Biar Pimpinan Tertinggi Pn Putuskan Kerjasama Dengan Pembangkang Kata Pemimpin Bersatu


freemalaysiatoday.com
Reshna Reem Ganesan
-September 3, 2022 7:30 AM
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan parti lain, tetapi PAS tegas enggan bekerjasama dengan PH.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menggesa pemimpin tertinggi parti dalam Perikatan Nasional (PN) membincangkan isu kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang dan membuat keputusan kolektif mengenainya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman berkata ini lebih baik berbanding parti-parti komponen mengumumkan pendirian masing-masing.

“Ini bagi mengelak kekeliruan dan salah komunikasi,” katanya kepada FMT apabila diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PH atau mana-mana komponennya.

Kenyataan Takiyudddin itu menyusul selepas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyeru parti pembangkang lain menimbang untuk membuka semula pintu rundingan dengan gabungannya untuk melawan “musuh utama” mereka, Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini menegaskan PH menolak sebarang kerjasama dengan PN.

Faiz berkata kenyataan daripada Takiyuddin dan Rafizi itu hanya akan memberi kelebihan kepada BN. “Tindakan itu secara tidak langsung membuatkan kluster mahkamah Umno tersenyum,” katanya.

“Kluster mahkamah” merujuk kepada kumpulan pemimpin Umno yang sama ada sedang dibicarakan atau telah disabitkan atas pelbagai tuduhan.

Faiz berkata kesediaan Muhyiddin bekerjasama dengan parti lain pada PRU15 bukan tindakan terdesak dan gabungan itu bersedia menghadapi pilihan raya secara bersendirian.

Seorang lagi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Redzuan Yusof berkata, keadaan politik mampu berubah dan masih terlalu awal untuk memutuskan mengenai keengganan bekerjasama dengan parti lain.

Beliau memberitahu FMT bahawa tiada satu parti pun yang mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.

“Jadi kita perlu melihat situasinya apabila pilihan raya semakin hampir,” katanya. Keputusan berkaitan kerjasama politik adalah penting, tak kira sebelum atau selepas PRU15, untuk dibuat bagi memastikan kestabilan politik,” katanya lagi.

Katanya, PN tidak perlu terlalu tegar apabila melibatkan kerjasama politik.

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata PN “sentiasa bersedia bertanding dalam pertembungan pelbagai penjuru jika perlu, tetapi berbaloi jika meneliti pilihan satu lawan satu bagi menyelamatkan negara daripada ‘kanser’ kleptokrasi.”

Katanya, PAS dan Bersatu perlu sehaluan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/biar-pimpinan-tertinggi-pn-putuskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 478 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Kami Akan Buka Semula 15 Kes Digugur Ph Kata Pemimpin Umno

Kami Akan Buka Semula 15 Kes Digugur Ph Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 305 hits
freemalaysiatoday com September 4 2022 10 05 PMAhli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil berkata Barisan Nasional akan membuka semula 15 kes yang digugurkan selepas menang pilihan raya PETALING JAYA Barisan Nasional akan membuka semula kes jen...
E Mel Berniat Jahat Di Malaysia Antara Tertinggi Kata Kaspersky

E Mel Berniat Jahat Di Malaysia Antara Tertinggi Kata Kaspersky

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 306 hits
E mel berniat jahat di Malaysia antara tertinggi kata Kaspersky Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Aug 2022
Tiada Desakan Kepada Pm Supaya Pru 15 Disegerakan Kata Pemimpin Umno

Tiada Desakan Kepada Pm Supaya Pru 15 Disegerakan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 280 hits
agendaily com25 08 2022UMNO mendesak supaya PRU 15 diadakan segera sebelum ini UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk segera mengadakan pilihan raya umum ke 15 walaupun terdapat spekulasi pucuk pimpinan par...
Umno Beritahu Pas Tinggalkan Bersatu Dulu Kalau Nak Kerjasama

Umno Beritahu Pas Tinggalkan Bersatu Dulu Kalau Nak Kerjasama

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 326 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pemimpin Umno memberitahu PAS supaya meninggalkan Muhyiddin Yassin dan Bersatu jika PAS mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil menegaskan partinya tidak berganjak dar...
Pemimpin Tertinggi Umno Bertemu Pm Di Seri Perdana Malam Ini

Pemimpin Tertinggi Umno Bertemu Pm Di Seri Perdana Malam Ini

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 206 hits
Pertemuan lima pemimpin tertinggi UMNO dijangka akan berlangsung malam ini di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana Putrajaya Menurut sumber Umno ia susulan ketiadaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan t...
Tanpa Pengorbanan Bersatu Umno Tak Mungkin Jadi Kerajaan Hari Ini Kata Pas

Tanpa Pengorbanan Bersatu Umno Tak Mungkin Jadi Kerajaan Hari Ini Kata Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 284 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu akan berkawan di waktu susah dan senang dalam situasi gawat atau senang bersama parti yang membentuk kerajaan selepas PH tumbang ALOR SETAR PAS tidak boleh mengetepikan Bersat...
Tak Perlulah Kata Seolah Olah Kami Hodoh Bodoh Atau Kotor Pemimpin Umno Cabar Mahathir Masuk Ke Gelanggang Pru15

Tak Perlulah Kata Seolah Olah Kami Hodoh Bodoh Atau Kotor Pemimpin Umno Cabar Mahathir Masuk Ke Gelanggang Pru15

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 318 hits
Tak perlulah kata seolah olah kami hodoh bodoh atau kotor Pemimpin UMNO cabar Mahathir masuk ke gelanggang PRU15Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi masuk ke gelanggang Pili...
Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Consider Sarawak S Special Grant Formula In Next Budget Says Sim

Pensyarah Uitm Ditemui Lemas Di Kolam

Bukan Nasi Lemak Tapi Menu Ni Yang Buat Mat Saleh Tak Henti Angau Malaysia

Lemon Law Malaysia Maksud Kepentingan Pelaksanaan

Tetty Kadi Siapa Pernah Jatuh Cinta Chord

Madani Government Pledges More Affordable Homes Under Rumah Mesra Rakyat Initiative To Ease Burden On B40 Families

Amazing Healthy Yeast Recipes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Moment Of Honour Receiving The Excellent Service Award For The Second Time

Kisah Di Sebalik Roti Dan Darah

Argus168 25 Argus168 Top 35 By Jaxon

The Seamless Path From Cryptocurrency To Amazon Purchases

Akmal Saleh Tegaskan Bendera Negara Haram Hanya Layak Dipijak Bukan Dikibarkan

Empat Pelajar Terlibat Kes Rog L Dibenarkan Duduki Spm Fadhlina Sidek