Bicara Rosmah Pengarah Urusan Jepak Holdings Keluar Wang Rm6 5 Juta


KUALA LUMPUR, 10 MAC: Seorang penolong pengurus bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin telah mengeluarkan wang berjumlah RM6.5 juta daripada akaun bank miliknya melalui dua transaksi pada 2016 dan 2017.
Low Ai Lin, 52, yang berkhidmat di Cawangan Maybank Medan Tuanku di sini sejak 1992 berkata, terdapat pengeluaran wang secara tunai berjumlah RM5 juta daripada akaun Maybank Islamic milik Saidi pada 20 Disember 2016.
“Saya mengesahkan urusan pengeluaran wang tunai tersebut dibuat melalui cek bernombor 198979 dan saya juga mengesahkan urusan itu dibuat melalui kaunter cawangan Maybank,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada hari ke-12 perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar hibrid di Sarawak.
Saksi pendakwaan ke-11 itu turut mengesahkan terdapat satu lagi transaksi pengeluaran wang tunai berjumlah RM1.5 juta daripada akaun sama milik Saidi melalui cek bernombor 169589 pada 7 September 2017.
Low dalam pada itu mengesahkan terdapat kemasukan wang RM6 juta ke dalam akaun bank milik Saidi melalui pemindahan daripada akaun bank tempatan lain pada 20 Disember 2016, iaitu sebelum wang RM5 juta dikeluarkan daripada akaun berkenaan pada hari sama.
“Hal ini kerana terdapat catatan ‘Credit Inward RENTAS Jepak Holdings Sdn*R161220809450S Trsf’,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam.
Ketika merujuk kepada penyata akaun Maybank Islamic milik Saidi, saksi wanita itu mengesahkan bahawa akaun berkenaan sangat aktif.
“Penyata akaun tersebut adalah dokumen tepat bagi menggambarkan transaksi keluar masuk wang bagi akaun berkenaan.
“Berdasarkan penyata akaun itu juga, saya mengesahkan bahawa baki pemula akaun Saidi adalah sebanyak RM626,952.81,” katanya.
Low memaklumkan bahawa selepas membuat semakan melalui sistem di Maybank itu pada 18 Julai 2018, baki terakhir dalam akaun Saidi sebanyak RM416.26.
Menceritakan mengenai pembukaan akaun Saidi, Low memaklumkan Saidi telah membuka akaun semasa jenis persendirian di Maybank Cawangan Medan Tuanku pada 27 Mac 2009.
Namun, saksi itu tidak mengetahui siapa pegawai bank yang menguruskan pembukaan akaun tersebut kerana tiada tandatangan diturunkan oleh individu terbabit.
“Kebiasaannya, pihak yang menguruskan pembukaan akaun akan menurunkan tandatangan pada borang pembukaan akaun,” katanya.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/bicara-rosmah-pengarah-urusan-jepak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luna Maya Pakai T Shirt Seharga Belasan Juta Warganet Melongo

Luna Maya Pakai T Shirt Seharga Belasan Juta Warganet Melongo

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 272 hits
Penampilan Luna Maya kembali mencuri perhatian Salah satu yang mencuri perhatian yakni kaus yang dikenakan Luna Maya
Jepak Holdings Seeks Winding Up Protection Over Sarawak Solar Hybrid Project

Jepak Holdings Seeks Winding Up Protection Over Sarawak Solar Hybrid Project

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 215 hits
Jepak Holdings Sdn Bhd has filed a legal action for protection against being wound up in relation to the controversial RM1 32 billion solar hybrid project for 369 rural schools in Sarawak Through legal firm Messrs DZ Shim the company filed ...
Rosmah Asked Me About Advance Payment To Jepak Says Ex Ministry Sec Gen

Rosmah Asked Me About Advance Payment To Jepak Says Ex Ministry Sec Gen

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 321 hits
Rosmah Mansor the wife of former prime minister Najib Razak KUALA LUMPUR The High Court in Rosmah Mansor s corruption trial heard today that she had once asked the education ministry secretary general at the time about an advance payment to...
Jailani Perlu Bayar Rm10 Juta Kerana Keluar Pkr

Jailani Perlu Bayar Rm10 Juta Kerana Keluar Pkr

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 251 hits
Hassan Omaram hmetro com myAHLI Dewan Undangan Negeri Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis FOTO Rasul Azli SamadAHLI Dewan Undangan Negeri Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu membayar RM10 juta kepada PKR kerana keluar daripada parti...
Anak Pemimpin Kanan Parti Politik Ditahan Di Lapangan Terbang Singapura Bersama Wang Berjumlah Rm8 5 Juta

Anak Pemimpin Kanan Parti Politik Ditahan Di Lapangan Terbang Singapura Bersama Wang Berjumlah Rm8 5 Juta

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 317 hits
Seorang anak lelaki kepada pemimpin kanan sebuah parti politik di negara ini dilaporkan ditahan di lapangan terbang Singapura bersama wang berjumlah RM8 5 juta Menurut Nanyang Commercial Daily lelaki itu ditahan kerana tidak mengisytiharkan...
Igp Nafi Anak Guan Eng Kena Tangkap Ketika Cuba Membawa Wang Rm2 Juta Ke Singapura

Igp Nafi Anak Guan Eng Kena Tangkap Ketika Cuba Membawa Wang Rm2 Juta Ke Singapura

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 352 hits
Annabelle Lee Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan anak bekas menteri kewangan Lim Guan Eng ditangkap di Singapura Tidak benar jawab beliau ringkas apabila ditanya Malaysiakini mengenai spekulasi anak setiausaha agung DAP ...
Wang 3 Juta Masih Tidak Ditemui

Wang 3 Juta Masih Tidak Ditemui

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 411 hits
WANG tunai RM3 juta yang dikaitkan dengan kes kejadian peras ugut dan rasuah membabitkan anggota dan pegawai polis pada 18 Februari lalu masih belum ditemui Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Farid ...
Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib

Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini The post appeared first on
Diari Pedagang Pada 27 Februari 2020 Keadaan Pasaran Pasangan Mata Wang Eur Usd

Diari Pedagang Pada 27 Februari 2020 Keadaan Pasaran Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 257 hits
Euro berkembang untuk hari kelima berturut turut meskipun pasaran dalam trend menurun Oleh yang demikian adakah ini pembetulan atau U turn Carta harian euro ditunjukkan di atas di mana tiga garis berwarna penunjuk B Williams Alligator jelas...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman