Biadab Keterlaluan Menyakiti Timbulkan Marah Dan Resah


harakahdaily.net
February 15, 2025

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Islam telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berhubung cadangannya mewujudkan portfolio hal ehwal agama bukan-Islam di peringkat Persekutuan.

Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Ustaz Masridzi Sat berkata, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen.

“YB Chow Yu Hui bersumpah untuk menjaga Perlembagaan, namun beliau sendiri mencadangkan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan. Ini tidak wajar dan membuktikan beliau bukan seorang Ahli Parlimen yang baik,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (PERKID) berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali serta lain-lain.

Masridzi merujuk kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atau diubah tanpa melalui proses yang sah.

Menurutnya, cadangan pemisahan hal ehwal agama Islam dan bukan-Islam itu dianggap sebagai cubaan menjejaskan keistimewaan Islam dalam sistem pentadbiran negara.

“Kita nampak bahawa hak agama dalam Perkara 3(1), hak agama Islam sebagai agama negara ni nampaknya dah diceroboh dan mula nak dihapuskan keistimewaan ini.

“Keistimewaan raja-raja sebagai penaung keistimewaan agama ini sebagai agama negara mula nak diceroboh,” tambahnya.

Selain itu, Ustaz Masridzi turut menyatakan bahawa cadangan tersebut boleh membuka ruang kepada penyebaran agama lain kepada umat Islam, yang bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Cadangan Chow Yu Hui berpotensi membuka ruang kepada unsur-unsur yang boleh mengganggu keharmonian agama serta memberi kesan kepada kestabilan dan keamanan dalam negara kita.

“Cadangan beliau ini telah menimbulkan ketegangan dan kekeliruan dalam masyarakat terutama apabila melibatkan isu berkaitan pentadbiran agama yang sensitif.

“Saya dan kami semua berpandangan bahawa kenyataan beliau perlu disiasat kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam serta mencetuskan ketidakharmonian antara kaum dan agama di dalam negara kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, SKAN menurutnya menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Chow Yu Hui di bawah undang-undang berkaitan, termasuk Akta Hasutan 1948, sekiranya terdapat unsur yang boleh mengancam keharmonian negara.

“Kami membantah sekeras-kerasnya cadangan ini kerana ia bercanggah dengan Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami juga menyeru pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan Malaysia, serta Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“(Ia) agar dapat menghentikan segera segala gangguan dan campur tangan serta kekacauan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP, pemimpin bukan-Islam termasuklah MP Raub, Chow Yu Hui.

“(Dia) biadab dan keterlaluan menyakiti, menimbulkan kemarahan dan keresahan kepada rakyat Islam dalam negara ini akibat campur tangan mereka kepada peranan dan fungsi institusi agama seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“(Juga) Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam serta lain-lain agensi yang berkaitan dengan agama Islam dalam negara ini,” tegasnya memaklumkan telah memulakan tindakan dengan membuat sebelas laporan polis. 
– HARAKAHDAILY 15/2/2025


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/biadab-keterlaluan-menyakiti-timbulkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Besar Bersatu Pas Pn Sudah Marah

Abang Besar Bersatu Pas Pn Sudah Marah

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 102 hits
Andrian LimManjoi ialah sebuah kawasan perkampungan di dalam ibu negeri Ipoh Lebih 90 penduduk kawasan perkampungan Manjoi adalah Muslim Bukan setakat itu Manjoi yang dikenali sebagai Gugusan Manjoi adalah kawasan perkampungan Melayu yang t...
Nak Marah Teks Khutbah Jumaat Dah Kenapa

Nak Marah Teks Khutbah Jumaat Dah Kenapa

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 101 hits
Bagi yang tak tahu budak ni anak tu Khabarnya pada Jumaat yang lalu khutbah yang dibacakan di masjid masjid sekitar Perak berkitar soal Persoalannya dia nak marah tu kenapa Memanglah khutbah Jumaat bertujuan untuk antaranya tentang Fitnah n...
Tips Tangani Customer Yang Sedang Marah

Tips Tangani Customer Yang Sedang Marah

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 80 hits
Bismillahirrahmanirrahim Tertanya tanya tips handle customer yang tengah marah tu Sharing di sini adalah idea dari otak kecil aku Segala kekurangan mohon dimaafkan ya Kalau ada nak tambah boleh juga share di komen okay Alhamdulillah Dah ham...
Isteri Bukan Tempat Melepas Marah Hargailah Pengorbanan Mereka

Isteri Bukan Tempat Melepas Marah Hargailah Pengorbanan Mereka

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 93 hits
Di sebuah klinik kesihatan seorang isteri yang masih dalam pantang ditengking suaminya di hadapan orang ramai Kau pergi la cepat aku nak pergi kerja katanya kasar sambil menolak nolak isterinya Lebih menyedihkan dia meletakkan bayi mereka d...
Dap Youth Pas Fine With Status Quo Before Was It Biadab Then Too

Dap Youth Pas Fine With Status Quo Before Was It Biadab Then Too

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 134 hits
DAP Youth chief Woo Kah Leong has strongly criticised PAS Youth for what he described as double standards and inflammatory rhetoric over the issue of guidelines on Muslim participation in events at non Islamic places of worship Responding t...
Sultan Selangor Tegas Menentang Cadangan Garis Panduan Yang Timbulkan Kontroversi

Sultan Selangor Tegas Menentang Cadangan Garis Panduan Yang Timbulkan Kontroversi

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 106 hits
HarapandailyFebruary 8 2025Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan pendirian tegas baginda menentang cadangan garis panduan untuk umat Islam menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam Baginda berpandangan cadangan ...
Remaja Lelaki Bakar Bapa Hidup Hidup Kerana Berang Kena Marah

Remaja Lelaki Bakar Bapa Hidup Hidup Kerana Berang Kena Marah

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 160 hits
Sinar HarianSEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2 Faridabad India awal pagi Selasa Menurut laporan polis kejadi...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbualan Bersama Tok Wan Cucu Arwah Pak Lah Kongsi Momen Buat Ramai Menangis

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu