Bihun Celup Selera Kelate Cafe Berjaya Park Seksyen 32 Shah Alam


 
"Bihun Celup Berjaya Park"
Bagi anak perantau dari Kelantan, apabila ternampak atau diberitahu akan kedai menyediakan menu berkuah seperti mi celup atau megi celup, terus kecur air liur.

Bihun Celup Selera Kelate Cafe Shah Alam

Apalagi bila anda dimasa kanak kanak dahulu memang telah terbiasa dengan menu ini. Banyak sebenarnya kedai makan yang menjadikann hidangan celup ini sebagai hidangan utama mereka di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam ini, namun dari segi rasa banyak berbeza.



Kedai Mi Celup Di Shah Alam
Ada yang 'ceroi' (jernih) kuah celupnya, ada yang tidak pedas, ada yang seperti sup biasa, walaupun banyak kedai megi atau mi celup di sekitar sini masih agak jauh standardnya dengan hidangan asal.
Namun, penulis ada menemui satu kedai makan yang menyediakan hidangan berkuah celup-celup versi Kelantan ini di sekitar Kota Kemuning, Shah Alam.
Kedai ini dinamakan Selera Kelate Kafe

Selera Kelate Cafe Shah Alam

Lebih tepat kedai makan ini berada di kawasan Berjaya Park, Seksyen 32 Shah Alam. Dari pengamatan penulis, ia adalah kedai baharu yang menggantikan satu restoran Western Food.
Lokasi Kedai Mi Celup Berjaya Park
Kedudukan agak strategik kerana menghadap jalan besar dan bersebelahan dengan Pasaraya 99 Speedmart Berjaya Park.
Apa yang ingin kongsikan adalah menu yang ada di kedai makan ini. Ya, terdapat hidangan celup celup versi pantai timur.
Meskipun baharu sahaja dibuka, meja yang ada sering silih berganti pengunjung, mesti ada yang menjadi tarikan pengunjung.
Menu Celup Di Kedai Ini
Pelbagai jenis mi yang boleh dipesan disini untuk menikmati hidangan celup. Antara menu hidangan celup yang ada dalam menunya adalah;
Mi Celup
Megi (Maggi) Celup
Bihun Celup
Kuetiau Celup
Itu antara hidangan celup pilihan yang boleh dipesan.
Ramuan dan Bahan Dalam Bihun Celup
Kali ini penulis memesan bihun celup dan seperti biasa isteri penulis dengan kuetiau celupnya.

Bihun Celup Selera Kelate Cafe

Basahkan saluran pemakanan (eosfagus) dengan teh o ais limau. Mari kita lihat apa yang ada pada satu hidangan bihun celupnya.
Bihun Putih
Kuah Kicap
Sambal Lada
Sayuran
Limau Nipis
Perencah sampingan pula adalah seperti biasa apabila menikmati hidangan celup adalah;

Perisa Tambahan Sup Celup Kelantan

Serbuk Lada
Lada Jeruk
Garam
Kali pertama berada didepan mata, memang menyakinkan fizikalnya adalah bihun celup.
First Impression Bihun Celup
Kuah Gelap Signature Sup
Kuah bewarna yang memenuhi hampir satu mangkuk. Bahagian atas dihiasi dengan sambal lada yang masih merah dan berbiji, menatap si pemakan agak garang.
Hiasan Atas Hidangan
Warna hijau dari taburan daun bawang, serta daun sup dihiasi dengan bawang goreng untuk hiasan atas.

Sayur Dalam Bihun Celup

Apa yang pasti sayuran juga ada dalam hidangan ini yang memberikan nutrisi serat untuk satu hidangan.
Lauk Dalam Bihun Celup

Lauk Ayam Bihun Celup

Masih belum terlihat kelibat bihun, apabila dikaut dengan garfu, nah tersembul bersama isi ayam, daging dan sebiji bebola daging bersama bihun yang kian mengembang. 
Itu adalah sebahagian 'first impression' untuk bihun celup yang baharu sampai di meja penulis.
Apakah Rasa Bihun Celup Ini ?
Stim dan bau kuahnya terus memasuki rongga bau penulis. Terus rasa mahu menitik air liur. Jangan lupa untuk gaulkan semuanya hingga perpaduan segalanya terbentuk dan perah limau nipis. 
Tanpa lupa membaca bismillah, penulis terus mencuba bihun celup ini.

Bihun Dalam Bihun Celup

Pada suapan pertama, sesuap bihun memenuhi mulut, ketika bihun masih leka di dalam mulut, penulis kejutkan bihun dengan hirupan kuahnya.
Wow! menyengau rasanya cukup. Terbaik!
Rasa Kuah Celup 

Kuah Sup Celup Gelap

Berulang kali penulis membuat perlakuan hirupan kuah, cukup lengkap rasanya. Masam, manis, masin dan aroma sos ikan hadir dalam satu rasa.
Diikuti oleh rasa pedas dan suam kuahnya yang menambahkan lagi kehangatan hirupan bihun celup di depan mata.
Kuah Pekat Berperisa
Kuahnya tidak cair atau ceroi, segala bahan yang diperlukan dalam bihun celup dirasai kehadiran mereka.
Bagi penulis, tiga bahan penambah yang ada di atas meja sekian lama agak tidak diperlukan. Dalam satu mangkuk hidangan ini sudah ada pelbagai rasa dan aroma.
Mungkin sedikit lada jeruk boleh ditambah untuk memperkayakan lagi rasa pedas dan masam.
Portion Lauk Dalam Hidangan Banyak
Sesuatu yang boleh dipuji selain kuahnya yang 'kaya' perisa adalah portion lauk yang agak banyak.
Untuk harga sebegini, berbaloi (rujuk harga dibawah).
Seperti biasa apa yang ada di dalam mangkuk hilang tanpa dikesan melainkan memasuki tangki perut penulis.
Markah [4.5/5.0]
Kepedasan dan kepanasan telah menyebakan segelas teh o ais limau dalam gelas aiskrim gagal bertahan lama.
Suasana Dalam Kedai
Ditambah dengan suhu dalam kedai yang agak panas dan kehadiran angin gagal dikesan, apalagi ketika waktu tengah hari.

Suasana Dalam Kedai

Selain dari hidangan mi celup, megi celup, bihun celup terdapat hidangan lain seperti nasi ayam dan nasi kerabu.
Majoriti yang datang makan disini memesan menu celup. Boleh penulis simpulkan bahawa menu utama di sini adalah hidangan celup.
Keadaan kedai agak sempit dan panas. Keselesaan agak kurang apabila datang makan ketika waktu sesak.
Dalam fikiran penulis, mahu sahaja angkat mangkuk, kerusi dan meja ke bahagian luar kedai. Apalagi sedang menikmati hidangan yang panas dan pedas.
Suasana agak malap walau ketika siang, risau juga jika ada lauk lebih yang tanpa diundang ke dalam mangkuk. Terhad bilangan pelanggan untuk makan dalam kedai, bungkus bawa balik lebih baik.
Markah [2.5/5.0]
Harga Semangkuk Bihun Celup
RM6.00/mangkuk
Dari segi harga, bagi penulis cukup berbaloi. Kenyang dan banyak lauknya selain dari mampu mengembalikan kenangan menikmati hidangan mi atau bihun celup original ketika di Kalantan.
Dengan harga sebegitu memang berpatutan dengan apa yang penulis nikmati.
Markah [4.5/5.0]
Kawasan parkir biasalah kalau kedai makan yang terletak dalam kawasan rumah kedai, agak terhad.
Memerlukan sedikit iltizam dalam parkir kenderaan.
Memandangkan Berjaya Park tidaklah begitu padat dengan manusia, parkirnya boleh dikatakan masih mudah didapati.
Bagi yang ingin mencuba boleh dapatkan lokasi tepat ke kedai makan ini melalui Google Maps dibawah;


Anda fikir anda tahu Bihun Celup Berjaya Park Seksyen 32 Shah Alam ?
Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2021/04/bihun-celup-selera-kelate-cafe-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Lubang Jalan Seksyen 6 Shah Alam

Kelebihan Lubang Jalan Seksyen 6 Shah Alam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 347 hits
KELEBIHAN LUBANG JALAN SEKSYEN 6 SHAH ALAM Masa nak hantar anak dan sepupu sepapat ke sekolah SK Bandar Anggerik nampaknya sempat melihat sejenis lubang yang agak unik di sepanjang jalan nuri menuju ke SKBA Lubang ni sangat unik dan mempuny...
Bufet Ramadan Citarasa Kampung Pemikat Selera Di Okad Event Space Bukit Jelutong Shah Alam

Bufet Ramadan Citarasa Kampung Pemikat Selera Di Okad Event Space Bukit Jelutong Shah Alam

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 536 hits
Alhamdulillah dengan izinNya dah hampir seminggu kita umat Islam menjalani ibadah puasa pada tahun 1442H ini Tahun kedua untuk anak rantau berpuasa dalam kerinduan yang teramat pada desa kelahiran tercinta rindu ayah bonda adik beradik dan ...
Bengkel Asas Teknik Pemasaran Fb Ads Di Shah Alam Pada 13 Ogos 2017

Bengkel Asas Teknik Pemasaran Fb Ads Di Shah Alam Pada 13 Ogos 2017

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 290 hits
INGIN BELAJAR CARA PEMASARAN FB ADS DI SHAH ALAM PADA 13 OGOS 2017 Berminat Sila whatsapp kami ke nombor 0146069996 emailkan ke tinggalkan email no whatsapp anda pada bahagian komen di bawah Dalam bengkel ini anda akan didedahkan secara teo...
Senarai Bufet Ramadan 2021 Sekitar Shah Alam

Senarai Bufet Ramadan 2021 Sekitar Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 589 hits
Penurunan kes harian Covid 19 mendorong kerajaan meluluskan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini selain kebenaran bersolat tarawih di surau serta masjid Selain bazar ramadan buffet ramadan juga menjadi pilihan umum bagi berbuka ...
Buffet Ramadhan 2021 Bufet Antarabangsa Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam

Buffet Ramadhan 2021 Bufet Antarabangsa Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 689 hits
Hi Korang Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di ini Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid 19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan Mardhiyyah Hotel Suites men...
Caj Parking Pasir Puteh Lebih Mahal Dari Shah Alam Mengejutkan

Caj Parking Pasir Puteh Lebih Mahal Dari Shah Alam Mengejutkan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 210 hits
ARIF BASHARUDINPasir Puteh adalah sebuah bandar kecil atau lebih layak dipanggil pekan sahaja yang terletak di sempadan Kelantan dan Terengganu tetapi jangan terkejut jika berkunjung ke sana kerana caj parking keretanya lebih tinggi dari Ba...
Buka Puasa Buffet Di D Kayangan Grill Steamboat Bbq Shah Alam

Buka Puasa Buffet Di D Kayangan Grill Steamboat Bbq Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 651 hits
Dah seminggu kita puasa kadang tu dah jemu nak makan nasi kan itu perkara biasa bulan Ramadan memang akan selalu terjadi macam ni Macam mama sendiri pun puas fikir nak masak apa nak makan apa So tak nak buntu kepala mama pun teringin sangat...
Katak Nak Lompat Dari Seberang Jaya Ke Shah Alam

Katak Nak Lompat Dari Seberang Jaya Ke Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 414 hits
Kemana saja pengkianat pergi perangai pengkianat tetap takkan berubah Din punyalah terdesak sampai Mesjid pun disaman Sehari dua ini saya berasa teramat sedih Dulu mereka kecam Dato Lee Chong Wei kerana menderma laptop kepada anak anak oran...
Budak Azmin Dijangka Bertanding Di Shah Alam

Budak Azmin Dijangka Bertanding Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 282 hits
FAZLI RADZIKetua Penerangan Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Azmin Ali dijangka meletakkan anak buahnya Dr Afif Bahardin untuk bertanding di Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke 15 Afif ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Seber...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport