Beza Putra Dengan Bersatu Tak Sengkongkol Dengan Dap


Wartawan MalaysiaGazette Dr. Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR – Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali menyambut baik sindiran Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Perkasa).

Katanya, sindiran sinis Perdana Menteri kononnya penubuhan Putra sebagai ‘perkembangan baik’ ke arah menggalakkan lagi perpecahan Melayu adalah kenyataan pukul dulang paku terserpih.

Menurut beliau, Putra ditubuh adalah atas semangat dan contoh yang dimulakan pemimpin yang menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“PPBM telah berjaya menghancurkan UMNO semasa PRU 14, kerana itu yang dikehendaki oleh orang Melayu.

Sebutlah apa sahaja alasan kerana ada pihak sentiasa bersikap orang lain sahaja tidak betul, tapi diri sendiri tidak pernah rasa bersalah.

“Maka PPBM telah mengorak langkah ke arah matlamat 100 parti Melayu,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Dr. Mahathir semalam, bahawa penubuhan sebuah lagi parti politik adalah perkembangan baik untuk menggalakkan lagi perpecahan Melayu.

Pengerusi PPBM itu dilaporkan berkata, situasi mutakhir ini hanya akan mengakibatkan tiada lagi parti tunjang khususnya untuk kaum Melayu.

Menurut Dr. Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebelum PPBM yang mengambil langkah bijak menubuhkan parti itu bagi menjaga perpaduan Melayu ialah Parti keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Malangnya, PPBM jatuh nombor tiga. Jika parti Putra jatuh nombor empat, masih ada 96 lagi parti Melayu yang patut ditubuhkan untuk mencapai 100 parti,” katanya.

Beliau memberitahu, bezanya jika silap parti itu ditubuhkan dibandingkan dengan PPBM yang menjaga kepentingan Melayu ialah Putra tidak bersekongkol dengan DAP.

“Banyak bezanya pemimpin Putra dengan yang lain setakat ini ialah ‘bikin tidak seperti cakap’ dan pemimpin Putra tidak nampak gajah depan mata, tapi nampak kuman di seberang laut.

“Perbezaan yang amat ketara ialah Putra baru ditubuhkan berbanding PPBM yang menyertai PRU 14 dan telah menyumbang peranan bermakna ke arah perpaduan Melayu.

“Hasilnya dapat kita lihat bersama di mana landskap politik negara telah berubah dari Malaysia lama kepada Malaysia baharu. Hebatkan,” ujar beliau.

Oleh itu, jelas Dr. Ibrahim, yang perlu disindir ialah parti Putra walaupun baharu lahir dan belum pun lagi menyertai PRU, tapi jasanya begitu besar menyumbang ke arah perpecahan Melayu.

Di Malaysia sekarang, katanya, banyak perkara aneh berlaku ibarat hujan naik ke langit.

“Kata dulang paku serpih kerana mengata orang kita yang lebih. Salah dan buruk orang kita nampak, tapi diri sendiri sepanjang masa rasa betul ibarat mengajar itik berenang.

“Buat apa yang saya suruh kerana saya sahaja yang betul. Orang lain tidak betul, tapi saya sahaja yang betul. Tak percaya tengok rekod,” katanya.

Beliau turut menyindir tanggapan Dr. Mahathir, kononnya Presiden Putra yang bernama Ibrahim Ali sentiasa dilihat tidak pernah betul sejak dulu, kini dan mungkin selamanya.

Namun, katanya, bersifat konsisten dengan pendirian adalah sebesar-besar kelemahan pimpinan Putra, tapi akan menyelamatkan kepentingan Melayu, perjuangan dan perpaduan kaum itu sebenarnya.

Siapa dan parti manakah sudah berjasa kepada perpaduan Melayu setelah menang sorak kampung tergadai. Sudah pasti tidak Putra yang baru lahir.

“Amalan kepimpinan pecah dan perintah sebenarnya menjadi punca perpecahan, bukan banyak parti. Demikian kata-kata hikmat Pak Ibrahim Ali Pahlawan Melayu Terakhir,” katanya.

“Tun Mahathir dan Tok Him sebelum ini seperti bapa dan anak. Jika bapa tubuh Bersatu, maka anak tubuh Putra. Inilah yang dikatakan bapa borek anak rintik,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/beza-putra-dengan-bersatu-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Sudah Menjadi Kaduk Naik Junjung Bersatu Ibarat Sepah

Dap Sudah Menjadi Kaduk Naik Junjung Bersatu Ibarat Sepah

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 170 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin 20 05 2019Pemuda Berjasa saran Bersatu kaji semula hubungan dengan DAPBANGI 15 Ramadan 1440H Isnin Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dinasihatkan menilai kembali hubungan dan kerjasama yang dibuat bersa...
Matrikulasi Pemuda Dap Saran Kerajaan Utamakan B40

Matrikulasi Pemuda Dap Saran Kerajaan Utamakan B40

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 362 hits
Ketua Pemuda DAP Howard Lee memohon Kementerian Pendidikan menyelesaikan ketidaksamarataan dalam status quo di bawah sistem penapisan untuk peperiksaan matrikulasi PETALING JAYA Pemimpin Pemuda DAP menyarankan kerajaan mengutamakan golongan...
Lim Kit Siang Ultra Cina Dap Bukan Anak Jati Malaysia

Lim Kit Siang Ultra Cina Dap Bukan Anak Jati Malaysia

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 842 hits
Lim Kit Siang yang lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia di tahun 1957 Mereka dapat ehsan dari orang2 Melayu di Batu Pahat Johor Umur Lim Kit Siang masa tu 16 tahun Mula2 bapak Lim Kit Siang cuma ternak ayam je...
Adun Dap Lapor Polis Dakwaan Cuba Singkir Maszlee

Adun Dap Lapor Polis Dakwaan Cuba Singkir Maszlee

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA Seorang Adun DAP membuat laporan polis hari ini tentang dakwaan partinya menuntut perdana menteri menggantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik dengan timbalannya Teo Nie Ching Wakil rakyat Seri Delima Syerleena Abdul Rashid b...
Najib Arah Tentera Siber Umno Serang Dap Kit Siang

Najib Arah Tentera Siber Umno Serang Dap Kit Siang

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 434 hits
Najib arah tentera siber Umno serang DAP Kit SiangPosted By on May 22 2019Cybertrooper Umno melancarkan perang saraf siber ke atas DAP untuk menjatuhkan Pakatan Harapan atas arahan Najib Razak kata Lim Kit Siang Lim dalam kenyataan hari ini...
Singkir Maszlee Adun Dap Buat Laporan Polis

Singkir Maszlee Adun Dap Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 309 hits
Singkir Maszlee Adun DAP buat laporan polisPosted By on May 22 2019Seorang Adun DAP membuat laporan polis hari ini tentang dakwaan partinya menuntut perdana menteri menggantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik dengan timbalannya Teo Nie Ch...
Ugut Ocpd Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimpin Dap

Ugut Ocpd Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 604 hits
PEMIMPIN DAP Bahagian Jerantut Loo Why Leong yang ditahan kerana menghantar teks mesej berbaur ugutan kepada Ketua Polis Daerah Jerantut Mazlan Hassan tampil menjelaskan perbuatannya UGUT OCPD Saya Hanya Mahu Dia Hormat Kerajaan Baru Pemimp...
Kit Siang Dakwa Najib Arah Cybertrooper Umno Serang Dap

Kit Siang Dakwa Najib Arah Cybertrooper Umno Serang Dap

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 379 hits
Kit Siang dakwa Najib arah cybertrooper Umno serang DAP Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 May 2019 11 13AM
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara