Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa


Awas Skim Pelaburan Emas Palsu – Duit Pencen Anda Bukan Untuk Ditipu! Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pesara dan warga emas menjadi mangsa skim cepat kaya, terutamanya melibatkan pelaburan emas palsu. Baru-baru ini, beberapa kes besar telah dilaporkan di Malaysia, memperlihatkan bagaimana penipu bijak memperdaya mangsa dengan janji pulangan lumayan.
Menurut beberapa laporan akhbar dan media tempatan, terdapat banyak kes penipuan pelaburan emas yang berjaya menjerat mangsa, termasuk golongan pesara yang telah menghabiskan simpanan mereka. Salah satu kes besar melibatkan sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan bulanan sehingga 15% untuk setiap gram emas yang dibeli. Namun, syarikat tersebut akhirnya ‘hilang’ bersama wang pelabur.
Kes-kes Terkini Skim Pelaburan Emas Palsu 1. Penipuan RM1.63 Juta di Pulau Pinang Seramai 13 individu ditipu oleh dua orang penipu yang mengendalikan syarikat pelaburan emas, menjanjikan pulangan bulanan 5-10%. Malangnya, semua pelabur ini kehilangan wang pelaburan mereka, berjumlah RM1.63 juta! Kes ini dilaporkan berlaku di Pulau Pinang pada September 2024​ (Kosmo Digital).
2. Kehilangan RM100 Juta oleh 1,500 Mangsa Sebuah skim pelaburan emas yang menawarkan komisen harian 3% telah menyebabkan kerugian sebanyak RM100 juta kepada hampir 1,500 individu. Penipu menggunakan taktik piramid untuk menarik mangsa, dan syarikat tersebut akhirnya menutup operasi pada akhir 2022​ lepas (Kosmo Digital).
3. Warga Emas Kehilangan RM320,000 Seorang lelaki berusia 78 tahun menjadi mangsa penipuan pelaburan emas melalui Facebook. Mangsa melaburkan wang pencennya dan dijanjikan pulangan 10-20%, namun akhirnya laman web pelaburan tersebut ditutup, dan dia kehilangan lebih RM300,000​ (Buletin TV3).
Kenapa Pesara dan Warga Emas Mudah Terpedaya? Warga emas dan pesara sering menjadi sasaran penipuan kerana beberapa faktor:
Tiada Ilmu Kewangan & Ilmu Emas: Pesan guru emas kami, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, ramai yang melakukan kesilapan atau dosa kewangan apabila mereka dapat duit dalam jumlah yang banyak kerana tiada ilmu. Mereka hanya ikut sahaja apa yang orang lain terutama inner circle (kenalan rapat) cakap. Kurang Pendedahan Teknologi: Ramai yang tidak biasa dengan teknologi moden dan mudah percaya iklan di media sosial terutama Telegram, Whatsapp, Facebook. Sifat Mudah Percaya: Generasi ini cenderung lebih mempercayai janji yang diberi, terutama apabila ia datang dari sumber yang nampak ‘profesional’. Simpanan Duit Pencen: Wang pencen seperti KWSP dan duit gratuiti pencen yang mereka dapat dan simpan dilihat sebagai ‘sasaran mudah’ oleh penipu yang mencari mangsa dengan jumlah wang yang besar. 7 Tips Elak Ditipu Skim Cepat Kaya Bertopeng Pelaburan Emas Skim pelaburan bertopeng emas – Gambar hiasan. Periksa Kredibiliti Syarikat: Sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut berdaftar dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Jangan Mudah Percaya Pulangan Tinggi: Jika sesuatu pelaburan menjanjikan pulangan yang terlalu baik, itu tanda amaran. Pelaburan emas biasanya tidak memberikan pulangan yang tetap dalam jangka masa pendek. Rujuk Pakar Kewangan: Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah sebelum melaburkan wang. Jangan Terlalu Bergantung kepada Maklumat dari Media Sosial: Iklan di Facebook atau WhatsApp sering digunakan oleh penipu untuk menarik perhatian. Selidik dulu sebelum mengambil tindakan. Elakkan Membuat Pembayaran ke Akaun Individu: Sentiasa pastikan pembayaran dilakukan kepada akaun syarikat yang sah, bukan akaun peribadi. Simpan Rekod Semua Transaksi: Pastikan setiap transaksi direkodkan untuk rujukan jika berlaku penipuan. Laporkan Jika Ditipu: Jangan berdiam diri jika anda telah menjadi mangsa. Laporkan kepada polis dan Bank Negara Malaysia supaya tindakan dapat diambil. Sekarang ini scammer menggunakan kaedah menipu yang semakin canggih. Hanya dengan ilmu dan kesedaran serta langkah berhati-hati mudah-mudahan kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Seperti yang kami kongsikan di Mengenai Kami bagaimana kami juga hampir-hampir terpedaya dengan skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas, kongsi pengalaman anda atau pandangan di ruangan komen – apa lagi langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri kita?
The post Warga Emas & Skim Pelaburan Emas Palsu: Elak Jadi Mangsa first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pelaburanemas.org/warga-emas-skim-pelaburan-emas-palsu-elak-jadi-mangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Rugi Lebih Rm100 000 Diperdaya Oleh Pegawai Polis Bukit Aman Palsu Di Kuantan

Warga Emas Rugi Lebih Rm100 000 Diperdaya Oleh Pegawai Polis Bukit Aman Palsu Di Kuantan

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 110 hits
KUANTAN Seorang warga emas kerugian RM184 000 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman Ketua Polis Pahang Dato Sri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 75 tahun itu menerima panggilan telefon daripa...
Wanita Warga Emas Maut Kereta Dipandu Terbabas Dalam Sungai

Wanita Warga Emas Maut Kereta Dipandu Terbabas Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 127 hits
Asrol Awangbhnews bh com myProton Saga dinaiki pasangan warga emas yang terbabas ke dalam sungai di Jambatan balok Makmur menyebabkan seorang maut Foto ihsan JBPM PahangKUANTAN Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki bersama s...
Arexvy Vaksin Dari Gsk Dapat Melindungi Warga Emas Dijangkiti Penyakit Respiratory Syncytial Virus

Arexvy Vaksin Dari Gsk Dapat Melindungi Warga Emas Dijangkiti Penyakit Respiratory Syncytial Virus

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 282 hits
Hi Korang GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa Arexvy telah diluluskan di Malaysia untuk RSV iaitu virus pernafasan yang lazim yang boleh membawa kesan klinikal yang serius seperti penyakit saluran pernafasan bawa...
Warga Emas Maut Kena Hempap Pokok Di Tapak Perkhemahan Kem Nemo Kampung Balok

Warga Emas Maut Kena Hempap Pokok Di Tapak Perkhemahan Kem Nemo Kampung Balok

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera akibat dihempap pokok tumbang ketika berkhemah dalam satu kejadian ribut dan angin kencang di Kem Nemo Kampung Balok di sini pada Selasa Mangsa Che Zakaria Che Ali 68 yang beralamat d...
Warga Emas Simbah Air Kencing Di Pintu Flat Jiran

Warga Emas Simbah Air Kencing Di Pintu Flat Jiran

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 172 hits
KOSMO SINGAPURA nbsp nbsp Seorang lelaki yang menyimbah air kecil pada pintu flat jirannya dan menyerang seorang daripada mereka daripada dijatuhi hukuman penjara 12 hari oleh sebuah mahkamah Singapura lapor portal berita MS News semalam Me...
Vaksin Penyakit Rsv Untuk Warga Emas

Vaksin Penyakit Rsv Untuk Warga Emas

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 195 hits
Mummy fikirkan penyakit respiratory syncytial virus ini akan menyerang kanak kanak sahaja Sebab anak anak buah dan anak kami sendiri Daim Naufal pernah terkena penyakit ini pada tahun 2020Daim 2 kali masuk hospital asbab penyakit respirator...
Lantai Jeti Runtuh Warga Emas Maut Dihempap Lori Terbalik

Lantai Jeti Runtuh Warga Emas Maut Dihempap Lori Terbalik

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 122 hits
Togi MarzukiKeadaan lori yang terbalik dan menghempap seorang lelaki warga emas di Jeti Kukup Laut hari ini Foto ihsan polisbhnews com myPONTIAN Seorang lelaki warga emas maut akibat dihempap sebuah lori yang terbalik apabila sebahagian lan...
Penunggang Warga Emas Maut Dirempuh Alza Ketika Memotong

Penunggang Warga Emas Maut Dirempuh Alza Ketika Memotong

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 148 hits
Oleh Syeikh Baran Seorang lelaki warga emas maut dirempuh kenderaan dari arah bertentangan ketika cuba memotong sebuah kereta di hadapannya dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur Ipoh berdekatan Taman Teratai Batu 28 Serendah di sini semalam ...
Warga Emas Hilang Disahkan Dibunuh Dicampak Ke Sungai

Warga Emas Hilang Disahkan Dibunuh Dicampak Ke Sungai

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 111 hits
FMT ReportersPolis berkata susulan siasatan orang hilang membawa kepada pengakuan dua lelaki membunuh mangsa Ketua Polis Kedah Fisol Salleh berkata mayat individu dilaporkan hilang itu masih tidak dijumpai selepas dicampak ke Sungai Padang ...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa