Betul Ke Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Betul Ke Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit? | Trend zaman sekarang, orang sibuk nak kulit cerah. Yang dah cerah pun nak cerahkan lagi. Lagi ekstrem sampai ibu mengandung pun makan supplemen masa mengandung sebab nak anak kulit putih melepak.
Yang menjadi lebih kecoh, bila ada yang kata makan vitamin C mampu mencerahkan kulit. Betul ke vitamin C mampu mencerahkan kulit?
Ini jawapannya dari pakar perubatan.
Kajian yang menunjukkan Vitamin C mampu memutihkan kulit masih lagi berada pada peringkat makmal sahaja. Ia belum lagi dapat dibuktikan secara klinikal. Maksudnya belum ada kajian yang menunjukkan Vitamin C boleh memutihkan kulit apabila digunakan pada manusia
Berkenaan kajian dalam makmal, mereka telah menemui bahawa Vitamin C ini mampu mengurangkan penghasilan pigment yang dipanggil sebagai Melanin. Proses penghasilan melanin ini dipanggil sebagai melanogenesis. Pigment Melanin inilah yang menyebabkan kulit kita berwarna gelap. Vitamin C mengurangkan pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Ini menyebabkan penghasilan Melanin berkurangan dan secara teorinya menyebabkan kulit bertambah cerah.
Sumber: Root of Science
Betul Ke Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit?
Jadi, takde kajian makmal yang membuktikan Vitamin C boleh cerahkan kulit. Cuma boleh kurangkan pigmentasi. jadi, tak perlu bazirkan duit ambil vitamin C berlebihan. Bahkan tak perlu nak cerah cepat dengan ambil suntikan vitamin C. Sebab suntik vitamin C terus masuk ke salur darah... Tapi kalau nak rawat kulit, baik tempek je vitamin C kat kulit tu.. Lagi cepat...
Suntikan Vitamin C Tidak Diluluskan Oleh KKM
Ini pula sedikit fakta tentang vitamin C menurut Dr. Zubaidi Ahmad.
1.Vitamin C adalah selamat. Ia tidak memudaratkan kerana jika berlebihan ia akan keluar melalui air kencing.
2.Ada risiko pengambilan vitamin C secara berlebihan. Dos maksima yang dicadangkan adalah 2g sehari. Dibimbang pengambilan vitamiin secara berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang di ginjal.
3.Keperluan vitamin C antara 100-200mg dalam sehari dan boleh didapati dari makanan (buah-buahan dan syur-sayuran).
4.Pengambilan vitamin C melebihi dos yang diperlukan mungkin sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan (termasuk masalah kulit) setelah dinilai melalui pemeriksaan oleh doktor.
5.Pengambilan vitamin C dalam bentuk pil yang kebanyakannya dijual di farmasi adalah selamat kerana telah mendapat kelulusan KKM. Sementara vitamin c dalam bentuk suntikan belum lagi didaftarkan dan tidak disahkan selamat oleh KKM.
Oleh itu KKM melarang penjualan. penyimpanan dan penggunaannnya.
6. Doktor yang berdaftar dengn Majlis Perubatan Malaysia (MMC) boleh digantung atau dibatalkan pendaftaran mereka jika terlibat penyuntikan bahan yang tidak mendapat kelulusan KKM termasuk suntikan vitamin C.
7. Saya mencadangkan agar larangan ini meliputi seluruh doktor (termasuk doktor pakar aesthetic) dan pengusaha salon. Ini memastikan penguatkuasaan larangan ini berkesan.
8. Saya mencadangkan agar pengusaha, pembekal dan pengimport suntikan vitamin C ini dapat mendaftarkan produk mereka agar dapat dipastikan ia benar-benar selamat digunakan.
9. Di masa akan datang setelah ia mendapat kelulusan KKM, saya mencadangkan agar pemberikan suntikan vitamin C dibenarkan kepada doktor am dan doktor aesthetic kerana mereka mempunyai kefahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan pesakit yang sesuai.
10. Pemberian viatamin C secara megados (dos yang besar melebihi 2g) harus dielakkan kepada individu yang sihat. Ia boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan setelah mendapat pemeriksaan doktor yang diiktiraf dan pemberiannya harus dipantau oleh doktor secara berterusan..
Sumber: Facebook Dr. Zubaidi Ahmad
Nak cantik, manusia sanggup buat apa sahaja termasuk menyakitkan diri sendiri. Tak perlu sibuk nak putihkan kulit, tapi sibukkan diri untuk putihkan hati... Tak guna kulit putih tapi hati hitam berkarat. ye dak... Renungkan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2018/03/betul-ke-vitamin-c-boleh-cerahkan-kulit.html