Bijaknya Yusof Baru Lima Tahun Dah Hafal Sifir Cara Didikan Hanis Zalikha Dapat Pujian Ramai
Anak sulung pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusof Iskandar sememangnya cukup dikenali dengan kebijaksanaannya, sifat santun dan lemah lembutnya ketika bercakap malah abang yang begitu penyayang kepada adiknya, Alisa Aisyah.
Jika di waktu awal usianya, Yusof bijak menghafal nama-nama planet, kini pada usianya lima tahun, Yusof bukan hanya anak yang mendengar kata bahkan pada usianya yang masih kecil ini, Yusof sudah mahir menghafal sifir.
Menerusi Instagramnya, @theyusofiskandar, Hanis turut berkongsi aktiviti menghafal sifir bagi menguji anak sulungnya itu. Bukan sifir dua, bahkan Yusof sudah mampu menghafal sifiri tiga, lima dan tujuh. Satu pencapaian yang cukup cemerlang buat anak seusia itu.
“Yusuf having fun with Math
“Sifir 2, 3, 5 and 7 sebelum adik datang,” kongsinya di kapsyen.
Jelas, walaupun di ganggu oleh adiknya, Alisa, Yusof masih dapat menguasai sifir dua, tiga, lima dan tujuh dengan baik dan lancar. Satu pencapaian yang cukup hebat.
Malah menerusi Instagram ayahnya, kepintaran Yusof menguasai matematik terutama sifir diuji oleh bapanya sekali lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar)
Walau hanya sekadar bertanya ketika makan, Yusof dapat menjawab setiap soalan sifir tiga dengan begitu baik.
View this post on Instagram
A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)
Bukan hanya sifir bahkan Yusof bijak menguasai penambahan melalui beberapa sesi soal jawab yang diberikan oleh Hairul.
View this post on Instagram
A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)
Jelas anak kecil ini mempunyai kepintaran yang hebat. Rata-rata wargamaya menyifatkan Yusof sebagai anak yang bijak dan begitu mengagumi hasil didikan Hanis dan Hairul sejak kecil kepada dua anak mereka.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2015 dan pada 3 Jun 2016, Yusof Iskandar hadir melengkapkan bahagia mereka. Kini pasangan ini turut diserikan dengan seorang anak perempuan comel kesayangan ramai, Alisa Aisyah yang lahir pada 24 Mei 2019.
Menarik: Cutenya Muncung Tu, Raikan Hari Lahir Alisa, Hairul & Hanis Bawakan Mini Merry Go Round Ke Rumah
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @theyusofiskandar @hairulazreen
The post “Bijaknya Yusof” Baru Lima Tahun Dah Hafal Sifir, Cara Didikan Hanis Zalikha Dapat Pujian Ramai! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bijaknya-yusof-baru-lima-tahun-dah-hafal-sifir-cara-didikan-hanis-zalikha-dapat-pujian-ramai/