Beza Kehidupan Tahun 1966 Dengan Tahun 2018
Gambar hiasan hasil carian Google
1. Dulu kat kampung saya cuma seorang shj penduduk yang ada TV. Dia adalah taukeh kedai runcit dan pembeli getah. Sekarang ni dlm sebuah rumah, kadang2 ada yg sampai 3-4 buah TV.
2. Dulu kat kampung saya ada seorang je yang pakai kereta. Dia ada kebun getah yang luas. Sekarang ni perkara biasa kalau kita lihat sebuah rumah ada 2-3 buah kereta.
3. Dulu kat kampung saya tak ada seorang pun anak penduduk kampung yang masuk Universiti. Sekarang ini kita hairan kalau ada keluarga yg tak ada anak masuk Universiti.
4. Dulu kat universiti pelajar2 Melayu boleh dibilang dgn jari apa lagi yg buat Medical atau Engineering. Bila sistem kuota diperkenalkan oleh kerajaan, bilangan mereka meningkat tahun demi tahun.
5. Dulu kalau kita pergi hospital, jadi kehairanan kalau jumpa doktor Melayu. Sekarang ni kita hairan kalau pergi hospital tak jumpa doktor Melayu.
6. Dulu kat kampung saya yg pergi Mekah buat haji hanya seorang dua shj setiap musim. Kadang2 langsung tak ada. Sekarang ni nak pergi haji kena menunggu bertahun2.
7. Dulu kat kampung saya tak pernah dengar pun ada penduduk pergi melancong ke luar negara. Paling hebat pun pergi Zoo Negara. Sekarang ini ada yang pergi melancong ke London macam balik kampung sendiri. Bahkan ada yg nak beli tudung pun paling koman pergi Vietnam atau Medan.
8.. Dulu jalan nak sampai ke rumah saya dari jalan besar kira-kira 3-4 kilometer jauhnya cuma jalan tanah shj. Sekarang ni jalan nak pergi dusun pun dah ada tar.
9. Dulu kat kampung saya tak ada elektrik. Maka tak adalah peti ais. kipas angin, rice cooker dsb. Sekarang ni kalau terputus letrik sepuluh minit pun, hebohnya mcm hari dah nak kiamat.
10. Dulu kampung saya tak ada paip air. Kita mandi kat sungai dan ambil air perigi utk memasak makaan dan minum. Sekarang bilik mandi saya berada dalam bilik tidur.
Namun begitu masih juga ada yang bertanya, apa yang kerajaan buat selama ini?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://al-lavendari.blogspot.com/2022/11/beza-kehidupan-tahun-1966-dengan-tahun.html