Betapa Powernya Zikir Allahumma Yaa Barik
Betapa Powernya Zikir Allahumma Yaa Barik atau Bari'. Yaa Barik maksudnya yang Maha Perancang. YA BARI', Yang Maha Merancang. Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. Betapa powernya bila kita zikirkan ya Barik selepas subuh sebanyak 40 kali, Allah akan ambil alih segala urusan kita mengikut perancangannya. Ingat! Kita memang merancang tetapi perancangan Alllah yang terbaik.
Dalam apa jua pekerjaan, perancangan dan impian kita, masukkan nama Allah didalamnya. Kita mengadu kepada Allah segala kehendak dan tujuan kita pada masa hadapan. Harapan yang baik-baik. Insya Allah satu persatu Allah akan tunaikan hingga menjadikan anda sendiri terkejut.
Betapa Powernya Zikir Allahumma Yaa Barik
Al Bari' adalah asamul husna. Antara 99 nama Allahm Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam asma'ul husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut.
Screen shot dari twitter. Dikongsikan oleh ramai orang. So, benda yang baik kita kongsi, agar manfaatnya sampai kepada ramai orang. Jangan tinggal doa selepas solat subuh, kemudian baca Allahumma ya Barik.. 40 kali.
Mengikut ustazah Asma Harun, ada satu zikir yang apabila di amalkan selepas subuh, selepas berdoa.. insya Allah akan memakbulkan apa yang kita doakan tersebut. Kerana Allah yang Maha Perancang, Pengatur kehidupan kita. Kita serahkan seluruh urusan kita sepanjang 24 jam itu di tangan Allah.
Semoga bermanfaat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/08/betapa-powernya-zikir-allhumma-yaa-barik.html