Biarlah Demokrasi Datang Kemudian


DEMOKRASI tidak mengenyangkan anak-anak keluarga miskin yang menangis kelaparan. Mereka terus berlapar walaupun menghuni negara demokratik.

Demokrasi tidak mungkin menjawab di mana harus ibu dan bapanya mengadu tatkala ekonomi semakin menguncup dan lorong rezeki semakin menirus.

Bagi rakyat, apa lagi yang marhaen kais pagi makan pagi, demokrasi tidak mengubah kehidupan mereka yang penuh lelah. Teriakan demokrasi yang bergema di segenap penjuru tidak lebih mantera perlumbaan kuasa.

Demokrasi ‘kain pelekat’ hanya pelunak kata, bukan memanis kehidupan yang pahit. Anak-anak muda lepasan universiti yang tidak punya pekerjaan atau terpaksa menjadi penghantar makanan walaupun ada ijazah, tidak memerlukan demokrasi untuk mengubah nasib.

Mereka memerlukan pelan ekonomi dan bantuan pemula. Hanya ekonomi yang boleh menambah pasaran kerja dan seterusnya kehidupan turut teranjak pada tahap lebih baik.

Banyak negara mendahulukan pelan pembangunan ekonomi kepada rakyat berbanding menjanjikan demokrasi yang sangat abstrak untuk dipegang, difahami dan dipraktik. Apabila pelan pembangunan berjaya mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan, demokrasi akan wujud dengan sendirinya.

Demokrasi secara asasnya berdiri dengan teras berikut – kebebasan bersuara, kebebasan media, pilihan raya adil, bebas berorganisasi, pemerintahan oleh majoriti dan sistem kehakiman yang bebas serta berkecuali. Semua teras ini memang baik tetapi ada kelompangan untuk dimanipulasi oleh oportunis.

Maknanya demokrasi ini suatu yang sangat lunak untuk dilontarkan kepada rakyat. Selain itu lebih menjurus sebuah pementasan teater absurd yang boleh ditafsirkan berbagai-bagai mengikut kefahaman dan kepentingan orang yang menonton. Selalunya pemain politik berkepentingan lebih nyaring laungan demokrasinya berbanding yang lain.

Bagaimanapun, bukanlah bermakna demokrasi itu langsung tidak penting bagi sesebuah negara. Cuma dalam keadaan tertentu ia tidak menjawab pada keresahan yang membelenggu rakyat. Demokrasi sahaja tidak mampu memajukan negara tanpa dasar-dasar pembangunan ekonomi yang boleh dicapai dalam jangka masa dekat, sederhana atau panjang.

Ahli sains politik, Lucian W. Pye dalam bukunya Aspects of Political Development: An Analytic Study (1966) menegaskan, demokrasi dengan sendirinya berdiri apabila berlaku pertumbuhan ekonomi yang pesat. Apabila berlaku pembangunan ekonomi, itulah isyarat kesejahteraan hidup yang akan dinikmati rakyat dan akan wujud demokrasi.

Diperkukuhkan lagi dengan hujah Samuel Huntington dalam buku The Third Wave: Democratization in the Late Twentieth Century (1965) bahawa proses demokrasi wujud apabila ekonomi negara berada pada tahap yang baik. Maknanya negara yang memiliki pendapatan menengah tinggi cenderung bergerak menuju pembangunan sistem politik yang demokratik.

Huntington percaya pendemokrasian hanya akan berlaku di negara yang berpendapatan tinggi. Hujahnya, pendapatan tinggi secara tidak langsung juga mengangkat taraf pendidikan, penambahan jumlah golongan menengah seterusnya meningkatkan tahap kesedaran politik.

Tun Ghazali Shafie dalam bukunya, Malaysia, Asean and the New World Order (2000) juga memperkatakan hal yang sama. Menurut beliau, Barat sendiri jauh lebih awal mendahulukan pembangunan ekonomi berbanding demokrasi.

Nilai-nilai berkaitan demokrasi seperti hak asasi manusia serta kebebasan hanya datang kemudian setelah teras ekonomi berdiri dengan kukuhnya.

PERJUANGANMaka jangan mudah terperangkap dengan ‘perjuangan’ demokrasi. Perkara ini sudah lama dipergunakan untuk meraih sokongan di mana matlamat akhirnya ke puncak kuasa.

Jangan mudah percaya kalau ada yang datang memberitahu demokrasi adalah kitab yang merungkai 1,001 masalah rakyat di alam nyata. Dalam keadaan rakyat bertarung dengan ekonomi tidak menentu, demokrasi tidak mampu berbuat apa-apa kecuali melenakan untuk sementara waktu. Realiti tetap bergerak pada garis masanya.

Di negara-negara mundur atau baru hendak maju, demokrasi selalu dijadikan eskapisme daripada realiti yang tenat. Janji-janji demokrasi yang indah-indah itu menjadi pil tahan sakit tetapi tidak selamanya boleh menepis kesakitan sebenar.

Masih ingat lagi dengan Ferdinand Marcos di Filipina? Dia diangkat melalui proses yang demokratik tetapi akhirnya menjadi diktator dan musuh rakyat. Demokrasi tidak berupaya untuk menurunkan Marcos yang tersasar jauh. Buktinya yang menendang dari takhta pada 1986 bukan demokrasi tetapi kebangkitan rakyat.

Malah demokrasi juga membiakkan bukan sedikit anasir-anasir yang tidak demokratik dalam membuat keputusan terhadap hidup dan mati rakyat. Banyak negara berdepan dengan pemimpin korup yang dilahirkan oleh sistem demokratik.

Bagi rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, hampir semua teras demokrasi itu tidak mengubah apa-apa pada hidupnya. Tetapi bagi borjuis atau elit politik, hampir semua teras itu boleh digunakan atau dimanipulasikan terutama sistem kehakiman yang ‘adil dan tidak berkecuali.’

Rakyat sebenarnya dahagakan pembangunan ekonomi kerana hanya itu yang boleh mengubah keadaan hidup mereka. Oleh hal yang demikian, kalau ada dua orang yang datang berjumpa rakyat bawahan, seorang menawarkan demokrasi dan seorang lagi membentangkan pelan pembangunan, kita didiklah rakyat menerima yang kedua.

Tanpa demokrasi pun pembangunan boleh dilakukan dengan syarat ada keazaman yang tinggi. Selepas semua rakyat berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan, demokrasi akan tumbuh dan subur secara semula jadi. Demokrasi menjadi keruh kalau dipaksa-paksa. Awas, dalam keadaan keruh itu akan banyaklah yang cuba menangguknya.

Semoga rakyat tidak mudah terpedaya dengan gema demokrasi seolah-olah cara itu sahaja boleh memberi kehidupan yang diimpikan. Tambahan pula, demokrasi ini membawa janji-janji indah – kebebasan bersuara, kebebasan media dan hak asasi yang menjadi modal Barat menjajah dunia.

Hakikatnya, tidak ada kehidupan yang lepas dan bebas. Semua kehidupan berada dalam bingkai dan dipimpin oleh undang-undang, peraturan serta sempadan-sempadan daripada garis agama, budaya dan moral.

Maka kalau ada yang menjanjikan demokrasi dan menjaja kebebasan-kebebasan ini, minta mereka beredar jauh-jauh. Kita tidak memerlukan semua itu.

Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/biarlah-demokrasi-datang-kemudian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Tahu Sang Ayah Meninggal Ria Ricis Sedih Tak Bisa Datang Ke Pemakaman Bagai Mimpi Buruk

Baru Tahu Sang Ayah Meninggal Ria Ricis Sedih Tak Bisa Datang Ke Pemakaman Bagai Mimpi Buruk

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 172 hits
Berada di Labuan Bajo Ria sempat nggak bisa dihubungi sama sekali saat ayahnya meninggal
Tembaga Dan Emas Diramalkan Akan Merekodkan Pertumbuhan Stabil Dalam Beberapa Bulan Akan Datang

Tembaga Dan Emas Diramalkan Akan Merekodkan Pertumbuhan Stabil Dalam Beberapa Bulan Akan Datang

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 269 hits
Kenaikan tekanan inflasi telah mendorong kepada pertumbuhan tembaga perak dan emas Pelabur menggunakan aset ini kerana ia merupakan nilai lindung nilai yang baik terhadap inflasi Oleh itu BCA Research mengatakan mereka meramalkan harga emas...
Hari Yang Dinanti Datang Juga Nora Alexandra Sambut Bebasnya Jerinx Sid Dari Penjara

Hari Yang Dinanti Datang Juga Nora Alexandra Sambut Bebasnya Jerinx Sid Dari Penjara

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 337 hits
Divonis 14 bulan penjara atas kasus pencemaran nama baik IDI drummer SID itu akhirnya bisa menghirup udara bebas
Tak Diundang Baim Wong Dan Kiano Datang Ke Nikahan Orang Langsung Cari Makan

Tak Diundang Baim Wong Dan Kiano Datang Ke Nikahan Orang Langsung Cari Makan

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 199 hits
Baim Wong melihat ada pesta pernikahan yang digelar tak jauh dari kantornya Baim lalu mengajak Kiano untuk datang ke acara tersebut meskipun ia tak mengetahui siapa yang menikah dan juga tak diundang Kata Baim ia ingin menyantap hidangan di...
Kerana Tidak Datang Bulan Ramai Wanita Tidak Percaya Ibu Menyusu Masih Boleh Hamil Sekali Lagi

Kerana Tidak Datang Bulan Ramai Wanita Tidak Percaya Ibu Menyusu Masih Boleh Hamil Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 384 hits
Adakah ibu menyusu boleh mengandung Mesti ramai akan tertanya tanya apatah lagi kerana tidak datang haid Pernahkah anda terdengar penyataan seperti ini Kalau menyusukan anak mesti tak datang bulan lagi Mana boleh mengandung Ada sesetengah o...
Maya Dirg0l Kwn2 Di Sungai Aku Nekad Lari Pindah Sekolah Bertahun Kemudian Aku Mula Diikuti

Maya Dirg0l Kwn2 Di Sungai Aku Nekad Lari Pindah Sekolah Bertahun Kemudian Aku Mula Diikuti

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 167 hits
Foto sekadar hiasan Assalamualaikum dan salam sejahtera Kenali aku dengan panggilan Rin Cerita yang bakal aku kongsikan ini merupakan pengalaman aku yang benar benar terjadi dalam hidupku sepanjang 26 tahun ini Siapakah Maya
Awani Borneo 07 06 2021 Suntik Dulu Daftar Kemudian Keliru Sop Peniaga Rugi

Awani Borneo 07 06 2021 Suntik Dulu Daftar Kemudian Keliru Sop Peniaga Rugi

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 250 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini Suntik dahulu daftar kemudian Pendekatan baharu bagi elak keciciran mendapatkan vaksin COVID 19 Peniaga...
Pengertian Dan Cara Mendaftarkan Hak Merek Untuk Umkm Wajib Tahu Biar Usaha Nggak Ambyar Di Kemudian Hari

Pengertian Dan Cara Mendaftarkan Hak Merek Untuk Umkm Wajib Tahu Biar Usaha Nggak Ambyar Di Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 235 hits
Hak Merek penting dimiliki apalagi jika usaha yang dijalankan memiliki potensi untuk berkembang atau punya banyak saingan
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults