Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah


Tiada musibah yang paling besar melainkan ALLAH mencabut rasa nikmat beribadah kepada-NYA daripada diri kita.
__________________
"Ustazah, dia tu tak rasa berdosa ke ? Azan, dia tak rasa bersalah tak solat. ALLAH suruh tutup aurat, tak tutup aurat. Ada peluang bersedekah, tapi bakhil. Dia tak rasa berdosa ke?"
Pesan Ustazah kepada kita semua,
Sahabat-sahabat,
Jangan melampau-lampau bercakap pasal orang. Sebab ALLAH Maha Membolak-balikkan Hati

Allahu Akhbar

Kita bercakap pasal orang hari ni. 
Kita tak tahu di hujung-hujung usia kita nanti macam mana

Sebaiknya muhasabah diri kita sendiri

Rasakan di dalam diri kita dan rasakan di dalam hati kita,
 "Ya ALLAH, azan dah tadi tapi aku buat derk je."
Paling rasa takut bukan hilang harta
Paling rasa takut bukan hilang suami tercinta
Paling rasa takut bukan hilang anak-anak tersayang

Tapi paling rasa takut , rasa takut hilang rasa nikmat nak beribadah. 
Hilang rasa takut nak beribadah ni paling menakutkan. 
__________________
"Aku masa dulu umur 40an, 50an , aku sihat aku rajin nak solat."
Ada orang diuji lagi hujung usianya, lagi malas dia nak beribadah. 
Dia sakit sikit, dia duduk atas katil dalam wad , dia main wasap dari satu group ke satu group. Dia selfie sana sini. Bukan dia tak boleh nak bangun pergi bilik air sendiri. Kencing berak pergi bilik air sendiri, dia boleh. Tapi dia tak boleh nak bangkit berwudhuk untuk bersolat walaupun di tepi katil. Alasan dia macam-macam. 
Sedangkan di hospital sekarang sangat bagus mengajar kita cara solat sambil duduk, solat cara mengiring, solat cara telentang. Semuanya di ajar. Tapi dia je nak tak nak

"Qadha, kan boleh..."
Dia ingat esok dia boleh keluar hospital. 
"Tak boleh keluar lagi ni acik. Gula tinggi lagi ni."
Dia ingat lusa dia boleh keluar hospital

Rupa-rupanya 2 minggu dia kena dok dekat hospital. Sampai dia sihat, boleh pi bilik air sendiri tapi dia tak solat

Akhirnya dia sampai ke rumah. Ketika melangkah bendul, dia terjatuh lalu mati. Dengan 2 minggu tak solat. 
Walaupun 20 tahun dia tak pernah tinggal solat, 2 minggu dia hidup dia tak solat hanya kerana rasa payah nak ambil wudhuk. Dia mati dalam keadaan macam tu. Sebenarnya ALLAH sudah tarik nikmat beribadah . Ia menjadi satu bala yang sangat besar

___________________
Orang di Gaza, kita nampak mereka macam diberi bala musibah yang besar. 
ALLAH tak kesian ke pada mereka? 
Itu bukan bala. 
Setakat hilang rumah, hilang orang-orang tersayang, itu bukan bala. Mereka masih lagi bertakbir raya. Mereka masih lagi beribadah bersungguh-sungguh walau hilang segala

Kita pula macam mana

Kita miliki segalanya. Hidup dekat hospital ada aircond, ada katil sorang satu. Tepi katil atau di atas katil boleh solat. Tapi kita tak solat. 
Allahu Akhbar

__________________
Pernahkah ketika kita beribadah misalnya ketika sedang solat, fikiran kita hanya memikirkan dunia

Makan apa tengahari nanti
Potong rambut di mana
Lepas kerja nanti nak tengok cerita apa

Mesti selalu bukan dalam otak kita hadir perkara-perkara begini ketika sedang solat

Mungkin kerana kita tidak meletakkan rasa khusyuk dalam solat kita

Ya ...kadang ketika solat, datang ingat kawan sepejabat, ingat jiran sebelah rumah, teringat nak goreng ikan, teringat nak masak apa malam nanti. 
Kita manusia biasa memang selalu diuji begitu. Terus istighfar. Astaghfirullahal'azim . Terus fokus semula pada solat

__________________
Ada orang solat juga. 
Tapi rakaat pertama, dia teringat nak tempah baju dekat siapa? 
Rakaat kedua, teringat nak beli kain dekat mana? 
Dia boleh tersenyum dalam solat. 
Sebab apa dia jadi macam tu

Sebab dia layan khayalan dia dalam solat. Dia tak fokus. Dia memikirkan perkara lain ketika sedang solat. Sebab itu dia jadi macam tu

Di manakah rasa malu kita, rasa hormat kita dan adab kita kepada ALLAH ketika kita sedang solat

Allahu Akhbar. 
Kita begitu segan walaupun sekadar berselisih jalan dengan bos kita. Tetapi apabila kita sedang beribadah, kita bukan lagi berselisih jalan tetapi terus menghadap ALLAH

____________________
Ketika kita sakit, adakah kita berselera untuk makan

Semua makanan yang sedap-sedap terasa pahit di lidah seperti susah hendak ditelan.  
Begitu juga ibadah yang kita lakukan. 
Namun persoalannya mengapa kita tidak dapat berasa nikmat

Mungkin ada yang tidak kena pada diri kita. 
Mungkin ada penyakit yang tanpa kita sedari sudah mencemarkan hati kita iaitu dosa-dosa yang menutup dan mengunci hati kita sehingga menyukarkan kita untuk merasai nikmat ketika beribadah kepada ALLAH SWT

Cari diri kita

"Aku solat. Tapi kenapa tak rasa lazat? Aku sakit ni kat dalam ni. Aku menduakan ALLAH ke? Aku tak faham maksud bacaan yang aku baca dalam solat ke? Kedudukan kiblat aku ni tak betul ke?"
Sahabat, 
Cari di mana diri kita
Kita kena cari punca

Tengok balik syarat sah solat supaya solat kita diterima ALLAH. 
Bersungguh-sungguhlah dalam menjaga hubungan kita dengan ALLAH

...............

[Sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah dalam Wasykuruli pagi tadi. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️]
_______________W-A-S-Y-K-U-R-U-L-I______
Sahabat,
Nak berubah jadi baik itu mudah. Tapi nak terus istiqomah itu memang payah. 
Sedangkan perjuangan untuk terus istiqomah itu peperangannya berlaku setiap hari. Kita berperang dengan nafsu kita sendiri dan kita juga berperang dengan musuh-musuh yang mahukan istiqomah ini terhenti

Jangan kita bergantung kepada diri sendiri
Jangan kita bergantung kepada amalan yang kita lakukan hari-hari

Sebenarnya ada hikmah mengapa ALLAH ada ketikanya memberi kita kemenangan untuk terus istiqomah dan ada ketikanya pula kita diuji dengan kekalahan dan kefuturan

Menang dan kalah yang silih berganti ini hikmahnya supaya kita tidak sombong. Supaya kita sentiasa sedar diri kita ini sebenarnya hanyalah seorang hamba yang faqir, jahil, hina dan lemah. Kita tidak mampu melakukan apa-apa pun tanpa pertolongan ALLAH. 
Maka Laa Hawla Wala Quwwata Illa Billah! 
Astaghfirullah

Dan selalulah bertaubat dan beristighfar bagi membersihkan diri dan hati kita ini dari dosa-dosa yang menjadi penghalang yang menyukarkan kita untuk istiqomah dalam kebaikan

__________________
Mari kita amalkan 3 doa ini untuk memohon pertolongan ALLAH agar ALLAH bantu kita untuk terus istiqomah dalam ibadah dan kebaikan

........................

Yang pertama,
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ وَعَلى طَاعَتِكَ
"Wahai Tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu dan dalam ketaatan kepada-Mu."
..........................

Yang kedua,
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً ۚاِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
.................

Yang ketiga,
اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
"Ya ALLAH, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu." 
(Hadis Riwayat Ahmad)
__________________________
Wallahu'alam
Semoga bermanfaat

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ#yusnizayaziz #ustazahzai #wasykuruli 17 Zulhijjah 1445H24 Jun 2024 Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2024/06/bila-allah-tarik-nikmat-ibadah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Galak Rieke Oneng Skak Bos Taspen Di Dpr Tarik Urat Cecar Investasi Fiktif Rp1 Triliun

Video Galak Rieke Oneng Skak Bos Taspen Di Dpr Tarik Urat Cecar Investasi Fiktif Rp1 Triliun

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 98 hits
Rieke Diah Pitaloka alias Oneng tajam menyoroti adanya dugaan investasi fiktif pada PT Taspen sebesar Rp1 Triliun
Kereta Api Peluru Bandung Tarik Pelancong Malaysia

Kereta Api Peluru Bandung Tarik Pelancong Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 224 hits
PENGENDALI kereta api peluru pertama di rantau ini Kereta Cepat Indonesia China menjangkakan ramai pengunjung Malaysia ke Indonesia mendapat manfaat daripada perkhidmatannya yang baru dilancarkan Diperkenalkan September lalu perkhidmatan ek...
6 Tahun Berlalu Go Hyunjung Perjelas Dakwaan Dera Pengarah Drama Return Hingga Tarik Diri

6 Tahun Berlalu Go Hyunjung Perjelas Dakwaan Dera Pengarah Drama Return Hingga Tarik Diri

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 108 hits
Korang mesti pernah dengar kisah Go Hyun jung yang dikatakan bergaduh dengan produksi drama Return pada 2018 dahulu Artikel Berkaitan Pada ketika itu dia dituduh mengundurkan diri dari drama berkenaan kerana didakwa melakukan kekerasan dan ...
Isu Tarik Diri Netizen Tak Puas Hati Selangor Fc Didenda Lawan Jdt Tanpa Penyokong

Isu Tarik Diri Netizen Tak Puas Hati Selangor Fc Didenda Lawan Jdt Tanpa Penyokong

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 121 hits
Netizen tak puas hati Selangor FC didenda susulan tindakan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih yang sepatutnya berlangsung 10 Mei lalu di Stadium Sultan Ibrahim Liga Bolasepak Malaysia hari ini memaklumkan kelab bola sepak Selangor ...
Zailah Yusof Dewan Muslimat Sasar Untuk Tarik Anak Jemaah Dalam Misi Pas Teraju Pahang

Zailah Yusof Dewan Muslimat Sasar Untuk Tarik Anak Jemaah Dalam Misi Pas Teraju Pahang

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 131 hits
TEMERLOH Penglibatan anak muda khasnya dalam kalangan anak anak ahli PAS perlu berada dalam jemaah sejajar dengan misi parti memerlukan ramai teknokrat dan profesional pada masa depan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Siti Zailah Mohd Yusof...
Insya Allah Apa Yang Saya Cakap Ini Benar Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan Isu First Love Nabi Amp Video Dimanipulasi

Insya Allah Apa Yang Saya Cakap Ini Benar Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan Isu First Love Nabi Amp Video Dimanipulasi

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 117 hits
Sebelum ini nama Ustaz Don Daniyal meniti di bibir netizen gara gara kekhilafannya berkongsi kisah cinta pertama Nabi Muhammad S A W ketika bersiaran di sebuah stesen radio Perkongsian tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai respon dalam ...
Muhadjir Wisuda Tarik Uang Yang Tinggi Enggak Akan Protes Walau Mahal

Muhadjir Wisuda Tarik Uang Yang Tinggi Enggak Akan Protes Walau Mahal

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 97 hits
Dirinya menyarankan kepada pimpinan PTS untuk tidak menaikkan biaya pendidikan
Video Tajam Berapi Api Jenderal Pdip Tarik Urat Skakmat Menkominfo Pusat Data Jebol

Video Tajam Berapi Api Jenderal Pdip Tarik Urat Skakmat Menkominfo Pusat Data Jebol

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 166 hits
Komisi I DPR melakukan rapat kerja bersama Kominfo dan Badan Siber dan Sandi atau BSSN Kamis
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Sang Saka Penipu

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Topson Umumkan Persaraan Dari Dota 2 Selepas Ti 13


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Bn Cruises To Thumping Win In Mahkota

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa

Exclusive Scr2u Casino Features You Should Know About Before Signing Up

Lubnan Mengesahkan Sayyed Hassan Nasrallah Terbunuh

Bn Sapu Mahkota Rampas Undi Pn Tapi Sokongan Cina Merosot

Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar