Beza Hibah Dan Faraid


HIBAH vs FARAID : BIAR TAHU, JANGAN KELIRU
Berikut adalah rumusan ringkas apa yang telah dibincangkan di dalam Seminar Hibah v Faraid: Biar Tahu Jangan Keliru anjuran HartaGuam dan Fakulti Syariah & Undang-undang USIM semalam. 
1. Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman

2. Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang simati,  harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid

3. Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata

4. Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan  dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja


5. Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang tidak mengiktiraf sijil faraid untuk urusan pendaftaran  perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah

6. Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah

7. Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan

8. Harta yang telah dihibah tidak boleh ditarik balik sekiranya setelah berlakunya penyerahan (qabad), melainkan hibah daripada ibu/bapa kepada anak

9. Hibah digalakkan dibuat secara bertulis untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari. Dan sebaik-baiknya dapatkan pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah terus untuk mengesahkan hibah tersebut supaya tidak timbul masalah dan perbalahan di kemudian hari terutamanya selepas pemberi hibah meninggal dunia

10. Hibah hartanah yang tidak didaftarkan pindahmilik, masih dianggap sah asalkan  telah berlaku qabad (penyerahan) kepada penerima hibah. 
11. Terdapat khilaf dari segi hukum syarak dan juga perlaksaan undang-undang di Malaysia untuk hibah bersyarat atau Hibah hartanah yang masih digadaikan kepada bank. Setakat ini tiada peruntukan undang-undang bertulis yang khusus tentang hibah bersyarat. Undang-undang yang ada hanyalah berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Syariah yang berbeza-beza bergantung kepada fakta seuatu kes  dan bergantung kepada sejauh mana pihak peguam dapat berhujah meyakinkan hakim tentang hibah bersyarat tersebut

12. Walaupuan secara amalannya Mahkamah syariah cenderung merujuk kepada pendapat mazhab Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkenaan faraid atau hibah, tetapi Mahkamah Syariah tidak semestinya  terikat untuk menerima pendapat Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkaitan faraid atau hibah

13. Perunding pusaka/hibah hendaklah diberikan ilmu dan kefahaman sebenar tentang penghayatan dan  perlaksanaan sebenar faraid dan hibah supaya tidak mengelirukan masyarakat atau dilihat untuk mempromosi dan menjual produk hibah mereka semata-mata

15. Tiada peruntukan undang-undang khusus tentang Hibah bersyarat terhadap hartanah tetapi sudah ada peruntukan khusus di dalam undang-undang yang membenarkan hibah bersyarat pada manfaat takaful

Moga sedikit perkongsian untuk kita bersama

Semoga bermanfaat... 
Sumber: Telegram group

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2020/02/beza-hibah-dan-faraid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uai Jelaskan Harta Si Mati Boleh Guna Sebelum Faraid Untuk Hal Ini Saja

Uai Jelaskan Harta Si Mati Boleh Guna Sebelum Faraid Untuk Hal Ini Saja

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 608 hits
Melalui akaun Facebook beliau menjawab persoalan tentang harta si mati yang diguna sebelum difaraidkan Adakah ia boleh dilakukan dan siapa yang berhak untuk menggunakannya GUNA HARTA SIMATI SEBELUM FARAID SOALAN Adakah harus salah seorang d...
Faraid Berapa Habuanku

Faraid Berapa Habuanku

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 372 hits
Siapa kamuAku isterinyaUntukmu 1 4 kerana suamimu tidak punya anak1 8 sahaja habuanmuKerana suamimu punyai anak menyambung generasiSiapa kamuAku suaminyaAmbillah 1 2 peninggalannyaJika isterimu mandulKehadiran anak2nyaMengurangkan habuanmu ...
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 528 hits
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati Yang dimaksudkan Faraid adalah ketetapan Tapi selain tu ia juga membawa maksud yang banyak seperti menentukan memastikan menghalalkan dan mewajibkan Tapi menurut istilah syara ad...
Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati

Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1442 hits
Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati Amboi tajuk bukan kemain lagi CH tak pandai pun bab faraid ni tapi CH sendiri pun perlu mengurus tanah peninggalan arwah mak ayah Sampai sekarang tak settle lagi Huhu Lagipun adik ...
Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1694 hits
Faraid ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pusaka bagi orang Islam Ia mengandungi hukum pewarisan formula pembahagian dan kaedah pengiraan yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si mati y...
Baca Hubungkait Antara Penamaan Kwsp Dan Faraid

Baca Hubungkait Antara Penamaan Kwsp Dan Faraid

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 305 hits
Hot isu faraid sekarang ni sebab ada artis yang tersilap langkah mengluarkan kata kata yang tak menyenangkan kepada kakak iparnya So disebabkan isu ni agak menarik untuk aku follow maka aku pun google la segala info yang berkaitan dengannya...
Th Umum Hibah Tak Lama Lagi Kata Mujahid

Th Umum Hibah Tak Lama Lagi Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 273 hits
Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO TH Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilaporkan berkata prestasi kewangan badan berkanun itu amat positif pada suku ke 3 tahun lalu dan ia berada di landasan betul KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Muj...
Pasangan Yang Tiada Anak Lelaki Golongan Yang Paling Kritikal Untuk Buat Hibah Harta

Pasangan Yang Tiada Anak Lelaki Golongan Yang Paling Kritikal Untuk Buat Hibah Harta

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 366 hits
Kalau isteri nak dapat 100 harta suami pastikan mereka dah buat hibah ke atas semua harta Caj hibah biasanya 1 dari nilai keseluruhan harta tak termasuk lawyer fee dan lain lain Benda ni penting tapi kita tak ambik peduli Sabda Rasulullah S...
Apakah Beza Samak Dan Sertu

Apakah Beza Samak Dan Sertu

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 585 hits
Mungkin ada lagi daripada kita masih tidak faham atau kurang faham atau salah berkaitan beza samak dan sertu Mungkin ada juga antara kita sudah biasa menggunakan perkataan ini daripada zaman sekolah lagi sehingga dah dewasa Mungkin dia faha...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Buat Apa Jika Terseliuh

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Panduan Pemasaran Cara Kampung Yang Mudah Untuk Dibuat Pada Perniagaan Anda

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Secret To Effortless Living Collaboration With Ashdown Studio

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Alhamdulillah Hujan Turun Lebat