Bila Keputusan Video Azmin Mahu Selesai Apa Masalah Kerajaan


Minggu ini saja sudah dua kali Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan polis berkenaan video seks sejenis yang didakwa membabitkan Azmin Ali.

Kali pertama, pada 7 Julai, beliau memaklumkan siasatan kes itu sedang berjalan dan tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk pihak polis menyelesaikannya.

Kita tidak tetapkan tempoh tertentu dan pihak polis akan melakukan apa yang sepatutnya berhubung siasatan itu sebelum diserahkan kepada Ketua Polis Negara dan saya selaku Menteri Dalam Negeri untuk dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya, ujar beliau.
Semalam, Muhyiddin sekali lagi bersuara mengenai siasatan kes itu dengan berkata, kenyataan Tun Mahathir tidak akan mempengaruhi pihak polis dalam menjalankan tugasnya.

Tun Mahathir sebelum ini mempertahankan Azmin berhubung dakwaan terlibat dalam hubungan seks sejenis sebagaimana terdapat dalam video tersebut dengan mengatakan ia sebagai palsu.

Saya fikir itu adalah pandangan Perdana Menteri terhadap keseluruhan keadaan. Tetapi, saya memberi jaminan mereka (polis) akan bebas (dalam siasatan) kerana integriti kerajaan juga penting, katanya.
Jelas dalam hal ini Muhyiddin begitu prihatin terhadap kebimbangan yang makin merebak di kalangan orangramai berhubung siasatan kes itu yang kini sudah memasuki tempoh kira-kira sebulan tanpa sebarang penyelesaian.

Bagi orang ramai, kes itu tidak harus memakan masa yang lama untuk disiasat dan diselesaikan kerana ia adalah siasatan yang mudah dan “straightforward” dengan tidak perlu menyiasat ramai orang berkaitan dengannya.

Lagi pun, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengakui secara terbuka beliau adalah salah seorang lelaki dalam video tersebut sudah pun diambil keterangannya oleh pihak polis.

Begitu juga dengan Azmin yang didakwa Haziq sebagai pasangannya dalam hubungan seks sejenis itu.

Bermakna, selain kesimpulan sudah boleh dibuat berdasarkan keterangan yang diambil daripada kedua-duanya, perkara lain yang perlu dilakukan ialah mengesahkan ketulenan video itu.

Persoalannya, apakah untuk menentukan ketulenan video itu perlu memakan masa sampai sebulan?

Keprihatinan Muhyiddin dalam kes ini tentunya tidak lain kerana bimbangkan kesannya kepada kedudukan kerajaan di mata rakyat.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, pendirian Muhyiddin adalah sesuatu yang wajar, bahkan harus dipuji.

Mahu tidak mahu, harus diakui jika siasatan ini memakan masa terlalu dan rakyat mula melihatnya sebagai percubaan untuk melengah-lengahkan keadaan, ia adalah suatu petanda yang buruk kepada kedudukan serta masa depan kerajaan.

Kerajaan akan dilihat ada agenda lain, sedangkan kebenaran, walau bagaimana pahit sekali pun, ia tetap kebenaran dan tidak harus diselindungkan.

Dengan Muhyiddin sudah sudah kali bersuara sehingga ini, pihak polis sebenarnya tidak ada pilihan lain selain harus menyegerakan siasatan mereka seberapa cepat yang boleh.

Tulen atau tidak video tersebut dan sama ada salah seorang pelakunya adalah Azmin atau bukan, hasil siasatan mesti segera diumumkan.

Lagi lama disimpan, lagi buruk dan merudum imej kerajaan di mata umum.

Bersama pelbagai masalah yang sedang melanda negara ketika ini, isu video yang mengaitkan Azmin ini tidak harus menjadi satu lagi beban yang menyusahkan kerajaan dan Tun Mahathir untuk menanggungnya.


Shahbudin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/bila-keputusan-video-azmin-mahu-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Lambat Kes Video Azmin Diselesaikan Lagi Buruk Imej Kerajaan

Lagi Lambat Kes Video Azmin Diselesaikan Lagi Buruk Imej Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 358 hits
Minggu ini saja sudah dua kali Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan polis berkenaan video seks sejenis yang didakwa membabitkan Azmin Ali Kali pertama pada 7 Julai beliau memaklumkan siasata...
Belum Selesai Walau Keputusan Akhir Keluar Ini Dua Step Proses Mahkamah Cari Keadilan Untuk Arwah Zulfarhan

Belum Selesai Walau Keputusan Akhir Keluar Ini Dua Step Proses Mahkamah Cari Keadilan Untuk Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 654 hits
Kes yang melibatkan Pegawai Kadet Laut UPNM Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnian kembali menjadi tumpuan ramai apabila pihak Mahkamah Tinggi telah menetapkan 31 Julai untuk keputusan kes berkenaan Dengar sahaja pengumuman mengenainya oran...
Azmin Nafi Kena Booo Tapi Lihat Video Ini

Azmin Nafi Kena Booo Tapi Lihat Video Ini

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 577 hits
Azmin nafivideo ini bagaimana pulaMungkin kelambatan dalam memberi bantuan kepada warga felda menjadi faktor utama kenapa beliau di boo dalam ucapan beliau Jika tidak kerana teguran Anwar sebelum hari raya mengenai bantuan duit raya kepada ...
Penduduk Ampang Campuran Gesa Pihak Berkuasa Selesai Segera Masalah Longkang Tersumbat

Penduduk Ampang Campuran Gesa Pihak Berkuasa Selesai Segera Masalah Longkang Tersumbat

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 394 hits
Penduduk Ampang Campuran di Selangor mendesak pihak berkuasa menyelesaikan segera masalah longkang tersumbat di kawasan Tasik Ampang Campuran yang dipercayai menjadi punca kejadian banjir kilat di kawasan itu Ketua Kampung Tasek Ampang Camp...
Lagi Video Babitkan Azmin Tersebar

Lagi Video Babitkan Azmin Tersebar

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 250 hits
Dalam paparan rakaman tanpa suara itu selain Azmin dan Haziq turut dilihat ialah wajah seseorang yang didakwa sebagai Hilman Idham Setiausaha Politik Azmin sendiri Berdasarkan video itu ketiga tiga mereka dipercayai tinggal di tingkat sama ...
Dakwa Ada Unsur Kekejaman Kerajaan Jordan Haramkan Permainan Video Pubg Di Negara Mereka

Dakwa Ada Unsur Kekejaman Kerajaan Jordan Haramkan Permainan Video Pubg Di Negara Mereka

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 353 hits
Baru baru ini Jordan telah mengharamkan permainan video yang paling panas waktu ini iaitu PlayerUnknown s Battlegrounds kerana mempunyai unsur kekejaman dan memberi kesan negatif kepada seluruh rakyat di negara itu Berikutan dengan itu ia d...
Had Umur Belia Johor Dianggap Selesai Kerajaan Negeri Akan Jumpa Persatuan

Had Umur Belia Johor Dianggap Selesai Kerajaan Negeri Akan Jumpa Persatuan

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 350 hits
Isu had umur belia di Johor dianggap selesai dan kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai persatuan belia berhubung isu berkenaan Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kerajaan negeri juga tetap dengan pendirian un...
Azmin Felda Akan Bangkit Semula Di Bawah Kerajaan Baru

Azmin Felda Akan Bangkit Semula Di Bawah Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 356 hits
ROMPIN 7 Julai Felda akan bangkit semula dengan keyakinan peneroka kembali utuh di bawah pengurusan baharu kerajaan Pakatan Harapan bagi membela masa depan golongan peneroka kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Beliau...
Asean Renews Community Declaration As Bloc Sets Course For Next 20 Years

Samsung Memperkenalkan Skrin Ai Generasi Baharu

Lau Showroom By Raimer B Ro Silence As A Design Statement

The Resurgence Of Analog Horror A New Era Of Digital Fright

Can The Indian Community Expect A Fluent Tamil Speaking Minister If A Cabinet Reshuffle Happens

Lepas Setel Mahkamah Mereka Terus Akhirnya Bekas Suami Cikgu Cerita Hal Sebenar

Anda Peminat Teh Ada Bahaya Menanti

Vipmgm8 17 Vipmgm8 24 Top 89 By Violette


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resep Cappuccino Gula Aren Sentuhan Lokal Yang Menggoda Lidah

How To Beat The Gacor123 Login Online Slot Dealer Quickly

Ular Keliling Rumah

World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

Beli Pokok Ciku Mega Secara Online

Check In Eastin Hotel Penang