amp Pnb Dalam Fashionvalet

Hiburan Libatkan Dana Awam Sprm Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan Rm43 9 Juta Khazanah Amp Pnb Dalam Fashionvalet

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 175 hits
Difahamkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan sebanyak RM43 9 juta yang perlu ditanggung oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet Melalui ...
Hope They Respond Very Soon Fahmi Says Govt Monitoring Khazanah Fashionvalet Issue

Hope They Respond Very Soon Fahmi Says Govt Monitoring Khazanah Fashionvalet Issue

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 197 hits
Communications minister acknowledges concerns raised by various quarters on investment involving public monies but urges public to allow them a little bit of time Losses incurred by Khazanah Nasional Bhd due to the sale of its minority shar...
Hiburan Saya Telah Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman Bagi Siasat Kerugian Rm43 9 Juta Pmx

Hiburan Saya Telah Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman Bagi Siasat Kerugian Rm43 9 Juta Pmx

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 99 hits
Melalui laporan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan sebanyak RM43 9 juta dalam FashionValet Arahan tegas ini adalah seb...
Akmal Marah Tony Pua Backup Fashio Valet Dana Khazanah Yang Diberikan Ketika Najib Pengerusi Hahahaha

Akmal Marah Tony Pua Backup Fashio Valet Dana Khazanah Yang Diberikan Ketika Najib Pengerusi Hahahaha

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 127 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Ketua Pemudanya Dr Akmal Saleh membalas kritikan bekas ahli parlimen DAP Tony Pua berkenaan skandal FashionValet Mohamad yang juga menteri luar kelihatan terpancing dengan kenyataan Pua yang membandi...
Sprm Analisis Firma Lain Terkait Khazanah

Sprm Analisis Firma Lain Terkait Khazanah

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 118 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mengambil maklum dakwaan dikemuka pemberi maklumat PETALING JAYA Satu firma lain didakwa dimiliki Khazanah Nasional Berhad sedang dianalisis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik