Bila Benda Tu Ada Bau Busuk Sangat Sangat Pemuda Dedah Pengalaman Menyewa Rumah Pernah Ada Kes Bunuh


Rumah sepatutnya menjadi tempat yang selesa, tenang dan damai untuk kita berlindung. Namun, bagaimana pula kalau rumah yang didiami rupanya ‘dikongsi’ dengan entiti misteri? Pasti tak lena tidur di malam hari dengan gangguan yang tak henti-henti.
Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi kisah seramnya tinggal selama enam bulan di sebuah rumah dipercayai berhantu bersama ayahnya beberapa tahun lalu.
Menurut Zaman Al-Akhr, rumah didiaminya mempunyai misteri sendiri. Dipercayai pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam, rumah itu dikatakan tidak mempunyai penghuni yang tetap. Hanya beberapa hari sahaja, ada yang terus ‘angkat kaki’. Malah, ada yang mampu bertahan sehari sahaja kerana dipercayai tidak tahan dengan gangguan di sana.
Tanpa membuang masa, jom baca kisahnya.
Salam semua.. Sedikit perkongsian kisah benar yang berlaku pada aku ketika usia 17 tahun.
Di sebuah taman perumahan di sekitar Selangor ni ada tiga rumah berhantu sangat-sangat berdekatan. Aku diberitahu oleh jiran depan rumah aku pun pada malam terakhir sebelum aku dan bapak aku akan berpindah pada esok harinya. Jiran depan rumah aku ni geng bujang yang dah hampir 4 tahun ketika tu tinggal disitu.
Menurut mereka, aku dan bapak aku orang yang paling lama tinggal di rumah itu iaitu selama 6 bulan genap.
Sebelum kami, orang yang paling lama bertahan ialah satu bulan. Tu pun sebab nak habiskan deposit. Yang paling cepat pindah keluar ialah satu malam sahaja tidur di rumah tu.
Rumah ni rumah teres murah dua tingkat. Ruang sebelah bawah terbahagi kepada ruang tamu dan dapur sahaja. Sebelah atas ada 3 bilik.
Ketika mula-mula masuk ke rumah ni, aku tinjau bilik-bilik diatas dan bilik yang paling kecil ni ada kertas ayat 3 Qul yang tertampal pada dinding. Aku fikir mungkin tuan rumah malas nak koyakkan jadi dibiarkan saja.
Aku pula fikir sebab aku sorang je jadi aku duduk dalam bilik paling kecil tu.
Dua lagi bilik tu hanya dibiarkan kosong tanpa ada satu perabot pun sebab bapak aku jadikan ruang tamu dibawah tempat tidur dia. Secara logiknya aku fikir dia malas nak naik turun tangga untuk ke bilik air. Maklumlah bilik air hanya ada satu dibawah sebelah dapur.
Aku sebenarnya tak bersekolah pada umur 17 tahun. Aku dah bekerja waktu tu. Ambil peperiksaan lewat setahun di Brickfields KL. Jadi aku banyak melepak diluar pada waktu malam. Selalu aku akan balik lewat sampai pukul 3.30 pagi.
Antara sebab aku malas nak duduk rumah sebab memang tak boleh tidur!! Siapa yang ada gangguan dirumahnya pasti tak rasa mengantuk sampai lepas pukul 3.45 pagi. Tiap-tiap hari aku hanya akan tertidur lepas pukul 4.15 pagi. Esoknya pagi-pagi dah bangun pergi kerja.
Aku memang tak nampak apa-apa penampakan di rumah tu. Tapi suasana seram dan bermacam gangguan sering berlaku. Antara gurauannya pada waktu Maghrib ia akan ketuk pintu dapur atau tingkap sebelah pintu dapur.
Gambar hiasan. (Kredit: Susan Branch) Pernah aku tunggu benda tu ketuk pintu dapur, aku terus buka pintu dapur tu dan jenguk ke luar. Memang tak ada orang. Langsung tak ada bunyi orang lari atau apa-apa. Aku jenguk-jenguk sampai laman belakang memang tak ada orang.
Bila dah tahu memang benda tu yang usik, lain kali aku dah tak hirau dah dia ketuk-ketuk tingkap atau pintu tu. Lantakkan je lah..
Pernah sekali, abang aku datang dari kampung. Kebiasaan waktu malam lampu dalam rumah hanya lampu tangga sahaja yang menyala. Jadi cahaya ke dapur memang samar-samar hampir gelap gelita. Aku pulak dah biasa ke bilik air tanpa buka lampu dapur atau bilik air.
Gelap-gelap gitu je aku masuk bilik air sebab bapak aku tidur diruang tamu, aku takmau tidur dia terganggu. Malam yang abang aku datang tu, dia duduk dalam bilik sementara aku turun ke bilik air.
Dalam gelap-gelap tu lepas selesai buang air kecil, aku bukalah pintu bilik air tu nak keluar. Masa buka pintu bilik air tu abang aku duduk depan pintu bilik air dengan tangan macam nak terkam aku dalam gelap.
Aku ingatkan benda tu yang nak cekik. Aku pegang leher dia nak bagi penumbuk terus dia jerit cakap..
“Hei!! Ni aku lah.. Aku lah ni..” dia dah gabra lah sebab aku serius sangat masa tu. Aku kata kat dia.. “Kau jangan bergurau macam ni..”
Terus naik ke bilik aku cakap kat dia rumah ni ada gangguan benda ketuk-ketuk lah. Periuk jatuh tengah-tengah malam. Plastik terapung turun dari tangga ke dapur. TV buka sendiri. Kau lagi nak sergah-sergah aku macam tu memang aku geram lah kan.
Bapak aku selalu balik kampung jenguk mak dan adik-adik dikampung. Jadi dia memang ada cerita pada mak aku pasal keadaan rumah tu.
Bapak aku kerap bangun pada pukul 5 pagi dan mengaji sampai Subuh kat ruang tamu tu. Kadang aku balik dekat pukul 5 pagi pun dia dah mula mengaji Al Quran. Aku fikir sebab dia memang nak tambah amalan lah. Rupanya ada sesuatu yang sebenarnya berlaku.
Sampailah masa aku dapat jumpa mak aku, barulah dia tanya dan ceritakan pada aku. Tapi dia kata kau jangan tanya bapak kau pulak pasal benda ni.
Mak aku tanya.. “Kau ada nampak apa-apa tak kat rumah tu?”
Aku kata.. “Tak ada mak.. Kenapa pulak, apa bendanya?”
Mak aku pun mulalah cerita apa yang bapak aku cerita pada dia.
“Sebenarnya, masa kau balik lewat-lewat sampai pukul 4 pagi tu bapak kau belum tidur. Bapak kau selubung je dengan selimut tapi dia tak tidur. Ada “orang” selalu berdiri antara dapur dan ruang tamu. Kadang-kadang dia berdiri kat tepi tangga nak naik tu.
“Bila benda tu ada, bau busuknya kuat sangat-sangat. Tu sebab kadang-kadang kau bau minyak attar bapak kau kuat tengah-tengah malam tu.
“Pernah dan selalunya waktu kau balik, benda tu tengah berdiri dan kau lalu sebelah dia masa nak naik tangga. Tapi bapak kau tengok kau jalan buat tak tau je ke dapur dan ke bilik air gelap-gelap. “Kadang-kadang ada perempuan naik turun tangga tu malam-malam. Kau tak nampak apa-apa ke?”
Aku cakap kat mak, aku memang aku tak nampak apa-apa dan bau apa-apa pun.
Sampailah hari dan malam terakhir tu geng bujang depan rumah aku yang aku selalu lepak tu cerita pada aku apa yang berlaku. Hal-hal orang keluar masuk pindah dari rumah tu dan anak-anak kecik jiran yang selalu menangis antara pukul 2.30 pagi hingga pukul 3.30 pagi.
Dan juga kisah orang mati dibunuh dalam rumah yang aku duduk tu. Bukan setakat mati dibunuh, dia ditanam di ruang tamu rumah yang aku duduk tu.
Malam terakhir aku nak tidur tu, macam benda tu dah tau yang aku nak pindah esoknya. Dalam pukul 4 pagi aku nak lelapkan mata, aku pejam mata nak amik feel tidur.
Dalam masa aku pejam tu, seolah-olah ada orang lalu depan aku. Dua kali dia ulang-alik depan aku dan kedua kalinya tu dia berhenti betul-betul depan aku. Aku tak buka mata tapi aku tau yang duduk depan aku ni bukan benda yang usik bapak aku kat bawah tu.
Yang ni perempuan atau selalu orang panggil Kak ponti. Aku diam dan baca 3 Qul. Sambil berzikir aku nampak dia bergerak ke tingkap dan hilang.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Esoknya aku tanya geng bujang depan tu. Ada kak ponti ke kat sini. Brader tu cakap, kak ponti ni selalu kacau rumah jiran belakang rumah kau. Pelik jugalah aku pasal pertama kali dia kacau aku pulak. Macam tau-tau je aku nak pindah esok harinya.
Aku pindah tak jauh dari situ. Alhamdulillah rumah baru ni tak ada gangguan. Senang betul dapat rasa mengantuk di rumah baru. Dapatlah merasa tidur nyenyak dari pukul 10 malam ke pagi.
Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku pada aku. Ada lagi sebenarnya benda yang berlaku di rumah tu. Gangguan ketika adik aku datang. Tapi jiran sebelah aku masa tu seorang ustaz dan dia bantu dengan bacaan pada air dan beri minum pada adik aku.
Rumah tu aku tengok ada orang duduk sekarang ni. Tak pastilah masih ada atau tidak gangguan tu..
Selesai kisah rumah tu.
Sumber: Zaman Al-Akhr
The post ”Bila Benda Tu Ada, Bau Busuk Sangat-Sangat”, Pemuda Dedah Pengalaman Menyewa Rumah Pernah Ada Kes Bunuh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/10/bila-benda-tu-ada-bau-busuk-sangat-sangat-pemuda-dedah-pengalaman-menyewa-rumah-pernah-ada-kes-bunuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Dedah Orang Muda Paling Ramai Lelong Rumah

Peguam Dedah Orang Muda Paling Ramai Lelong Rumah

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 219 hits
nbsp Golongan muda dinasihatkan agar tidak mudah terburu buru membeli rumah semata mata ikut trend terkiniPeguam hartanah Nur Aimuni mendedahkan hakikatnya ramai kes lelong rumah melibatkan golongan muda kerana tidak mampu membayar hutang S...
Satu Keluarga Tewas Di Rumah Ayah Gantung Diri Usai Bunuh 2 Anaknya Sang Ibu Pingsan Dan Trauma

Satu Keluarga Tewas Di Rumah Ayah Gantung Diri Usai Bunuh 2 Anaknya Sang Ibu Pingsan Dan Trauma

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 307 hits
Warga di Kabupaten Tangerang dibuat geger dengan kematian satu keluarga Mereka menemukan tiga anggota keluarga dalam keadaan tak bernyawa Sang ibu yang bernama Lala tak kuasa menahan tangis hingga tak bisa berkata kata tahu anak dan suaminy...
Kes Mabuk Peraih Ikan Di Dakwa Bunuh Penyelia Alam Flora

Kes Mabuk Peraih Ikan Di Dakwa Bunuh Penyelia Alam Flora

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 426 hits
KUANTAN Seorang peraih ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh Irwan Herman Kamarudin yang maut selepas keretanya dirempuh kenderaan dipandu melawan arus dekat Jalan Pintasan Kuantan minggu lepas Teoh Ki...
Bintulu Hilang Status Zon Hijau 1 Kes Baharu Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara Mara Ketika Hari Raya

Bintulu Hilang Status Zon Hijau 1 Kes Baharu Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara Mara Ketika Hari Raya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 338 hits
Kuching Bintulu hari ini bertukar statusnya daripada kawasan hijau kepada kawasan kuning selepas mencatatkan satu kes positif baru COVID 19 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata kes positif yang dilaporka...
Berjaya Beli Rumah Buat Keluarga Pemuda 20 Tahun Ini Hanya Jual Barangan Bundle Respect

Berjaya Beli Rumah Buat Keluarga Pemuda 20 Tahun Ini Hanya Jual Barangan Bundle Respect

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 466 hits
small Cover image via Twitter ashrffanuar span span amp Instagram savagestoremy span span small Sejak kebelakangan ini ramai yang sudah berjinak jinak untuk memulakan perniagaan sendiri demi mencari sumber pendapatan yang lebih buat diri se...
Kelopak Mata Sampai Terbelah Ibu Dedah Pengalaman Ngeri Anak Jadi Mangsa Cakaran Kucing

Kelopak Mata Sampai Terbelah Ibu Dedah Pengalaman Ngeri Anak Jadi Mangsa Cakaran Kucing

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 350 hits
Kucing sentiasa menjadi pilihan utama bagi ramai orang untuk dijadikan haiwan peliharaan Ia dikenali dengan sifatnya yang manja dan telatah yang sentiasa mencuitkan hati sesiapa sahaja Walau bagaimanapun kecomelan dan manja bukanlah hanya s...
Lama Sangat Duduk Rumah Remy Ishak Jumpa Doktor Sebab Kemurungan

Lama Sangat Duduk Rumah Remy Ishak Jumpa Doktor Sebab Kemurungan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 484 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan yang bermula sejak 18 Mac 2020 ramai yang terpaksa duduk dirumah dan tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana masalah pendemik Covid 19 Susulan daripada itu menerusi Berita Harian pelakon kacak...
Suara Garau Macam Harimau Ustaz Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Rumah Sewa Percuma

Suara Garau Macam Harimau Ustaz Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Rumah Sewa Percuma

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 351 hits
Gangguan makhluk halus tidak mengenal sesiapa baik usia jantina mahupun latar belakang agamanya Bahkan tidak terkecuali perawat perubatan Islam Seorang pengguna Facebook yang mendakwa pernah mengamalkan perubatan Islam baru baru ini berkong...
Wanita Ini Ungkapkan Pengalaman Mengerikan Datang Ke Rumah Makan Yang Gunakan Penglaris

Wanita Ini Ungkapkan Pengalaman Mengerikan Datang Ke Rumah Makan Yang Gunakan Penglaris

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 364 hits
Setiap pedagang tentu menginginkan jika dagangannya bisa laris dan mendapatkan keuntungan yang besar Berbagai upaya pun dilakukan agar bisa menarik banyak pelanggan dan dagangannya laku keras Namun ternyata sebagian dari para pedagang ada y...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba