Beza Moratorium Dulu Dan Sekarang Berapa Lebihan Interest 3 Pilihan


Beza Moratorium (Penangguhan Bayaran) dulu dan sekarang? | Berapa lebihan interest? | 3 Pilihan! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! As we all knew, 30hb April 2020 yang lepas, Kerajaan telah membuat update tentang moratorium baru. And yes i know too yang cerita ni dah agak lapuk kan untuk update sekarang hahaha, tapi saya nak tulis juga! Harapnya penjelasan dan penerangan di bawah ni akan memberi pencerahan pada mereka yang masih confuse atau tak faham apa beza moratorium (penangguhan bayaran pinjaman dan pembiayaan kenderaan kereta) sebelum ni dan sekarang, apa pilihan yang ada, berapa lebihan interest/ faedah yang perlu dibayar jika kita pilih nak ambil Moratorium, mana satu option yang lebih baik, lebih menguntungkan; mengikut situasi masing masing.
Okayyy semua tu akan dijawab oleh mereka yang pakar bab ni. Saya of course not expert about this so i will take the facts, statements and opinions from them okay?

Maksud 'Opt out' = tidak menyertaiMaksud 'Opt in' = turut serta
Beza Moratorium (Penangguhan Bayaran) dulu dan sekarang? | Berapa lebihan interest? | 3 Pilihan!
"Bank akan call dan bagi tiga pilihan"Ditulis oleh: KHAIRI ZULFADHLI
Masih ingat Moratorium (Penangguhan Bayaran) yang Muhyiddin umumkan bulan lepas?
Tiba-tiba tadi BNM kata kena bayar juga?Apa benda ni?
1. Mac lepas BNM umumkan semua yang ada pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli kenderaan akan dapat penangguhan bayaran sampai September. Automatik, tak payah mohon.
2. Hari ni (30 April) BNM kata takAutomatik. Kena mohon juga dari bank. Kenapa? Jawapan "Kenapa" itu saya tak boleh jawab.
Tapi ini apa yang akan berlaku.. Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap: https://t.co/tz0XfAUrEY?amp=1
3. Bank akan call dan bagi tiga pilihan.
(1) Pilihan Pertama
Bayar lumpsum ansuran April-September + ansuran Oktober pada bulan Oktober.
Maknanya kalau sebulan Cik Kiah bayar kereta Axia RM400, pada bulan Oktober dia kena bayar lump sum RM2 800 ke Bank
(2) Pilihan Kedua
Bayar selepas tempoh pinjaman tamat + 6 bulan.
Maknanya kalau pinjaman dia tamat tahun depan bulan 4 contohnya. Dia kena bayar lagi 6 bulan. Kira extend dari bulan 4 tahun 2021 ke bulan 10 tahun 2021.
(3) Pilihan Ketiga
Bayar macam biasa dari April hingga September.
Jadi apa masalahnya?
BNM dah benarkan loan ni dikenakan interest. Maknanya kalau kau tak bayar pun, bunga tetap jalan. Kalau sebulan bunga kau RM300, 6 bulan punya bunga RM1800 TETAP JALAN.pihak bank call untuk pengesahan vs scammer minta info.. hati hati semua!Ini termasuk dengan Pinjaman Islamik ke?
YA, TERMASUK PINJAMAN ISLAMIK.
Saya update dengan Soalan Lazim berkenaan Sewa Beli (Hire Purchase) dari Official Bank Negara Malaysia (twitter: @BNM_official)soalan lazim mengenai sewa beli dan produk pembiayaan islam berkadar tetapbeza moratorium penangguhan bayaran dulu dan sekarangbeza moratorium penangguhan bayaran dulu dan sekarangbeza moratorium penangguhan bayaran dulu dan sekarang"Pinjaman dan Pembiayaan Kereta - BNM U-TURN?"
Ditulis oleh: KHAIRUL AZRI
Pinjaman dan Pembiayaan Kereta - BNM U-TURN?
Esok kalau Bank telefon angkat,
3 Pilihan yang boleh dibuat adalah:
1) Bayar Penuh jumlah penangguhan (Lump Sum) terkumpul 6 bulan + ansuran Oktober pada bulan Oktober. - Perlukan Pengesahan Penerimaan.
2) Sambungan 6 bulan bayaran kepada bulan akhir bayaran pinjaman/pembayaran - Perlukan Pengesahan Penerimaan.
3) Bayar seperti biasa mulai Mei, - Tidak memerlukan Pengesahan Penerimaan.
Harap maklum.
Sumber:Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap - BNM
In short, perbezaan dari segi faedah tambahan yang perlu dibayar -
1) Tiada pertambahan.
2) Kadar faedah tambahan bergantung kepada kadar kontrak dan akan dicaj berdasarkan jumlah amaun tertangguh yang belum dibayar sehingga pembayaran penuh dilakukan.
3) Tiada pertambahan.
"Berapa lebihan interest perlu dibayar dan patutkah kita masih ambil?"Ditulis oleh: SIRAJ FAHMI
UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?
Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.
Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.
Beza yang dulu dengan sekarang?
Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan. Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.
Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?
Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,
Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan X 6 bulan) X interest rate X (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)
Contoh untuk loan kereta,
Bayaran bulanan = RM1,000Interest rate = 3%Baki tempoh pinjaman = 5 tahun
Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990
Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:
1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.
2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.
3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama
Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.
Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.
Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?
Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.
Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.
1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.
2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.
3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.
4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)
5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.
Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.
Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.
Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.
Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.
Boleh kongsikan untuk bacaan orang lain.
"So patut ke tak ambil moratorium ni?"Ditulis oleh: FAIZ WAHAB
Apa yang baru dengan moratorium 2.0 ni?
Kalau sebelum ni loan jenis hire purchase; ie personal loan dan loan kereta tidak dikenakan interest/profit tambahan apabila anda pilih untuk moratorium.
Akan tetapi mengikut bacaan awal semasa, dengan moratorium 2.0, bagi loan jenis hire purchase, akan tetap berjalan interest/ profit ke atas pinjaman/pembiayaan anda.
Ini akan mengikut kaedah yang sama macam loan rumah yang mana interest accrued dalam tempoh moratorium.
Tak faham apa tu interest accrued?
Boleh tengok video penerangan saya sebelum ini:"Dengan pengumuman moratorium atau penangguhan bayaran pinjaman bank, ramai yang keliru sama ada perlu ambil atau terus bayar macam biasa? Kalau ambil, apa kesannya dan pelbagai lagi persoalan yang timbul berkenaan isu ini.
Segalanya dijawab di dalam sesi live ini https://youtu.be/4_D3Fd8YjBI. Selamat menonton"
Cuma apa yang kita belum jelas sama ada interest compounded atau tidak dalam tempoh moratorium 2.0 ini. Kemudian finalisation on the whole process juga perlu dijelaskan oleh pihak bank
Sebab ini akan melibatkan contract, especially bila melibatkan financing contract. Akan berlaku beberapa perbezaan dengan kontrak yang sedia ada.
So patut ke tak ambil moratorium ni?
Kalau anda jenis simpanan pun tak ada, bolehlah nak berkira-kira nak proceed. Duit moratorium tu buat simpanan kecemasan
Kalau anda jenis simpanan kecemasan dah solid, then nak opt out for the moratorium is quite good. So that anda boleh jimat on the interest charged.
Kalau anda ada teknik lain pusing-pusing, yang tu kena check dulu sama ada good to go, or cantik atas kertas je.
Dan lagi satu, untuk moratorium ni korang boleh pilih untuk proceed atau tak untuk moratorium.
Actually dalam statement BNM before ni pun dah jelas interest continue to accrued. So technically, tak ada apa yang uturn or moratorium 2.0 sebenarnya.
Cuma BNM nak make sure banks being transparent to the client on the impact of opt in moratorium to your loan/financing.moratorium baru 2020 kereta rumahMoga bermanfaat!

Till next time, daaa~ wassalam! :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2020/05/beza-moratarium-penangguhan-bayaran-dulu-dan-sekarang-berapa-lebihan-interest.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Update Terbaru Moratorium Berapa Lebihan Interest Perlu Dibayar Dan Patutkah Kita Masih Ambil

Update Terbaru Moratorium Berapa Lebihan Interest Perlu Dibayar Dan Patutkah Kita Masih Ambil

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 675 hits
UPDATE TERBARU MORATORIUM BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL Hari ini masyarakat riuh rendah berbincang tentang MORATORIUM Ada yang terkejut ada juga yang tenang sahaja Anda bagaimana Kenyataan terbaru Bank ...
Balance Transfer Pilihan Selain Moratorium Untuk Kad Kredit

Balance Transfer Pilihan Selain Moratorium Untuk Kad Kredit

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 433 hits
Apabila PKP akan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 maka ini adalah petanda betapa kita sebenarnya masih belum bebas daripada covid 19 Entahkan bila kita pun tidak pasti Hanya Allah yang maha mengetahui Menguruskan kewangan dengan bijaksana d...
Hire Purchase Moratorium Interest Rate Cannot Be Higher Than Original Contract Bnm

Hire Purchase Moratorium Interest Rate Cannot Be Higher Than Original Contract Bnm

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 259 hits
Any additional interest that some banks may charge on the deferred payment cannot be higher than the original hire purchase contract signed Bank Negara Malaysia said BNM reiterated that as a regulator it has from the very beginning indicate...
Zafrul Urges Banks To Forgo Interest Accrued Under Moratorium

Zafrul Urges Banks To Forgo Interest Accrued Under Moratorium

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 276 hits
Finance Minister Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz has urged banks to consider not charging accrued interest or profit during the loan repayment moratorium period Considering that there is a possibility that this could happen and after listen...
Financial Institutions Urged To Abolish Accrued Interest Profits During Moratorium

Financial Institutions Urged To Abolish Accrued Interest Profits During Moratorium

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 682 hits
Zafrul Tengku Abdul Aziz KUALA LUMPUR Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz today urged financial institutions to consider abolishing the accrued interest or profits during the six
Ph Tidak Pernah Khianati Tun M Sejak Dulu Hingga Sekarang

Ph Tidak Pernah Khianati Tun M Sejak Dulu Hingga Sekarang

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 295 hits
Pakatan Harapan tidak pernah mengkhianati Tun Mahathir secara zahir sejak dahulu hinggalah sekarang Demikian dizahirkan oleh Ketua Penerangan PKR cabang Gerik Muhd Amrun Hafifi Md Yunus Beliau juga menyanggah kenyataan Armada negeri Perak y...
Dulu Buat Superimpose Gambar Najib Altantuya Sekarang Kena Atas Batang Baharu Mengerti

Dulu Buat Superimpose Gambar Najib Altantuya Sekarang Kena Atas Batang Baharu Mengerti

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 505 hits
Semua orang tahu PKR dan PH kaki memutar belit isu fakta dan kaki buat poster atau gambar superimpose Kita tak lupa bagaimana Tian Chua mengaku dia buat superimpose gambar Najib Altantuya nak menguatkan tuduhan kononnya anak Altantuya itu a...
Lantikan Politik Dulu Bising Sekarang Bisu

Lantikan Politik Dulu Bising Sekarang Bisu

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 247 hits
Oleh kerana BERSATU ketika itu berada di dalam PAKATAN HARAPAN maka tempias kritikan dan sindiran itu terkena kepada PAKATAN HARAPAN yang sudah meletakkan di dalam Manifesto bahawa tiada lantikan politik dalam GLC Kini BERSATU sudah berada ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash