Bidan Setan Jepun Bunuh Lebih 100 Bayi Sebab Tak Nak Dorang Hidup Susah


Harini, admin nak cerita pasal Miyuki Ishikawa, juga dikenali sebagai “bidan setan” yang membunuh sekurang-kurangnya 103 bayi baru lahir dengan alasan untuk selamatkan dorang daripada kesengsaraan dan kemiskinan.
Zaman kesusahan Jepun Pada tahun 1945, situasi ekonomi di Jepun sangat kritikal. Mereka dipaksa untuk menyerah diri dalam peperangan. Negara ini mengalami krisis sosial yang teruk akibat dari pos peperangan ini.
Bukan tu je, Jepun juga mengalami fenomena sosial iaitu kelahiran bayi besar-besaran. Dipercayai, fenomena ini berlaku disebabkan oleh perkahwinan yang terpaksa ditangguhkan kerana perang atau pasangan yang terpaksa berpisah semasa tempoh peperangan ini.
Dianggarkan, di Jepun saja, lebih kurang 2.6 juta bayi dilahirkan setiap tahun dari 1947 hingga 1949.
Miyuki Ishikawa Sumber: CC Disababkan peperangan ini, tak banyak fakta kehidupan awal Miyuki Ishikawa ini dapat diketahui. Apa yang diketahui, Miyuki dilahirkan pada tahun 1897 di pekan kecil di selatan Jepun dipanggil Kinitomi.
Dia mendapat pendidikan di Universiti Tokio, berkahwin dan mula bekerja sebagai bidan di wad bersalin sebuah hospital hingga sempat menjadi pengarah wad tersebut.
Semasa dia menjadi bidan, Miyuki sedar yang kadar kelahiran meningkat secara mendadak dan beberapa pasangan mula risau kerana mereka nak makan diri sendiri pun tak cukup duit ini kan pula nak membesarkan bayi.
Perkara ini membuatkan Miyuki berfikir yang jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membiarkan bayi-bayi baru lahir ini mati daripada mereka hidup dalam penyeksaan, berpenyakit dan miskin.
Memang bagus untuk buat sesuatu bila tengok orang dalam kesusahan. Tapi besar bezanya antara mencari penyelesaian masalah dengan sukarela membunuh bayi.
Ramai ibu bapa minta pertolongan Miyuki Sumber: CC Bukan saja Miyuki merasakan bayi-bayi ini lebih baik mati, kebanyakan kes, ibu bapa sendiri yang suruh Miyuki buat sesuatu untuk tolong dorang kerana dorang tak mampu.
Kalau korang nak tahu, time ni, menggugurkan kandungan adalah salah di sisi undang-undang. Malah, hukuman menggugurkan kandungan lebih teruk dari anak mati kerana kecuaian ibu bapa.
Jadi, orang miskin yang tak tahu nak buat apa dengan anak-anak dorang, akan berpaling pada Miyuki untuk mendapatkan penyelesaian.
Perbuatan Miyuki ini bukan dibuat secara rahsia tau, dan sebenarnya ramai bidan-bidan lain dekat hospital tu tak suka dengan apa yang wanita ni buat sampai berhenti kerja. Apa yang peliknya, walaupun perkara ini dibuat secara terang-terangan, tak ada sorang pun yang cuba untuk hentikan perbuatan Miyuki ini.
Mula jadikan pembunuhan bayi sebagai perniagaan Tak lama selepas dia memulakan perbuatan terkutuknya ini, Miyuki mula sedar yang dia perlukan bantuan orang lain untuk menjayakan lagi rancangannya. So, dia mengajak suaminya dan seorang doktor di hospital, Shiro Nakayama untuk melakukan jenayah ini.
Tiga “ahli perniagaan” ini mula meminta duit dari pelanggan mereka dengan alasan, apa yang dorang bakal bayar ni lagi sikit dari duit yang dorang perlu keluarkan untuk membesarkan anak. Jahatnyaaa
Modus operandi mereka adalah, Miyuki akan bertanggungjawab untuk membunuh bayi, suaminya akan mengambil duit dari ibu bapa yang terdesak ini manakala Shiro pula bertanggungjawab membuat sijil mati palsu.
Pecah tembelang Sumber: CC Skim yang disangkakan sempurna ini akhirnya terbongkar pada tahun 1948 apabila pihak polis menemui lima mayat bayi baru lahir. Pihak berkuasa mula menjalankan siasatan bila keputusan bedah siasat mendedahkan yang bayi-bayi ini bukan mati sebab semulajadi.
Melalui saksi dan maklumat orang ramai, polis mula menangkap Miyuki dan dua rakan subahatnya. Apa yang mengerikan, semasa dorang sedang disoal-siasat dan menunggu masa untuk dibicarakan, pihak polis menemui lebih 70 mayat bayi ditanam di sebuah kawasan perkuburan.
Bila diperiksa, semua mayat bayi yang ditemui ini mati dalam keadaan sama dengan lima bayi sebelum ini.
Tak mengaku bersalah Sumber: CC Semasa perbicaraan, Miyuki mengatakan yang dia tak terlibat dalam pembunuhan ini dan mengatakan bayi-bayi tersebut mati kerana diabaikan ibu bapa mereka yang mengalami masalah kewangan.
Percaya atau tak, ucapan Miyuki semasa perbicaraannya ini telah berjaya memperdayakan beberapa orang juri dan dia kemudiannya dituduh mengabaikan tanggungjawab sebagai doktor dan bukan pembunuhan.
Miyuki dihukum penjara selama lapan tahun dan hanya menghabiskan masa 4 tahun dalam penjara sebelum dia dan suaminya merayu pada mahkamah untuk mengurangkan tempoh hukuman mereka. Mahkamah bersetuju dengan permintaan pasangan ini. Seriouslahhh
Kerana jumlah pembunuhan yang wanita ini lakukan, Miyuki Ishikawa dikira sebagai pembunuh bersiri paling berprofilik dalam sejarah Jepun walaupun dia tak mendapat hukuman yang setimpal.
Bagaimanapun, kes Miyuki ini memberikan impak terhadap undang-undang Jepun dan pada tahun 1949, atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa boleh membuat pengguguran bayi.
Bunuh lebih seratus bayi tapi masih dibiarkan bebas. Hopefully, lepas dia keluar tu takdelah dia buat benda terkutuk ni lagi.
Sumber: ati, cc
LOBAKMERAH
The post ‘Bidan Setan Jepun’ Bunuh Lebih 100 Bayi Sebab Tak Nak Dorang “Hidup Susah” appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/bidan-setan-jepun-bunuh-lebih-100-bayi-sebab-tak-nak-dorang-hidup-susah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Rindu Pada Anak Yang Hilang Lebih 100 Hari

Bapa Rindu Pada Anak Yang Hilang Lebih 100 Hari

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 231 hits
Hilang lebih 100 hari tiap kali menjelang Maghrib terdengar suara anak Saja panggil abah sebab rindu Zahiruddin bersama dua abangnya Zahir hilang sejak 15 April lalu Jelas Mohd Fauzi sejak kehilangan Zahir tidak dinafikan seluruh keluarga a...
Ibu Penagih Dadah Tergamak Suntik Heroin Bunuh Bayi Sendiri Baru Dilahirkan

Ibu Penagih Dadah Tergamak Suntik Heroin Bunuh Bayi Sendiri Baru Dilahirkan

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 384 hits
Seorang bayi yang baru lahir telah ditemui mati di dalam sebuah treler oleh pihak polis dalam satu kejadian yang berlaku di New Mexico 17 Ogos lepas Menurut laporan media mayat bayi yang ditemui dalam plastik sampah itu disyaki telah disunt...
Nak Memandu Ke Nak Bunuh Orang

Nak Memandu Ke Nak Bunuh Orang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 150 hits
The ReporterSeorang pengguna jalan raya nyaris kemalangan gara gara tindakan pemandu kereta BMW berwarna kelabu yang memandu secara berbahaya Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 36 petang hari ini video dashcam menunjukkan pemandu BMW da...
Saya Takut Dan Fobia Nak Bagi Orang Pegang Anak Lepas Ni Bayi 5 Bulan Dijangkiti Penyakit Kulit

Saya Takut Dan Fobia Nak Bagi Orang Pegang Anak Lepas Ni Bayi 5 Bulan Dijangkiti Penyakit Kulit

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 583 hits
The ReporterSeringkali dinasihatkan ibu bapa usah terlalu membenarkan orang lain menyentuh anak anak kecil mereka terutamanya bayi Bukan sombong bukan juga kedekut tetapi demi keselamatan anak anak yang umum tahu sistem keimunan badan merek...
Kasus Pengadaan Pesawat Garuda Total Nilai Suap Lebih Dari Rp 100 Miliar

Kasus Pengadaan Pesawat Garuda Total Nilai Suap Lebih Dari Rp 100 Miliar

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 181 hits
KPK menetapkan mantan Dirut PT Garuda Indonesia Emirsyah Satar dan Direktur Teknik dan Pengelolaan Armada PT Garuda Indonesia tahun 2007 2012 Hadinoto Soedigno tersangka kasus dugaan suap pengadaan mesin dan pesawat di PT Garuda Indonesia
Penelitian Pecinta Kucing Hidup Lebih Bahagia

Penelitian Pecinta Kucing Hidup Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 564 hits
Suatu penelitian mengungkapkan bahwa pecinta kucing ternyata hidup lebih bahagia Beberapa orang memang mengeluh alergi bulu sehingga tidak bisa memilihara kucing tapi ada hal penting yang perlu kamu ketahui Rupanya menyukai kucing punya man...
Bayi 7 8 Bulan Mula Nak Ikut Itu Normal Nak Elak Menangis Kena Tinggal Cuba Buat Ini

Bayi 7 8 Bulan Mula Nak Ikut Itu Normal Nak Elak Menangis Kena Tinggal Cuba Buat Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 358 hits
Bayi takut berpisah biasa terjadi Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini Ketahui 5 strategi menghadapinya Tengok mama pakai tudung atau papa bersiap nak keluar dia pun mulalah tidak tentu arah Mula menangis minta did...
10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun

10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 752 hits
Hi korang Hari ni SA nak share sikit sebab sebab kenapa badan kita susah nak turun Ye la dah sekian lama makan jer tak fikir keburukannya macam SA la makan sana sini food review sana sini sampai kesihatan terjejas dah dapat penyakit baru na...
Malas Nak Buat Filem Tak Laku Bisnes Pasar Raya Lebih Untung Rosyam Nor

Malas Nak Buat Filem Tak Laku Bisnes Pasar Raya Lebih Untung Rosyam Nor

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 391 hits
Tidak mahu mengambil risiko yang tidak menguntungkan pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor tidak berminat untuk menerbitkan sebarang filem di bawah syarikat miliknya Suhan Movies Trading Sdn Bhd buat masa sekarang BACA Pasar Raya ST Rosyam ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip