Biarkan Prabakaran Berkhidmat Di Parlimen Batu Jangan Kecoh Mic


Kasthuri Jeevendran Sathasivam Kalimuthu

KUALA LUMPUR – Wujud pelbagai versi sejak dua hari ini tentang kehadiran sekumpulan pihak yang mendesak Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada calon terdahulu, Tian Chua.

Tian Chua merupakan bekas Ahli Parlimen Batu selama dua penggal dilarang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membuat ketetapan pelucutan hak pencalonan terhadap beliau.

Semalam, Berita Harian melaporkan sebanyak 14 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menggesa Prabakaran yang merupakan Ahli Parlimen bebas supaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Tian Chua untuk bertanding semula di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Wakil Gabungan NGO Parlimen Batu, Mohd Helmie dipetik berkata, adalah wajar hak dan peluang diberi kepada Tian Chua untuk kembali mewakili pengundi di Parlimen Batu.

Namun Prabakaran mahupun Tian Chua dilihat tidak begitu ‘mengambil pusing’ tentang perkara itu, sebaliknya tiada reaksi yang konkrit daripada mereka setakat ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC (CWC), Sathasivam Kalimuthu, tindakan mendesak Prabakaran meletak jawatan dan mengadakan semula PRK adalah sesuatu yang langsung tidak boleh diterima sama sekali.

“Kita sememangnya tahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini begitu terumbang ambing ketika ini, tapi janganlah sehingga mahu suka-suka hati lepaskan kerusi yang sebenarnya telah diundi oleh rakyat.

“Ingat lagi kerusi Parlimen Port Dickson? Cerita yang sama juga. Sekarang hendak buat lagi?

Mengapa banyak sangat pembaziran sedangkan kerajaan yang sama juga mengatakan ada kekangan duit, jadi mengapa bazir wang rakyat.

“Sudahlah wang in tidak digunakan untuk kepentingan rakyat, lagi mahu mengkhianati kepercayaan serta mandat diberikan oleh rakyat? Untuk apa? Adakah PH mahu membuat pengakuan bahawa wakil rakyatnya tidak membuat kerja dan perlu digantikan? Sudahlah.

“Jangan sampai buat PRK dan hilang kerusi Parlimen Batu pula gara-gara kemarahan rakyat terhadap kerajaan PH ketika ini. Jangan lupa pesanan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberikan isyarat kepada pengundi di Tanjung Piai jangan ‘marah’ sangat ketika mengundi nanti.

“Biarkan sahaja Prabakaran ini habiskan tempohnya sebagai Ahli Parlimen Batu. Tian Chua boleh tunggu sehingga PRU ke-15 nanti. Sabarlah,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Tian Chua bersama PrabakaranSemalam, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi mengutuk gesaan itu kerana menurutnya Prabakaran dipilih oleh rakyat di kawasan tersebut untuk mewakili mereka bagi tempoh lima tahun.

“Ini membuktikan terdapat kecelaruan politik yang amat keterlaluan dalam Parti Keadilan Rakyat. Kami menganggap krisis dalaman PKR semakin meruncing dan akan menghapuskan keyakinan rakyat terhadap parti itu,” katanya.

Kata Sathasivam, seperti slogan PH yang mahu memperkasakan golongan muda, malah Prabakaran pada satu ketika dulu telah diangkat kerana banyak perubahan mampu dibawakannya.

Jelas Sathasivam, agak retorik laungan akan memperkasakan golongan muda terutamanya dalam PKR sendiri namun lain pula dilakukan kini.

“Jadi berilah YB Batu yang muda ini peluang, memang kita ada dengar pelbagai aduan dan keluh kesah kononnya penduduk di kawasan tidak begitu ‘dipedulikan’ oleh Prabakaran namun jika kita mahu bangkitkan semua itu, nanti MIC pula terang-terang dipersalahkan.

“Jadi kita minta semua bertenang, bagi sahaja Prabakaran teruskan apa yang sedang dilakukan atau mungkin akan dilaksanakan olehnya kepada warga Batu dalam tempoh tiga tahun akan datang ini. Jangan kacau dia bekerja,” ujarnya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/biarkan-prabakaran-berkhidmat-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Besarkan Isu Kosongkan Kerusi Parlimen Batu

Jangan Besarkan Isu Kosongkan Kerusi Parlimen Batu

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 333 hits
Isu pengosongan kerusi Parlimen Batu tidak patut diperbesar sehingga mengeruhkan keadaan tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim Tambah Presiden KEADILAN itu isu mengenai kerusi tersebut sama ada wajar dikosongkan atau tidak boleh dibincangkan melal...
Lobi Dewan Rakyat Kecoh Selepas Dua Ahi Parlimen Bn Bertengkar

Lobi Dewan Rakyat Kecoh Selepas Dua Ahi Parlimen Bn Bertengkar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 368 hits
Suasana di lobi Dewan Rakyat hangat apabila dua ahli Parlimen tiba tiba bertengkar sambil saling berteriak beberapa minit sebelum sidang berhenti rehat Pergaduhan itu adalah di antara Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Dr Ismail Moh...
Awas Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Dalam Posisi Ini

Awas Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Dalam Posisi Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 281 hits
Kita biasanya sering melihat anak anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan melipatkan kaki ke belakang dan seolah olah membentuk abjad W ketika mereka bermain atau duduk di lantai Jika anak kecil yang berumur bawah dua tahun duduk sepe...
Tifatul Sembiring Silakan Buat Gelora Tapi Jangan Ngacak Acak Lagi Di Pks

Tifatul Sembiring Silakan Buat Gelora Tapi Jangan Ngacak Acak Lagi Di Pks

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 193 hits
Anggota Majelis Syuro Partai Keadilan Sejahtera Tifatul Sembiring mengingatkan kader PKS yang ingin gabung Partai Gelora keluar dari partai Dia tidak ingin ada kader PKS yang main dua kaki
Jangan Rugikan Masa Hadapan Kerana Mahu Undi Protes Tun M

Jangan Rugikan Masa Hadapan Kerana Mahu Undi Protes Tun M

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 398 hits
Pakatan Harapan menolak kempen pembangkang agar mengundi calon mereka sebagai tanda protes Pengerusi PH yang berkempen di Kukup Laut malam tadi Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kepada pengundi agar mengundi dengan rasional dan tidak menem...
Apa Yg Terjadi Di Bolivia Jangan Sampai Terjadi Di Indonesia

Apa Yg Terjadi Di Bolivia Jangan Sampai Terjadi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 533 hits
Evo Morales presiden terpilih Bolivia akhirnya mengundurkan diri dan memperoleh suaka di Mexiko Kalangan menengah atas berhasil mengusir Presidennya Prestasi Morales sebagai pemimpin Bolivia bukan main main Mantan petani koka itu berhasil m...
Ditendang Macam Tunggul Kayu Peguam Ingatkan Jangan Jadi Pak Sanggup Walau Untuk Keluarga Sendiri

Ditendang Macam Tunggul Kayu Peguam Ingatkan Jangan Jadi Pak Sanggup Walau Untuk Keluarga Sendiri

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 373 hits
Urusan kewangan merupakan perkara yang memerlukan pertimbangan teliti terutamanya apabila ia melibatkan orang terdekat seperti rakan rakan dan keluarga Silap haribulan niat untuk berbuat baik menjadi titik perselisihan yang mengeruhkan hubu...
Prk Tanjung Piai Tun M Rayu Pengundi Jangan Silap Pangkah

Prk Tanjung Piai Tun M Rayu Pengundi Jangan Silap Pangkah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 445 hits
PONTIAN Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon penduduk Tanjung Piai untuk tidak mengundi calon yang salah hanya untuk menunjukkan perasaan marah kepada Kerajaan Perdana Menteri berkata jika mereka berbuat demikian ia aka...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna