Bila Jumpa Mak Ayah Ada Anak Istimewa Mulut Jangan Celupar


Bila kita berjumpa mak, ayah yang ada anak istimewa berhati-hatilah ketika berbicara. Paling penting mulut jangan sesekali celupar, berkata-kata seolah-olah tiada hati dan perasaan.
Sesetengah mak ayah tak dapat nak terima kehadiran anak istimewa dalam keluarga. Mungkin pada awalnya dan tidak tahu persediaan dan cabaran pada masa akan datang. Tapi kalau mak ayah terima dengan reda, pasti hari-hari akan dilalui dengan mudah dan tenang. Malah, bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
Bila Jumpa Mak Ayah Ada Anak Istimewa Apa yang menjadi permasalahan pula, bila segelintir daripada kita memandang pelik pada anak istimewa ini. Tak kurang juga mengata dengan membuat andaian yang bukan-bukan sehingga boleh menjatuhkan perasaan penjaga itu
Bukan meminta tapi kalau itu dah rezeki maka ayah ada anak istimewa, terimalah. Sebagai orang luar, jangan sesekali mulut celupar dengan membuat andaian. Jagalah perasaan dan kata-kata bila berjumpa dengan mak ayah yang miliki anak istimewa ini.
Dalam hal ini juga, kita sebagai orang luar, elakkan daripada bercakap kepada mak ayah yang ada anak istimewa dengan kata-kata ini.

Mulut Jangan Celupar 3 perkara yang TAK BOLEH CAKAP kepada ibu bapa yang mempunyai anak isitmewa:
1. BADI
Di dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, badi bermaksud “kenan” atau kesan buruk kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu).
Bukankah perkataan “badi” ini adalah terlalu kasar untuk kita katakan kepada mak ayah anak-anak ini. Manusia bagaimanakah yang berurusan dengan bangkai binatang atau mayat orang yang mati terbunuh sehingga terkena “badi” nya pada anak? Adakah benar wujud situasi “badi” ini sebenarnya?
Wallahu’alam.
Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata kerana baik perkara hikmah mahupun kifarah, kita harus berpegang dengan kepercayaan kepada Allah semata-mata.Seeloknya kita,menjaga hati dan mulut daripada berkata yang bukan-bukan.
Adanya juga perkataan “badi” atau “kenan” ini digunakan oleh makcik pakcik yang berkata “tak boleh dekat dengan orang-orang cacat ni…nanti sendiri pun boleh terkena badi diorang”. Mintak mengucaplah & beristighfarlah wahai pakcik makcik sekalian.. hal-hal begini bukan kerja kita. Andai terjadi, kita perlulah berbalik kepada rukun iman yang terakhir iaitu percaya kepada qada’ & qadar.
Jadi, cukup-cukuplah menggunakan istilah badi ini walaupun termaktub dalam kamus dewan, tetapi ia hanyalah satu kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah kita terutama bagi yang beragama Islam.

2.BALASAN MASA LAMPAU
Siapa kita yang boleh menghukum dosa dan pahala seseorang? Kita bukan Allah untuk menentukan seseorang itu berdosa dan tidak.
Memang betul ada yang kata,”balasan di dunia ni dapat kat dunia juga” tapi sekali lagi, berbaliklah kepada akidah masing-masing. Hati kita perlu dijaga dan dididik. Bukankah kehadiran insan-insan berkperluan khas ini juga adalah ujian untuk manusia-manusia “normal” macam kita?
Pandang sekeliling dan renungkan apa yang kita boleh bantu untuk mak ayah yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Perincikan bantuan yang kita boleh berikan mengikut kemampuan kita:
JIKA MAMPU:
1. MENGHULURKAN DUIT, KITA HULURKAN.
2. MEMBERIKAN BANTUAN TENAGA, MAKA BERIKAN.
3. BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT SUDAH MEMADAI.
4. JIKA TIDAK MAMPU JUGA, MENJADI PENDENGAR YANG BAIK JUGA SUDAH CUKUP BAGUS. TIDAK PERLU MENILAI APA-APA, CUMA DENGAR SAJA
5. JIKA TIDAK MAMPU SANGAT, TITIPKAN DOA PUN PASTINYA SUDAH MEMBAHAGIAKAN MAK AYAH INI, MALAH MANA TAHU JIKA DOA ITU BERBALIK SEMULA REZEKI KEPADA KITA YANG MENDOAKAN.

3. TAK MAKAN DENGAN BETUL/STRES MENGANDUNG
Seolah-olah menyalahkan ibu yang mengandungkan anak istimewa tersebut; mungkin kerana tidak menjaga kandungannya elok-elok dan sebagainya.
Sedangkan hakikat kejadian anak istimewa ini boleh jadi ketika mengandung, semasa kelahiran, dan selepas melahirkan.
Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada semua perkara ini. Apa-apa pun, menyalahkan ibu yang mengandungkan adalah perkara yang sangat tidak masuk akal untuk kita katakan disebabkan oleh si ibulah, maka anak mendapat “cacat”nya.
Marilah kita sama-sama menjaga hati dan bermuafakat dalam urusan kita sehari-sehari.
“Spread love, kindness & care” kepada insan istimewa dan ahli keluarga mereka. Kerana hakikat balasan ini,tidak merugikan kita semua pun.
Sumber: Little Rehab
Kredit top image: Freepik
 
The post Bila Jumpa Mak Ayah Ada Anak Istimewa, Mulut Jangan Celupar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-jumpa-mak-ayah-ada-anak-istimewa-mulut-jangan-celupar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Batuk Tak Hilang Hilang Mak Ayah Boleh Amalkan Selawat Syifa Ikhtiar Redakan Batuk Anak

Anak Batuk Tak Hilang Hilang Mak Ayah Boleh Amalkan Selawat Syifa Ikhtiar Redakan Batuk Anak

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 140 hits
Puas makan pelbagai ubat untuk bantu redakan batuk anak namun tak berhasil Selain mendapatkan ubat ubatan moden ibu bapa juga boleh mencuba selawat Syifa sebagai alternatif dalam mencari kesembuhan untuk anak anak Ini yang dikongsikan oleh ...
Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini

Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 265 hits
Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini Anak bila sakit tentulah mak mak yang paling risau Paling sedih bila anak sakit tapi maknya pula tidak dapat cuti kerana kekangan tugas yang perlu dilunaskan segera ...
Bila Mak Suruh Anak Lelaki Cuci Pinggan Lain Pulak Yang Jadi Dekat Dapor

Bila Mak Suruh Anak Lelaki Cuci Pinggan Lain Pulak Yang Jadi Dekat Dapor

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 118 hits
Apabila disuruh anak lelaki membuat kerja kerja rumah seperti mencuci pinggan dan sebagainya pasti akan ada sahaja perkara yang berlaku Menerusi klip berdurasi pendek yang tular di tiktok sabrinasabriii0 dapat dilihat situasi di dapur di ma...
Kasus Pembunuhan Ibu Dan Anak Di Subang Tersangka Danu Sempat Diancam Suami Korban Agar Tak Buka Mulut

Kasus Pembunuhan Ibu Dan Anak Di Subang Tersangka Danu Sempat Diancam Suami Korban Agar Tak Buka Mulut

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 160 hits
Danu mendapat tekanan dan ancaman dari tersangka YH suami korban yang diduga otak pembunuhan terhadap Tuti Rahayu dan Amalia Mustika Ratu
Jangan Biasakan Salin Baju Depan Anak Apa Yang Anak Tengok Dia Akan Ingat

Jangan Biasakan Salin Baju Depan Anak Apa Yang Anak Tengok Dia Akan Ingat

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 175 hits
Kadang kadang tanpa sedar kita anggap apa salahnya salin baju depan anak kecil Kita rasa biasa kerana anak masih lagi kecil Disebabkan itulah kita tanpa rasa segan silu menukar pakaian depan anak anak Jangan biasakan Kenapa tak elok ibu aya...
Kali Ini Saya Terduduk Dan Kecewa Ibu Kesal Pelajar Bergurau Kasar Tarik Kerusi Anak Istimewa Patah Tulang Belakang

Kali Ini Saya Terduduk Dan Kecewa Ibu Kesal Pelajar Bergurau Kasar Tarik Kerusi Anak Istimewa Patah Tulang Belakang

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 203 hits
Seorang ibu meluahkan rasa kesal dan kecewa mengenangkan anak perempuannya yang juga anak istimewa telah mengalami kecelakaan akibat kecuaian orang lain Difahamkan anak perempuan wanita itu menghidap penyakit saraf cerebral palsy telah meng...
Nak Gi Dinner Dengan Ayah Anak Anak Ke Tidak Akan Terjadi Puteri Sarah Geli Dengan Pertanyaan Netizen Ini

Nak Gi Dinner Dengan Ayah Anak Anak Ke Tidak Akan Terjadi Puteri Sarah Geli Dengan Pertanyaan Netizen Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 391 hits
Semalam tular video pelakon jelita Puteri Sarah bercerita mengenai hubungan baik bersama bekas suami Syamsul Yusof dan video itu aktres terbabit sempat berseloroh mengatakan Syamsul ada saja singgah di rumah dan makan dua kali Susulan itu v...
Pemerkosa Anak Di Jambi Ditangkap Setelah Video Curhat Ayah Korban Viral Ini Alasan Polisi

Pemerkosa Anak Di Jambi Ditangkap Setelah Video Curhat Ayah Korban Viral Ini Alasan Polisi

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 199 hits
Ayah korban menyatakan akan menggunakan hukum rimba karena pelaku tidak kunjung ditangkap meski laporan dibuat sejak setahun lalu
Bercuti Naik Cruise Bersama Anak Isteri Ayah Ni Kongsi Pengalaman Jadikan Panduan

Bercuti Naik Cruise Bersama Anak Isteri Ayah Ni Kongsi Pengalaman Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 294 hits
Bagaimana agaknya perasaan dan pengalaman dapat bercuti di atas kapal mewah bersama anak anak dan keluarga ya Bagi yang pernah laluinya tentu ia menjadi pengalaman yang begitu bermakna apatah lagi bukan selalu dapat merasai pengalaman belay...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord