Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel Hotel Unik Di Ipoh Perak


 hai assalammualaikum
Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel, Unik Punya Hotel Di Ipoh Perak - Pernah sebelum ni nad dengan keluarga kecil nad menginap di Kinta RiverFront Hotel and Suites di Ipoh, waktu ni, suami ada kerja dekat sana, dia angkut sekali keluarga dia pergi sana. Tapi waktu dengan suami tak sempat jalan-jalan Ipoh sebab anak meragam. Kali ni, nad ke Ipoh dengan bestie Cici dan Sally. Saja nak me time, yang betul-betul me time..hehee. Kitaorang rancang bercuti 2 hari 1 malam sahaja. Bila fikir bercuti ni, mestilah fikir hotel dulu, tempah awal-awal dulu. Yang mencari hotel ni Cici, banyak la dia cadang hotel yang ada di Ipoh, dan akhirnya decide untuk pilih Ipoh Bali Hotel, hotel berkonsepkan bali

Entah bila nak pergi Bali kan, kita rasa dulu, amik feel dulu vibe Bali ni dekat Ipoh Bali Hotel..hehe.  Sampai je dekat hotel, terus ambik gambar dekat luar..hehee. Dari luar je dah unik dan menarik, belum lagi bahagian dalam. Ambil feeling Bali jom..hehehe. Selalu hotel kita menginap tinggi bangunan, tapi Ipoh Bali Hotel dia lain dari yang lain



Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel, Hotel Unik Di Ipoh Perak
Check in dekat Ipoh Bali Hotel pukul 3 petang. Kitaorang sampai dalam pukul 2.30 petang. 
Hotel ni takdala besar mana, mungkin bilik pun limited je, parking kereta pun tak luas, depan hotel je. Tapi, tak kisahla, masa kitaorang datang memang kosong takda kereta lgi..hehehe


Saat masuk ke ruang reception, Wah, teruja dengan suasana dia. Boleh tengok sekitar ruang legar di Ipoh Bali Hotel, dekorasi ala-ala bali, sangkar buluh tradisional, kayu semula jadi desa antik dengan perabot mewah dalam hiasan di lobi mencipta reka bentuk kontemporari yang canggih yang lahir daripada seni bina Bali, kayu kayan semua. Simple dan tenang je. So natural tau


Paling nad suka, staff dekat sini friendly betul. Senyum je selalu, cakap pun macam kawan-kawan je


Sebelah ruang pendaftaran, ada ruang menunggu dan juga ruang makan. Konsep 2 in 1 la gitu. Masa menunggu boleh minum kopi dulu. Dekat ruang ni jugala untuk breakfast. 
Cici tempah bilik besar, untuk 3 orang, dan harga bilik RM411 ++ . Pagi ada disediakan sarapan pagi, jadi, masa daftar tu, pilih menu siap-siap untuk sarapan pagi dan waktu untuk sarapan. Jadi esok pagi datang bagitau bilik mana dan tunggu sarapan datang. Layanan diaorang bagi memang tiptop, takde kelam kabut semua

Ok tak sabar kan nak tengok bilik Ipoh Bali ni macam mana kan..heehe..Jom masuk bilik





Lawa kan bilik dia, betul-betul vibe Bali. Dekorasi dalam bilik memang cantik, lukisan dekat dinding, hiasan dalam bilik, memang lain dari yang lain




Bestie 3 siti berjalan..hehee


Paling menarik, bilik yang kitaorang pilih ni depan ada kolam ikan. Ada pintu boleh dibuka untuk keluar ke kolam ikan tu. Ya Allah, serius best betul. Rasa tenang je, dengan bunyi air, depan pokok-pokok, tengok ikan. Siap ada buaian duduk tu. Memang tenang dan damai je rasa dia. 
Tapi kalau bawak keluarga, ada anak-anak, kene hati-hati. Yela, budak excited tengok ikan, takut terjun terus kang dalam kolam tu..hehehe

Apa yang kurang menarik, bilik kita dengan bilik sebelah-sebelah boleh nampak. Maksudnya bila korang lepak dekat luar area kolam ikan ni, jiran sebelah boleh intai. Dinding bilik ni bukan sampai penuh, separuh je, sebab kolam ni memanjang sampai bilik sebelah-sebelah. Nak pergi bilik sebelah pun boleh. Tu bahayanya. Jadi kena kunci pintu tu setiap kali nak keluar

Lepastu, kalau nak ikan tu datang ke tempat kau, kenala bagi makan. Ada makanan ikan dibagi masa daftar tu. Tapi kalau jiran sebelah dah bagi makan ikan, kenala tunggu ikan tu ke tempat korang



Ni bahagian bilik mandi, siap ada bathub lagi. Semua ada, berus gigi, tuala, hairdryer. Setiap bilik lain-lain tau, bilik air pun mungkin lain-lain

Comelnya, pintu tandas dia ada bentuk gajah, hahaha, lupa pulak nak ambik gambar, tapi ada ambik dekat video

Bilik ni kira luas juga la, tak tau bilik yang lain kan macam mana. Tapi untuk kami 3 orang je memang luas la juga

Kat sini lengkap segala kemudahan ada, oh wifi pun ada disediakan


Dalam bilik ada disediakan ubat nyamuk letrik, satu lagi ada besar punya untuk halau nyamuk..hahaa. Yela depan kolam ikan, denagn pokok-pokok, mestila datang nyamuk. Nak langkah berjaga-jaga dari nyamuk datang, tu sebab ada ubat nyamuk tu. Tapi, takda pun nyamuk masuk dalam bilik, lena je kitaorang tidur

Esok pagi kitaorang breakfast dalam pukul 8.30 pagi. Sarapan awal sebab nak lepak dekat kolam ikan tu sambil buat tiktok..hahaha. Korang boleh tengok tiktok nad tiktok.com/@nadiajohari1988  . Jangan lupa follow ya..hahhaha



Ni sarapan yang kitaorang pesan. Nad pesan Nasi Lemak Udang, Cici punya order Nasi Lemak Ayam Berempah dan Sally, Nasi Ayam Rendang. Ada menu lain macam dalam set pinggan tu ada hotdog, telur, hah macam tu la. Kitaorang pilih nasi sebab pagi-pagi lapor..hahaa

Sebelum sampai sarapan kitaorang, dihidangkan buah

Lepas tu boleh je ambil cornflakes, buat roti bakar, minum kopi, orange dan susu. 
Lepas sarapan, kitaorang naik tingkat atas untuk tengok persekitaran hotel ni

Hotel ni ada roof top tau, dekat tingkat tiga. Memang kena naik tangga la, dekat sini bukan guna lif ke apa..hahha. 





Tengok cantik kan, ruang untuk lepak semua. Kalau rajin bangun pagi tengok matahari terbit. Ni nad naik memang matahari memancar la ye, panas. Tapi cantik view dari sini. Macam tak ramai orang naik atas ni. Mungkin tempat ni buat event kot. 
Dekat depan hotel pun lawa tau, ada kolam juga. Ada port untuk bergambar juga. Memang vibe Ipoh Bali Hotel ni lain dari lain

Jadi, kalau korang bercuti ke Ipoh, bolehla masukkan senarai Ipoh Bali Hotel ni dalam list ye. Mana yang tengah nak berbulan madu, nak raikan birthday ke apa -apa la, best kalau buat dekat Ipoh Bali Hotel ni. Rasai sendiri menginap dekat hotel ni. Hotel ni pun dekat tengah bandar Ipoh, jadi nak pergi tempat menarik dekat Ipoh pun senang. 
Haritu kitaorang lepas check in hotel, terus tempah grab pergi jalan dekat Ipoh. Masa kitaorang sampai Ipoh, memang takda langsung parking, penat memusing, sudahnya pergi 2 tempat terus check in, lepas tu naik grab, pergi cari tempat best dekat Ipoh, senang

Kalau korang nak tepah, nak tengok lagi suasana Ipoh Bali Hotel ni, boleh pergi ke website diaorang https://ipohbalihotel.com/


Ipoh Bali HotelAlamat : 12A, Lorong Cheah Cheang Lim, Off Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia
Contact : +6 05 242 0222                +6 010 566 0222Email : [email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/06/best-menginap-di-ipoh-bali-hotel-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap 3h2m Di The Wembley A St Giles Hotel Penang

Menginap 3h2m Di The Wembley A St Giles Hotel Penang

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum wbtHILANG penat melayan jammed apabila kami akhirnya tiba di hotel penginapan Macam selalulah hotel pilihan Pak Inche jarang sekali mengecewakan Kali ini Pak Inche sekali lagi pilih hotel di Georgetown iaitu The Wembley A St...
Lepak Santai Di Taman Jepun Ipoh Perak

Lepak Santai Di Taman Jepun Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 342 hits
Dapatkan Gambar Menarik Di Taman Jepun Ipoh Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sekarang setiap hari Sha akan bawa anak ke taman atau padang untuk beriadah Aktiviti kami adalah bermain sukan badminton Tujuan Sha adalah untuk men...
Pengalaman Menginap Di Hotel Yang Dekat Dengan Airport Geno Hotel Selangor

Pengalaman Menginap Di Hotel Yang Dekat Dengan Airport Geno Hotel Selangor

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 408 hits
Pengalaman Menginap di Geno Hotel Shah Alam Selangor Seperti biasa kalau blog luqman zakaria akan ada banyak perkongsian pasal makanan dan juga hotel Untuk kali ini aku nak bawa korang explore Geno Hotel yang terletak di Selangor Geno Hotel...
Mardhiyyah Hotel Suites Pakej Istimewa Sempena Hari Bapa 2022

Mardhiyyah Hotel Suites Pakej Istimewa Sempena Hari Bapa 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 334 hits
RAIKAN PENGORBANAN BAPA MARDHIYYAH HOTEL SUITES HARGAI GOLONGAN BAPA DENGAN PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022 Terima Kasih Abah Pengorbanan insan yang bergelar abah ayah atau bapa sangat jarang ditonjolkan di hadapan anak anak MARDHIYYA...
Bercuti Di Hotel Seri Malaysia Taiping Dan Makan Yong Tau Foo Belakang Bomba

Bercuti Di Hotel Seri Malaysia Taiping Dan Makan Yong Tau Foo Belakang Bomba

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 247 hits
BERCUTI DI HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING DAN MAKAN YONG TAU FOO BELAKANG BOMBA Pre 10th Wedding Anniversary kekdahnya ni Unplanned vacation Alih alih je sampai sini Daddy dah sampai Taiping dulu sebelum Subuh Hari Rabu Mummy pulak ke Taiping ...
10 Packaging Air Minuman Unik Beraneka Saiz Bentuk Di Thailand

10 Packaging Air Minuman Unik Beraneka Saiz Bentuk Di Thailand

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 552 hits
Sebuah kafe di wilayah Songkhla Thailand menghidangkan minuman dalam beg plastik yang dianggap lucah Kafe Chadeen menyajikan minuman teh susu Thai teh hijau kopi dan soda buah kepada pelanggannya Disebabkan terdapat banyak persaingan di kaw...
Lee Siyoung Daki Gunung Breithorn Catat Rekod Unik Buat Kumpulan Pendaki Wanita Dunia

Lee Siyoung Daki Gunung Breithorn Catat Rekod Unik Buat Kumpulan Pendaki Wanita Dunia

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 165 hits
Umum pasti mengenali pelakon Lee Si young yang sememangnya sangat menggemari aktiviti sukan lasak Baru baru ini Lee Si young memuat naik beberapa keping gambar dia mendaki bersama beberapa rakannya di akaun Instagramnya Lee Si young berjaya...
The Colours Of Life Bersemuka Fasa 1 Permulaan The Straits Hotel Melaka

The Colours Of Life Bersemuka Fasa 1 Permulaan The Straits Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 204 hits
The Colours of Life Bersemuka Fasa 1 Permulaan The Straits Hotel Melaka Ni juga adalah satu terobek Starting pada kami semua secara bersemuka Memang sangat ketat Macam macam prosedur yang perlu dipatuhi Lawatan Pemantauan Ujian kendiri The ...
Deddy Corbuzier Menikah Dengan Sabrina Chairunnisa Mas Kawin Unik Disorot

Deddy Corbuzier Menikah Dengan Sabrina Chairunnisa Mas Kawin Unik Disorot

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 152 hits
Sembilan tahun menjalin asmara Deddy akhirnya meminang Sabrina dengan mas kawin unik seperti tanggal pernikahannya
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan