Beza White Supremacy Dengan Ketuanan Melayu


Ketika Presiden PAN Mohamad Sabu membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Di Raja di Dewan Rakyat, beliau menyatakan (sebagaimana terkandung dalam Penyata Rasmi Dewan atau Hansard):
“Inilah juga bahaya kalau kita pergi kepada Ketuanan Melayu. Kita kena utarakan Melayu yang berwibawa, Melayu yang bertakwa, Melayu yang berintegriti, bukan Ketuanan Melayu. Kalau kita pergi ke Ketuanan Melayu, ia sama dengan White Supremacy.”
Dalam erti kata lain beliau menyamakan ‘Ketuanan Melayu’ dengan perjuangan perkauman ‘White Supremacy’ di Amerika Syarikat. Ini mendorong Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat bangkit mencelah:
“Saya kira istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Kota Raja White Supremacy dan Ketuanan Melayu itu satu benda yang agak berbeza. Apa yang disebut sebagai Ketuanan Melayu hanyalah menyatakan hak-hak orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan, tak lebih daripada itu Yang Berhormat Kota Raja. Terima kasih.”
Menurut Ensaiklopedia Britanica ‘White Supremacy’ merujuk kepada:
“Beliefs and ideas purporting natural superiority of the lighter-skinned, or ‘white,’ human races over other racial groups. In contemporary usage, the term white supremacist has been used to describe some groups espousing ultranationalist, racist, or fascist doctrines.”
“Idea dan pandangan bahawa mereka yang berkulit putih lebih mulia berbanding kaum dan keturunan lain. Menurut penggunaan kontemporari terma ‘white supremacist’ merujuk kepada kumpulan atau kelompok yang memperjuangkan fahaman atau doktrin Nasionalis melampau, Rasis dan Fasis.”
Inilah fahaman kelompok minoriti di Amerika Syarikat satu ketika dahulu sehingga tercetusnya penubuhan Ku Klux Klan iaitu satu kelompok ekstremis kaum yang menentang kehadiran warga kulit hitam dan Afrika di Amerika Syarikat.
Jika Presiden PAN, maksudkan perjuangan ‘Ketuanan Melayu’ adalah sebagaimana di atas, ternyata beliau sama ada tidak faham atau sengaja mahu mengapi-apikan sentimen perkauman sedangkan langsung tiada persamaan antara keduanya.
Benar, tidak sebagaimana perjuangan ‘White Supremacy’, Ketuanan Melayu seperti diutarakan Ustaz Ahmad Fadhli adalah perjuangan menuntut jaminan hak-hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bermakna ia sesuatu yang terkandung dalam Undang-undang Tertinggi Negara. Sedangkan ‘White Supremacy’ adalah tuntutan melampau yang tiada asas dan justifikasi. Apa bahayanya Ketuanan Melayu?
Janganlah kerana kita berkawan intim dengan DAP yang berjuang menegakkan Malaysian Malaysia maka kita menghina dan memperlekehkan perjuangan hak keturunan kita sendiri. Janganlah kerana sayangkan DAP kita lupakan asal-usul kita.
Kita harus sedar mengikut Perlembagaan Persekutuan, orang-orang Melayu adalah mereka yang menganut agama Islam, ini bermakna apabila kita memartabatkan perjuangan Ketuanan Melayu, kita sebenarnya memperjuangkan hak penganut Islam, yang tiada langsung rasis apalagi Fasis sebagaimana ‘White Supremacy‘ yang dimaksudkan Presiden PAN itu.
Cukup-cukuplah ditunggang DAP. Gunakanlah kedudukan dan suara di Dewan Rakyat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan bukannya mengadu-domba dan menjadi jurucakap puak rasis dan ekstremis.
Dalam satu laporan portal berita mendiang Prof Khoo Khay Khim pernah berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.
“Orang tak faham (Perlembagaan)… jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya.
“Rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.”
Semoga lepas ini Ahli Parlimen Kota Raja lebih banyak membaca dan faham Perlembagaan
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
The post Beza ‘White Supremacy’ dengan Ketuanan Melayu appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/29/beza-white-supremacy-dengan-ketuanan-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Khalid Samad Tuduh Ketuanan Melayu Seperti Fahaman Zionis Nazi Dan White Supremacy

Kenapa Khalid Samad Tuduh Ketuanan Melayu Seperti Fahaman Zionis Nazi Dan White Supremacy

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 306 hits
Tidak ada angin tidak ada ribut tiba tiba Khalid membuat kenyataan sebegini Biasanya apabila duduk saja saja sambil bosan bosan semasa cuti dan membuat luahan sebegini datang dari suatu perasaan dan emosi yang menebal dan terpendam lama Apa...
Melayu Wajib Pertahan Ketuanan Melayu

Melayu Wajib Pertahan Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 264 hits
Parti Putra dilahirkan untuk menjaga dan mempertahankan hak orang Melayu JIKA anda seorang Melayu adalah wajib mempertahankan Ketuanan Melayu Hakikat dan konsep Ketuanan Melayu perlu dilihat dari perspektif lebih luas bukan hanya dilihat da...
Ketuanan Melayu Pandangan Khalid Cetus Kontroversi Biadap

Ketuanan Melayu Pandangan Khalid Cetus Kontroversi Biadap

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 266 hits
Ciapan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad di Twitter hari ini yang menganggap Ketuanan Melayu sebagai fahaman sesat serta sealiran dengan Zionisme Nazi Hitler dan White Supremacist Trump mengelirukan pengguna Presiden Ikatan Muslimin Mala...
Sejak Bila Ketuanan Melayu Sama Seperti Zionisme Nazi Hitler

Sejak Bila Ketuanan Melayu Sama Seperti Zionisme Nazi Hitler

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 621 hits
Khalid rasa Ketuanan Melayu perlu dihapus kerana dianggap sesat BANGI Orang Melayu sudah membuktikan mereka sebuah bangsa yang sangat bertoleransi walaupun sudah sekian lama hidup dengan Ketuanan Melayu Demikian bidas Presiden gerakan Islam...
5 Kuih Muih Melayu Olahan Baru Minum Petang Sarapan

5 Kuih Muih Melayu Olahan Baru Minum Petang Sarapan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 814 hits
Kuih muih Melayu memang enak dimakan bila bila masa Sebagai pencuci mulut kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri kuih bakar kacang hijau apom betawi dan tiga lagi sajian ku...
Terjemahan Khutbah Arafah Dalam Bahasa Melayu Bagi Musim Haji 1441h

Terjemahan Khutbah Arafah Dalam Bahasa Melayu Bagi Musim Haji 1441h

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 389 hits
MAKKAH Khutbah Hari Arafat akan disiarkan dalam lima bahasa Bahasa Inggeris Perancis Indonesia Melayu Urdu dan Parsi Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Pengurusan Dua Masjid Suci pada Ahad yang lalu Hari Arafah ya...
Kisah Tanah Rezab Melayu Kenyataan Guan Eng

Kisah Tanah Rezab Melayu Kenyataan Guan Eng

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 430 hits
Al Kisahnya tersebutlah Kisah Dalam perbahasan MP Bagan Kata Lim Guan Eng di Parlimen mantan Menteri kewangan yang Sah sepanjang dia jadi Menteri Kewangan Dari kuasa yang ada pada dia Satu aset Negara pun dia tak jual sebagai atas kapasiti ...
Keturunan Bani Israel Yang Hilang Adalah Bangsa Melayu

Keturunan Bani Israel Yang Hilang Adalah Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 1283 hits
Dalam hati mereka ada penyakit Maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka akan mendapat seksa yang pedih dengan sebab mereka berdusta terhadap kebenaran Al Baqarah 10 Bangsa Melayu Berasal dari Keturunan Bani Israel yan...
Angkat Martabat Bahasa Melayu Bukan Perkauman Kata Anwar

Angkat Martabat Bahasa Melayu Bukan Perkauman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 230 hits
Penasihat PLM Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berkata Kementerian Pendidikan semasa di bawah teraju Tan Sri Muhyiddin pada tahun 2011 sudah memutuskan pemansuhan PPSMI selepas kajian yang dilakukan pelbagai institusi bahasa dan pendidikan m...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff