Beza Angin Maut Dan Asap Akhir Zaman
Mungkin ada yang keliru antara 'angin maut' dengan asap (dukhan) yang juga akan muncul di akhir zaman sebagai salah satu daripada tanda-tanda hari kiamat.
Abdul Malik al-Asy'ari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhanmu telah memperingatkan kamu sekalian dengan 3 perkara, iaitu: asap (dukhan) yang akan mengakibatkan orang mukmin seperti demam selesema dan mengakibatkan orang kafir sehingga ia melempuh hingga asap itu keluar dari setiap telinganya. Kedua: Dabbah (binatang besar) dan ketiga: Dajjal." (HR Ibn Jarir dan at-Tabarani. Menurut al-Hafiz Ibn Kathir: Sanad ini baik).
Kewujudan asap (dukhan) ini juga disebut dalam sebuah hadis Sahih Muslim sebagai salah satu daripada sepuluh tanda besar hari kiamat, namun tanpa penjelasan akibatnya sepertimana di dalam hadis di atas.
Secara zahir, kedua-duanya adalah berlainan kerana 'angin maut' itu sifatnya 'mesra'; lembut, dingin dan wangi. Sedangkan kemunculan asap (dukhan) pula merupakan satu jenis bala bencana kepada manusia dan ia belum mematikan kesemua orang Islam
Adapun tentang tempohnya selama 40 hari, ada diriwayatkan daripada Huzaifah r.a dia bertanya: "Ya Rasulullah, apa itu asap (dukhan)?" Lantas Rasullullah SAW membaca ayat ini: " Oleh itu, tunggulah hari semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata): Ini adalah azab yang amat pedih." (Ad-Dukhan: 10-11)
Asap tersebut akan memenuhi ruang antara timur dan barat. Ia akan kekal ada selama 40 hari, siang dan malam. Adapun orang mukmin, ia akan mengakibatkannya seperti keadaan demam selesema dan adapun orang kafir, ia akan mengakibatkannya seperti orang mabuk sehingga asap itu keluat dari lubang hidung, kedua-dua telinga dan duburnya. " (HR Ibnu Jarir at-Tabari dalam Tafsirnya).
Baca Juga : 12 Waktu Mustajab Doa Supaya Doa Mudah Dimakbulkan
Namun, penetapan tempoh 40 hari dalam hadis di atas tidak sahih kerana hadis ini menurut Imam Ibnu Jarir: "Aku tidak mempersaksikannya sebagai sahih". Al-Hafiz Ibnu Kathir pula menyatakan: " Ibnu Jarir telah membuat keputusan terbaik tentang hadis ini kerana ia adalah palsu dengan Sanad ini."
Wallahualam...
Sumber: Iman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2020/05/beza-angin-maut-dan-asap-dukhan-akhir-zaman.html