Tiada Desakan Kepada Pm Supaya Pru 15 Disegerakan Kata Pemimpin Umno


agendaily.com25/08/2022
UMNO mendesak supaya PRU-15 diadakan segera sebelum ini.
UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk segera mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) walaupun terdapat spekulasi pucuk pimpinan parti mahu ia disegerakan selepas keputusan mahkamah Datuk Seri Najib Razak.

Malah, sejak Najib dijatuhi hukuman penjara pada Selasa, beberapa strategi dan langkah memanggil perhimpunan bagi memberi taklimat kepada akar umbi UMNO seakan memberi isyarat terdapat usaha untuk diberitahu kepada Ismail Sabri agar mempercepatkan PRU-15.

Bagaimanapun, seorang Ketua Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad menafikan Ismail Sabri didesak untuk segera membubarkan Parlimen seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, Nawi berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya mengarahkan semua Ketua Bahagian bersiap sedia menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan bila-bila masa.

“Pada mesyuarat tergempar itu, semua Pengerusi UMNO negeri diminta untuk membentangkan laporan persiapan yang sudah dilakukan untuk menghadapi PRU-15.

“Pembentangan persiapan itu akan diadakan pada sesi taklimat khas presiden bersama semua pimpinan parti dan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, Sabtu ini,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Ketua-Ketua Bahagian UMNO berhimpun pada Isnin selepas dipanggil Zahid ke taklimat di ibu pejabat parti sehari sebelum Najib dihukum penjara.

Kemudiaan, selang beberapa hari selepas Najib disumbat ke penjara, Zahid sekali lagi memanggil satu lagi jemputan kepada pemimpin akar umbi UMNO ke taklimat pada Sabtu ini.

Namun, Nawi menafikan terdapat dakwaan mengatakan Ismail Sabri didesak supaya mengadakan PRU-15 segera selepas pertemuan Zahid dengan Ketua-Ketua Bahagian pada Isnin lalu.

“Kita menafikan mendesak Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO segerakan PRU-15, cuma kita hanya memberi pandangan dan cadangan,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii juga senada dengan Nawi yang memberitahu fokus parti tersebut kini tertumpu kepada mesyuarat UMNO sebelum Perhimpunan Agung diadakan pada November depan.

“Taklimat itu antaranya bagi persiapan mesyuarat. Kita akan bermesyuarat sehingga hujung tahun ini tanpa ada pemilihan parti, jadi ia akan dilaksanakan tanpa agenda lain kerana kita mahu fokus pada PRU-15.

“Saya fikir presiden akan memberikan taklimat kepada akar umbi mengenai perkara itu dan persediaan kita menjelang PRU-15,” katanya dipetik laporan media.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan jemputan rasmi kepada semua ahli akar umbi parti untuk turut serta dalam taklimat pada Sabtu ini.

Tanpa menjelaskan secara terperinci tujuan taklimat itu diadakan, katanya, ia berhubung “isu semasa terkini”.

Jemputan itu turut dipanjangkan kepada semua ahli jawatankuasa dan pimpinan UMNO bahagian yang ingin hadir.

Hadirin diminta berbaju merah Umno untuk menghadiri taklimat khas itu.

Dalam perkembangan lain, UMNO juga akan mengadakan satu mesyuarat Biro Politik malam tadi yang turut dihadiri Ismail Sabri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/tiada-desakan-kepada-pm-supaya-pru-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 329 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Jika Tewas Lagi Pru Umno Jadi Tempat Perkuburan Bukan Wadah Perjuangan Kata Zaid

Jika Tewas Lagi Pru Umno Jadi Tempat Perkuburan Bukan Wadah Perjuangan Kata Zaid

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 162 hits
freemalaysiatoday com August 26 2022 6 35 PMZaid Ibrahim berkata jika Umno tewas sekali lagi pada PRU15 parti itu akan jadi tempat perkuburan bukan lagi wadah perjuangan bangsa dan negara PETALING JAYA Seorang bekas menteri Umno mengingatka...
Gambar Membuktikan Dua Pemimpin Umno Ini Dah Tak Saling Menghormati

Gambar Membuktikan Dua Pemimpin Umno Ini Dah Tak Saling Menghormati

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 219 hits
HAMDAN TAHADua tokoh pemimpin umno sebelum ni saling hormat menghormati tapi tengok gambar ni semalam sudah hilang rasa hormat kedua duanya gambar bole membuktikannya
Jangan Halang Pru Dengan Alasan Parlimen Tergantung Umno

Jangan Halang Pru Dengan Alasan Parlimen Tergantung Umno

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 164 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 22 2022 3 53 PMUmno menggesa supaya alasan kemungkinan parlimen tergantung tidak digunakan untuk menghalang pilihan raya umum diadakan Memetik ahli akademik tersohor Wong Chin Huat presidennya Ahmad Zahid Ham...
Zahid Dan Pemimpin Umno Sekarang Akan Musnahkan Negara Jika Kembali Berkuasa

Zahid Dan Pemimpin Umno Sekarang Akan Musnahkan Negara Jika Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 285 hits
SEMALAM harapan Umno untuk kembali berkuasa melalui PRU15 MUSNAH Ianya diMUSNAHkan oleh presiden mereka sendiri Ahmad Zahid Hamidi Selepas NAJIB RAZAK merengkok di dalam Penjara Kajang pada SELASA 23 OGOS 2022 di dalam suasama ketakutan Zah...
Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 171 hits
agendaily com14 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mematuhi permintaan Barisan Nasional untuk membubarkan Parlimen bagi memberi...
Umno Kedah Tolak Kerjasama Pas Pada Pru 15

Umno Kedah Tolak Kerjasama Pas Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 181 hits
hmetro com myDatuk Shaiful Hazizy Zainol AbidinAlor Setar UMNO Kedah menolak sebarang kerjasama bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke 15 berikutan berhajat kembali berkuasa dan memerintah negeri itu Ketua Komunikasi Barisan Nasional Kedah D...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Mereka Seperti Keluarga Meriah Bigbang Kembali Bersatu Di Konsert Encore Taeyang Di Seoul

Saman Supaya Orang Ramai Akan Sedar Pas Adalah Parti Pemfitnah

Tak Ngaku Ahli Parti Kot Bila Kesalahan Berulang

Amboi 7 Inci Kuku Cagu

Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama