Best Night Out Di Ra Re Foodspace Kota Dame
BEST NIGHT OUT di Ra.Re FoodSpace, Kota Dame | Pertama kali singgah di Ra.Re FoodSpace, Kota Dame (sebutan bebudak muda now, singkatan bagi Kota Damansara), I was impressed with the concept.
Sempat intai dari jalan raya (with big signage RA.RE) sambil cari port untuk parking, struktur dua tingkat dan dibina di antara pokok-pokok mengingatkan Rawlins tentang konsep tree house.
"Menjamu selera di ruangan atas pokok seakan memenuhi impian masa kecil." Rawlins menjadi semakin teruja untuk menjamu selera di Ra.Re FoodSpace. Mencari lokasi meletak kenderaan tidak menjadi masalah - banyak kot ruangan letak kenderaan di sekitar Ra.Re FoodSpace.
Oh. Kalau naik MRT, turun kat hentian Kota Damansara, turun kat Exit A dan jalan sikit dari SeGi University Kota Damansara. Dari situ, dekat dah nak sampai ke Ra.Re FoodSpace.
As usual, dah sampai, bergambar wajib kat the iconic Ra.Re FoodSpace glowing LED signage. Yes, this one. Sebab siang so tak nampak la bersinar. Ko tunggu bila malam, cantik woooo!
Kan dah cakap, cantik wooo kalau malam. Memang macam modeling ngah photoshoot. Ko ade??
Serantaian food stall mengelilingi tempat duduk di tengah-tengah Ra.Re FoodSpace. Pilihan tempat duduk pun banyak ye - bawah, sofa, atas pokok, gayat dan bench. Apa bezanya?
Seatings yang kat bawah tu disebut bawah, sofa dan bench. Susunannya sangat santai - memang semacam kantin sekolah kita dulu-dulu. Kalau duduk kat bawah adalah lebih senang nak order makanan sebab di sekitar kita je.
Kalau nak adventurous lagi, silalah melawat ruang makan di atas iaitu gayat dan atas pokok. Ada satu ruangan yang boleh memuatkan lebih 10 orang kat atas pokok, sesuai untuk yang membuat sambutan. Boleh buat booking pada hari biasa Isnin hingga Jumaat secara percuma sahaja, DM atau whatsapp ke nombor hotline Ra.Re Foodspace 013 356 5295.
Manakala yang lain ada gazebo yang boleh memuatkan maksima 6 orang, untuk sesi yang lebih intim. Ruangan kat atas nie sangat cantik tatkala malam, ianya bersinar dan bercahaya dihiasi fairy lights. Nampak magical dan very romantic.
Pilihan Makanan @ Ra.Re FoodSpace
Terdapat 30 gerai makanan di Ra.Re FoodSpace, suatu ruangan yang boleh menempatkan sehingga 500 pengunjung pada satu-satu masa.
Sudah pasti 30 gerai ini memang takkan dapat dilawati dalam sekali harung kan. Maknanya kena datang lagi kan?
Believe me, you'll not regret coming to Ra.Re FoodSpace more than once. I did! I visited the place twice already and still have not covered the whole food stalls.
Nampak gaya kena datang lagi la kan?
Fakta Menarik: Makanan dan Minuman di sini berharga dari RM3 sehingga RM15 sahaja.
Baiklah, ini antara gerai makanan yang Rawlins dan rakan-rakan lawat dan order makanan tempoh hari. And korang pun patut order makanan yang Rawlins senaraikan tau.
Balangman: Paling penting di mana-mana food court adalah air. Kat Balangman siap ada Loyalty Card ye. Beli 2 dapat percuma 1. Paling sedap? Teh Ais Cincau.
Mee Goreng Ketagih: Yang nie order dan makan panas-panas memang layan!Hot Dog Challenge: Kami order Chili Cheese dan HDC Signature. Hotdog dan bread dia semua homemade ye. Jom Mentong: Dia nyer nasi embeng dan asam pedas pari - pergh! Memang tak pandang kiri kanan ye.ANZ Ikan Bakar Portuguese: Kami order lala dan sotong grill. Ada kawan tu makan sampai tak offer kat yang lain hahahaBig Joe's Fried Chicken: Ada di kalangan kawan Rawlins yang memang kaki makanan korea. And he approved this one!Chef Tako: Peminat takoyaki? Yang nie wajib korang rasa ye. Sate Wak Samurai: Rawlins sempat melihat Wak membakar sate beliau. Memang dengan penuh kasih sayang dia membakar sate. No wonder la sate dagingnya empuk dan lazat wei. Tak terjangka daku makan sampai lebih 10 cucuk. Smashed Burger: Patty dan bun yang homemade dia memang empuk dan tebal.
Banyak bukan main kan kami order? Yang pasti tak berjaya dihabiskan dan terpaksa tapau bawa balik.
Yang pastinya Rawlins nak datang lagi sebab ada a few stalls yang Rawlins tak sempat nak rasa - yang jual fries, yang jual burrito, yang jual yong tau fu, yang jual air buah dan banyak lagi.
Selain itu, Rawlins nak sokong kempen Ra.Re Foodspace iaitu #sapotlokal dan #makanlokal. Yelah, peniaga ni dah sehabis baik bertahan masa PKP sampai sekarang. Tiba kita semua datang dan sokong 30 gerak di Ra.Re Foodspace.
Ada yang nak teman Rawlins pergi lagi sekali tak?
Ra.Re on IG | Ra.Re on FB
#RaReWithBlogger #RaReFoodSpace #SapotLokal #MakanLokal #UptownKotaDame #LepakPlace #JomLepak #RawlinsEats #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.byrawlins.com/2021/12/best-night-out-di-rare-foodspace-kota.html