Bila Berkuasa Pas Lupa Hudud



Kredit: Tinta Merah
Dulu dulu diatas mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan unggul parti Pas, maka pemimpin mereka berceramah dihadapan ahli dan penyokong Pas diseluruh pelusuk dunia, bahawa Pas sanggup tidak mempunyai kuasa pemerintahan diPutrajaya (alasan semata mata disebabkan Pas selalu kalah dalam PRU ) asalkan prinsip Islam Pas untuk menegakkan Negara Malaysia berlandaskan hukum Islam dapat dilaksanakan. Inilah “Nyawa Pas” kata Hadi.
Pas sanggup menentang sesiapa sahaja yang melawan prinsip yang Pas amalkan ini. Pas sanggup Syahid, malah jika ahli Pas menghadiri Mesyuarat Pas sekalipun dan mati ketika bermesyuarat maka ahli Pas sudah dianggap Syahid lebih afdhal jika mati dalam solat ketika sujud menghadap Allah (viral rakaman lobai Pas memberi tazkirah kepada ahli Pas) Hebat sekali darjat parti Pas.
Negeri yang Pas perintah adalah cuma Kelantan semenjak dari tahun 1990 lagi. Salah satu negeri termiskin yang ada diMalaysia. Jadi segala dasar parti Pas sememangnya selari dengan kemahuan rakyat diKelantan serta pemikiran rakyatnya sedikit tertutup pada waktu tersebut. Apatah lagi ketika itu bukannya dizaman kecanggihan IT dengan tiadanya bentuk hiburan dibenarkan malah panggung wayang keluarga juga diharamkan kononya tempat pembiakan maksiat, maka segala bentuk ceramah Pas menjadi medium hiburan utama bagi rakyat kelantan untuk menghilangkan kebosanan duduk diam diam di rumah. Ke sana ke sini… Ke sana ke sini……. diceramah Pas inilah anak anak muda Kelantan membanjirinya untuk mengisi masa lapang pada waktu malam.
Apatah lagi, ceramah Pas tentang negara Malaysia yang sekular, kafir, korup, yang mengikut perlembagaan penjajah British yang kafir dan tidak mengikut hukum Islam ataupun isu seperti Malaysia mempunyai pusat kasino perjudian terbesar diAsean ataupun Kilang arak dibuka dilembah Klang serta dibiarkan arak dijual secara berleluasa kepada rakyat selalu didendangkan oleh tok tok jogho Pas kepada anak muda Kelantan dan diselitkan dengan kata makian, cercaan dan lawak jenaka serta diselang selikan dengan laungan kalimah Allah Maha Besar untuk menaikkan semangat audians. Ia juga umpama satu bentuk perkaderan sarkas parti Pas kepada anak muda Kelantan.
Bila sampai masa perlukan pekerjaan selepas keluar daripada university, maka anak anak muda kelantan ini akan mencari pekerjaan diluar Kelantan, kerana dikelantan tiada pekerjaan setaraf yang ada berdasarkan kelayakan profesional mereka. Maka yang cerdik pandai lagi berkaliber mula bekerja diluar Kelantan. Ini hakikatnya sehingga sekarang. Mereka ini digelar Perantau yang mengecapi pembangunan pesat diLembah Klang namun meninggalkan kemunduran kepada keluarga mereka diKelantan.
Sehingga kini, isu bekalan air paip seperti berwarna air kencing dialami oleh rakyat kelantan yang mengunakan khidmat AKSB. Malah ketiadaan air paip bersih masih belum ada bentuk solusinya sehingga menjejaskan pembangunan bersepadu diKelantan. Bukti yang jelas, adalah menyebabkan penutupan hotel berjenama dunia bertaraf 6-star dalam bandar Kota Bharu.
Kononnya di atas alasan prinsip ingin menegakkan hukum hudud ini jugalah Pas telah mengambil keputusan drastik untuk keluar daripada blok pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kononnya lagi Pas tidak bersetuju dengan alasan utama PR disebabkan negara Malaysia adalah negara majmuk, bukannya seperti di Brunei atau di Pakistan atau negara Arab yang 90% rakyatnya adalah Islam.
Halikatnya, itu adalah alasan budak sekolah pra-tadika semata mata. Ini kerana diSelangor, walaupun telah keluar daripada PR, Pas tetap bersama menerima gaji dengan kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh PKR demi kuasa/dunia seperti jawatan Exco Negeri, Ahli Majlis Perbandaran, lantikan diGlc kerajaan negeri seperti PKNS, lantikan sebagai tok penghulu/pengawa dan sebagainya. Bukannya disebabkan atas dasar dan prinsip parti Pas yang berjuang demi hukum hudud.
Setelah Pas merasa seronok dapat bersama memerintah sebuah negeri Selangor yang kaya raya sebagai pusat ekonomi negara, dimana Selangor mempunyai simpanan tunai melebihi rm3 billion dibawah pemerintahan PR ( untuk rekod, semasa Umno memerintah Selangor tiada simpanan malah defisit yang banyak dikumpul oleh kerajaan Umno) dibandingkan dengan negeri Kelantan yang miskin, maka pemimpin Pas mula merasai nikmat dan mencintai dunia, telah menjadi idaman bagi setiap pemimpin Pas serta ahlinya.
Maka lahirlah istilah “KING MAKER” oleh parti Pas. Demi kuasa, Mercedes-Benz dan laba dunia semata mata sehinggakan hudud, diumpamakan sebagai ‘nyawa’ Pas telah hilang didalam Manifesto parti Pas, edisi Pru-14. Namun waktu itu, imej Pas masih lagi bersih pada mata rakyat/perantau pantai timur dan kedah (negeri majoriti melayu) kerana Pas telah menipu pengundi kononya Pas tetap menentang Umno yang korup didalam Pru-14. Walaupun Pas menafikan, seramai 158 calonnya yang bertanding diparlimen adalah bertujuan untuk memecahkan undi kaum melayu (PH) serta memenangkan Umno. Namun Perancangan Allah Maha Agung, melebihi perancangan Hadi dan Jibby.
Sekarang, bilamana RM telah menguasai Pas maka sediki demi sedikit perjuangan Islam sebagai Addin telah dibuang oleh Pas. Kebanyakan larangan dahulunya , Pas sebagai jaguh ketika menjadi pembangkang, boleh dikatakan kesemuanya Pas sudah tidak melarangnya lagi. Adakah sekarang kalian ada mendengar pemimpin Pas atau Menteri Pas setelah menjadi kerajaan pusat sebagai pemerintah negara, mengesa atau memaksa kerajaan menutup pusat judi digenting, nombor ekor, penjualan arak secara terbuka di7 eleven/kedai 24 jam, penutupan kilang arak – malah Hadi tidak mengulas sedikit pun komen surat kebenaran Kerajaan untuk menjual arak dimusim MCO (secara rasmi telah menjadi khadam kafir MCA) , pusat urut pelacuran, pub disko, LGBT, mengharamkan riba malah ruu355/Hudud pun sudah dikuburkan oleh Hadi sendiri diTanjung Piai. Itu adalah sebahagian contoh perjuangan yang Pas dokong selama ini dihina sendiri oleh Hadi. Apatah lagi kononnya ahli Pas Memali Syahid ditipu oleh Hadi.
Mentaliti pemimpin Pas juga agak MEWA didalam urusan pentadbiran negara/negeri. Dimana pemerintahan dinegeri Pas pun caca merba. Arahan penutupan pawagam seperti dikelantan alasannya akan mendatangkan masalah sosial remaja, hotel yang tidak mengasingkan kolam renang lelaki dan perempuan, penutupan aurat dimedia utama atau iklan, pengasingan laluan lelaki dan wanita dikaunter pembelian pasaraya, tidak membenarkan wanita bekerja pada waktu malam, tidak boleh duduk bersebelahan dengan bukan muhrim dalam pengangkutan awam adalah nampaknya selari dengan gaya pemikiran Timbalan Menteri Pas, sehingga kan ditegur oleh Big Boss Pas sendiri iaitu MCA. Sedangkan dinegeri Pas yang lain dibenarkan pula larangan ini malah pemakaian bikini yang separuh bogel oleh pelancong asing pun dibenarkan oleh exco kerajaan negeri Pas atas alasan hak bukan Islam atau non muslim… … Abisss tu yang Pas dok bising dulu sebab DAP bantah Hudud tu kenapa..Lagipun depa bukan non muslim pun seperti Pas selalu kata DAP tu kan kapir.. Dah memang hak depa la kan.
Nah sekarang, bila pemimpin Pas dah mula kelabu mata melihat dedak yang diberikan oleh jibby sebelum pru14, pemimpin Pas yang belum cukup puas dengan nikmat dedak Jibby, secara pelahap dan rakus pula untuk merasai nikmat Ghanimah. Demi keadilan kepada pemimpin Pas yang tiada tempat didalam kabinet kerajaan pusat maka Pas amat menantikan jawatan Pengerusi GLC pula seperti yang dijanjikan kepada Ahli Parlimen Pas selari dengan langkah Sheraton, umpama kata nitezen hari ini…masyukkkkkk..masyukkk .
Rakyat sekarang yang cerdik sudah nampak lakonan Pas. Dahulu amat sukar untuk melihat lakonan drama Melayu pemimpin Pas kerana tiada bukti Pas sebegitu. Lagipun waktu itu Pas masih bersih sebagai Pembangkang yang tiada ujian material lagi daripada Allah Yang Maha Esa. Difikiran ahli Pas yang telah didoktrinkan pemimpin Pas adalah umpama Malaikat yang tiada satu pun cacat celanya. Lagipun menurut Pas Malaikat selalu turun untuk mengundi bagi pihak Pas. Malah jika dizaman Nabi ada, Nabi pun mungkin kalah jika nak dibandingkan dengan pemimpin Pas. Nabi tidak berbohong tapi pemimpin Pas boleh berbohong kerana dibenarkan dalam Islam, dalil Pas.
Itulah kelebihan pemimpin Pas. Ayat ayat Quran dipermainkan, dimanipulasikan demi menghalalkan cara tingkah laku pemimpin Pas. Umpama Al-Quran itu ekslusif atau diberikan khas buat parti Pas sahaja. Malah dakwa Hadi juga, parti Pas adalah “Parti Allah” seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 1986. Oleh itu, gesaan supaya semua ahli Pas memboikot akhbar rasmi kerajaan adalah supaya berita melibatkan pemimpin Pas dan parti Pas tidak diketahui oleh ahli Pas yang MEWA. Sebagai contoh, berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 2001 dan akhbar Berita Harian pada tahun 2013 iaitu keputusan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja Raja Melayu dan JAKIM yang telah bersetuju untuk mefatwakan “Amanat Hadi” adalah salah, songsang dan sesat tidak diketahui oleh majoriti ahli Pas.
Lagipun Hadi sendiri berkata ahli Pas sepatutnya tidak boleh cerdik daripada pemimpin Pas. Ahli Pas patut dilahirkan bodoh supaya senang nak minta derma Tin Milo. Ini diakui pula setelah Menteri Pas, sebagai Timbalan Presiden Pas sendiri menukarkan Kementeriannya sendiri dengan singkatan kepada nama MEWA, mengikut kamus Bahasa Melayu adalah BODOH.
Sekarang setelah Pas telah mempunyai kuasa sebagai Pemerintah di Putrajaya dan sebagai Menteri, sebagai CEO, sebagai Pengerusi GLC, sebagai lembaga pengarah GLC, sebagai mana mana lantikan politik nescaya dan pasti dan logiknya Pas akan mengikut tanpa bantahan kata Bigg Boss besar, mengikut kata Kapitalis, mengikut kata Sekular, mengikut kata Penjajah malah mengikut kata Pelabur yang menjanjikan komisen/syer, sudah pasti Hudud atau undang undang Islam yang ingin ditegakkan sebagai nyawa Pas akan dikuburkan. Kalau ada pun cuma wayang lakonan tok tok jogho Pas semata mata.
Kenapa ? Kerana Dunia kini sudah menjadi milik Pas, sebelum ini Pas adalah Fakir Miskin yang selalu mengkritik kerajaan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27281

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hudud Dikuburkan Oleh Pas

Hudud Dikuburkan Oleh Pas

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 202 hits
Kredit TINTA MERAH ULASAN Sejak berpuluh tahun lamanya Pas berjuang diatas dasar serta prinsip parti Pas yang ingin menegakkan Hukum Hudud diMalaysia Hudud diibaratkan sebagai NYAWA Pas Sehinggakan pembawakan secara ekstremis diamalkan oleh...
Apabila Hudud Bukan Lagi Nyawa Pas

Apabila Hudud Bukan Lagi Nyawa Pas

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 154 hits
Kredit Tinta Merah Dulu dulu diatas mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan unggul parti Pas maka pemimpin mereka berceramah dihadapan ahli dan penyokong Pas diseluruh pelusuk dunia bahawa Pas sanggup tidak mempunyai kuasa pemerintahan ...
Pas Terserah Jika Anwar Nak Ambil Tindakan Pada Hadi

Pas Terserah Jika Anwar Nak Ambil Tindakan Pada Hadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 272 hits
Diterbitkan Hari ini 6 40 pmPresiden PKR Anwar Ibrahim boleh ambil tindakan undang undang terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang jika dirasakan perlu berkait surat kepada pemimpin gerakan Islam dunia yang didakwa mengandungi maklumat tidak ...
Ha Ha Ha Macam Macam Pemimpin Pas Ni

Ha Ha Ha Macam Macam Pemimpin Pas Ni

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 326 hits
Wakil rakyat Pas potong reben rasmi ruang nyah kuman MALAYSIA DATELINE Walaupun kerajaan menghadkan pergerakan di luar rumah dalam usaha mengekang jangkitan Covid 19 seorang wakil rakyat Pas sempat lagi potong reben merasmikan Ruang Nyah Ku...
Arak Pemuda Lapor Polis Fitnah Terhadap Pas

Arak Pemuda Lapor Polis Fitnah Terhadap Pas

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 250 hits
HARAKAHDAILYKAMPAR Dewan Pemuda Kawasan Kampar telah membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang dianggap membuat kenyataan jelik terhadap Presiden PAS di Balai Polis Malim Nawar di sini hari ini Laporan polis itu dib...
Mca Hina Pas Halal

Mca Hina Pas Halal

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 180 hits
Kredit Ustaz Zola Ketua Pemuda MCA seorang kafirah secara terang terang telah mengkritik seorang Timbalan Menteri Muslimah daripada parti Islam Khabarnya kiriman itu sudah dipadam Saya bukan nak laga lagakan antara kafirah dengan Muslimah s...
Mana Kerajaan Teknokrat Pas Semua Mp Jadi Pengerusi Glc

Mana Kerajaan Teknokrat Pas Semua Mp Jadi Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 278 hits
Sebelum pilihan raya umum ke 14 lalu Pas berkempen untuk mewujudkan kerajaan teknokrat Ahli parlimen yang menang tidak akan memegang jawatan menteri sebaliknya profesional akan dilantik untuk menjadi anggota kabinet Kerajaan itu merunut Pas...
Status Politik Orang Pas

Status Politik Orang Pas

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 228 hits
Mat man Aku pernah berceramah bersama al Marhum Ustaz Fadhil Nor sebelum PRU 1999 di Kedah Dalam ceramah aku cerita ada JKKK UMNO masuk PAS di Perlis Sampai giliran Ustaz Fadhil dia kata nak hairan apa di Perlis JKKK UMNO masuk PAS Di Kedah...
Di Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

Di Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 378 hits
Baru sebulan MCA menjadi sebahagian dari Kerajaan dalam Perikatan Nasional parti tersebut telah menunjukkan taring dan bersuara lantang terhadap kerajaan PN dengan mempersoalkan secara terbuka isu isu penting Hampir dua tahun PH memerintah ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Maaqub Sintok Ni Nak Kata Anggota Kita Tak Sedia La

Buah Yang Berubah Ubah Rasa

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis