Ph Tidak Pernah Khianati Tun M Sejak Dulu Hingga Sekarang
Oleh MOHD ALI HASHIMMay 9, 2020 7:00 am
Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengkhianati Tun Mahathir secara zahir sejak dahulu hinggalah sekarang.Demikian dizahirkan oleh Ketua Penerangan PKR cabang Gerik, Muhd Amrun Hafifi Md Yunus.Beliau juga menyanggah kenyataan Armada negeri Perak yang disifatkan seolah-olah menuding jari kepada PH.“Desakan yang dibuat oleh pimpinan PKR, Dap dan AMANAH supaya Tun Mahathir berundur setelah sampai waktu yang ditetapkan sebelum ini adalah selaras dengan manifesto dan konsensus perjanjian yang telah disepakati sebelum pilihan raya umum ke 14 lagi.“Sebenarnya PH telah bersetuju dengan proposal Tun M yang berhasrat untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas sidang APEC dan tidak dapat dinafikan termasuk Armada Perak juga sedia maklum mengenai kedudukan tersebut termasuklah perjanjian dan persetujuan Majlis Presiden PH tatkala itu.“Walau bagaimana pun tuduhan bahawa PH punca kepada kejatuhan kerajaan adalah tidak benar dan menyimpang dari hakikat yang sebenarnya,” ujar beliau.Tambah Muhd Amrun lagi, langkah Sheraton yang direncanakan bukanlah rancangan dalam tempoh singkat satu atau dua hari, sebaliknya ia merupakan pengkhianatan terancang sejak berbulan lamanya sebelum tumbangnya kerajaan pusat maupun kerajaan negeri yang diterajui oleh PH.Sehubungan itu tegas beliau, Armada negeri Perak disarankan supaya menyemak semula bagaimana bermulanya episod pengkhianatan tersebut, siapa pengkhianatnya dan siapa pula yang menjadi dalang sehinggakan kerajaan PH negeri Perak maupun kerajaan pusat kecundang.Yang jelas kata Muhd Amrun, Armada negeri Perak sendiri harus membuktikan bahawa mereka seiring dan sehaluan dengan Armada Pusat ingin bersama PH yang menolak gabungan bersama Umno dan BN.Lebih parah katanya, Armada sendiri mempunyai dua kumpulan iaitu kumpulan yang pro Tun M dan satu lagi ialah kumpulan yang menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seolah-olah berada dalam sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda serta perlu cermin-cermin diri mereka terlebih dahulu sebelum menyalahkan PH.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/05/ph-tidak-pernah-khianati-tun-m-sejak.html