Lepak Santai Di Taman Jepun Ipoh Perak


Dapatkan Gambar Menarik Di Taman Jepun Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sekarang setiap hari Sha akan bawa anak ke taman atau padang untuk beriadah. Aktiviti kami adalah bermain sukan badminton. Tujuan Sha adalah untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak dengan aktiviti sihat dan mengeluarkan peluh. Maklumlah sekarang berat badan Sha dan Abang Zaryth pun makin naik mendadak. Agak merisaukan.
Isnin lepas (6 Jun 2022) merupakan cuti kelepasan am sempena Hari Keputeraan Agong tetapi suami Sha bertugas, jadi Sha luangkan masa dengan anak-anak sahaja. Minggu ini juga anak-anak cuti penggal sekolah selama satu minggu. Walaubagaimanapun Sha tidak mengambil cuti untuk bercuti ke mana-mana.
Tetapi sebagai ibu walaupun tidak bercuti ke mana-mana, Sha suka mencipta aktiviti bersama anak-anak sekalipun hanya di sekitar Ipoh. Selepas suami bergerak ke tempat kerja pada pukul 2.00 petang, Sha dan anak-anak bergerak ke Ipoh. Sebelum beriadah, Sha ke kedai kain di Ipoh terlebih dahulu.
Aktiviti Santai Di Taman Jepun Ipoh, PerakSetelah selesai membeli kain untuk projek getah rambut Sha, kami terus ke Taman Jepun. Rancangannya selepas bersiar-siar barulah kami mula main badminton. Taman Jepun ini sebenarnya dah beberapa kali masuk, tapi agak lama dah tak masuk mungkin anak-anak pun dah lupa macam mana rupa taman ini.



Sejarah Taman Jepun Di Ipoh, Perak
Taman Jepun yang terletak di Taman Rekreasi D.R Seenivasagam di Ipoh, Perak mempunyai keluasan 1.2 hektar yang dibina mengikut struktur landskap unik seperti Taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. 
Taman ini secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Salleh Bin Haji Sarif bersama Datuk Bandar sebelumnya, Dato Haji Umar Bin Haji Abu. Sementara itu Mr.Watanabe mewakili Datuk Bandar Fukuoka dalam majlis tersebut.
Taman ini mendapat gelaran “Taman Mini Jepun” setelah termeterainya perjanjian di antara Bandar Raya Ipoh dan Bandar Raya Fukuoka pada 21 Mac 1989 sebagai Bandar Raya Berkembar.

Landskap taman ini adalah hasil reka bentuk Pegawai Landskap Majlis Bandaraya Ipoh dengan dibantu dan atas nasihat dan kepakaran daripada Pegawai Landskap Fukuoka City Goverment. Secara  keseluruhannya suasana di Taman ini mendamaikan seolah-olah berada di Negara Jepun itu sendiri.

Perjanjian yang telah dimeterai pada 21 Mac 1989 ini juga merupakan perjanjian yang pertama Bandar Raya Berkembar yang terjalin diantara Negara Jepun dan juga Malaysia.


Port Bergambar Cantik Di IpohTaman Jepun ini menjadi pilihan kepada sesiapa yang ingin membuat sesi fotografi dengan tema alam semulajadi yang menghijau. Semasa Sha berada di sini terdapat tiga pasangan sedang menjalani sesi bergambar. Tidak kurang juga yang datang bersama rakan-rakan untuk merakam kenangan bersama.













Pokok yang menghijau mengelilingi kolam di tengahnya sangat menenangkan mata fikiran pada yang mengunjunginya. Ditambah pula dengan hidupan yang ada didalam air seperti kura-kura dan pelbagai jenis ikan.




Lokasi Taman Jepun Ipoh, Perak

Mungkin antara korang tidak tahu akan kewujudan Taman Jepun di Ipoh. Sebelum ini Sha pernah mengunjungi Taman Jepun yang terletak di Bukit Tinggi. Untuk pengetahuan korang, Taman Jepun ini terletak di Taman Rekreasi D.R Seenivasagam Ipoh. Taman ini tidak jauh daripada Hospital Ipoh. Jalan masuk ke taman ini diapit 2 padang bola dikiri kanannya.





Majlis Menanam Pokok Sempena Ulangtahun ke-30 Bandara Raya Berkembar Ipoh - FukuokaSha nak kongsikan sedikit info yang ada di taman ini dengan korang.

Sempena ulangtahun ke-30 Bandar Raya Berkembar Ipoh-Fukuoka pada tarikh 4hb Disember 2019, satu majlis Menanam Pokok "Memorial Tree" telah diadakan di taman Jepun yang terletak di Taman Rekreasi D.R Seenivasagam di Ipoh

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim bersama-sama Datuk Bandar Fukuoka, Mr.Soichiro TAKSHIMA telah menanam pokok "Tabebuia Rosea spp" sebagai tanda persahabatan di antara Bandar Raya Ipoh dan Bandar Raya Fukuoka.
 




Taman Rekreasi Di IpohSelain Taman Rekreasi Gunung Lang, korang boleh ke Taman D.R Seenivasagam untuk beriadah bersama keluarga. Selain Taman Jepun di sini juga ada taman permainan, pusat sewaan basikal untuk bersiar-siar sekitar taman. Untuk masuk ke taman ini adalah percuma jadi dapatlah jalan-jalan ke taman rekreasi percuma.

Kawasan sekeliling juga menenangkan dengan kawasan yang agak luas. Terdapat pokok-pokok besar di pinggir padang sesuai untuk berteduh. Taman ini dijaga rapi dan bersih, jadi jika korang berkunjung ke sini nanti sama-samalah menjaga kebersihan.
Sebelum ini Sha pun pernah menyambut hari lahir Abang Zaryth di sini. Bagi yang nak sambut besday simple di padang bolehlah ke sini. Suasana santai dan luas memberi privacy kepada pengunjungnya. Apa lagi, jika korang ke Ipoh dan mencari tempat menarik di Ipoh boleh masukkan dalam senarai korang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/06/lepak-santai-di-taman-jepun-ipoh-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Santai Di Taman Semuanya Lebih

Santai Di Taman Semuanya Lebih

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 254 hits
SANTAI DI TAMAN SEMUANYA LEBIH Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt BETUL SANGAT SANGAT Ini pendapat PC Lain orang ada pandangan yang berbeza Tapi bila sebut santai bermakna bebas daripada kesibukkan K...
Resepi Rendang Tok Asli Perak

Resepi Rendang Tok Asli Perak

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 164 hits
RENDANG TOK ASLI PERAKBAHAN BAHAN 1 1 2 kg daging 3 liter santan1 biji kelapa parut sedikit isi kelapa 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam3 batang serai 1 batang kulit kayu manis4 biji bunga lawang10 biji bunga cengkih1 1 2 keping...
Rare Earth Mining Project Not In Forest Reserve Perak Mb

Rare Earth Mining Project Not In Forest Reserve Perak Mb

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 255 hits
The rare earth mining project in Hulu Perak is not in a permanent forest reserve and is outside the central forest spine area said Perak Menteri Besar Saarani Mohamad He said the site involves land owned by the State Agricultural Developmen...
Travelog Penang Perak Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam

Travelog Penang Perak Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 225 hits
Travelog Penang Perak Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Alhamdulillah niat nak bawa anak anak jauh sikit tercapai tahun ni Lama jugak dok plan nak bawa anak anak ni berjalan Kalau tak asyik balik Melaka dengan Kota Tinggi je Jadi ada rezek...
Himpunan Latih Tubi Soalan Spm Bahasa Melayu Amanjaya Yayasan Perak

Himpunan Latih Tubi Soalan Spm Bahasa Melayu Amanjaya Yayasan Perak

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 188 hits
Himpunan Latih Tubi Soalan SPM Bahasa Melayu Amanjaya Yayasan Perak Khas persediaan untuk menghadapi SPM berkenaan penyediaan bahan pendidikan kepada guru guru yang mencari bahan pengajaran sekolah dan menyediakan tugasan untuk murid murid ...
Polis Perak Siasat Kejadian Lelaki Amuk Di Lebuhraya Utara Selatan

Polis Perak Siasat Kejadian Lelaki Amuk Di Lebuhraya Utara Selatan

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 202 hits
Polis Perak siasat kejadian lelaki amuk di Lebuhraya Utara Selatan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Jun 2022
Vista Point Ipoh Rest Stop

Vista Point Ipoh Rest Stop

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 234 hits
Sejak menetap di utara tanah air hampir 2 tahun agak kerap saya dan encik suami berulang alik ke arah KL atas tuntutan kerja Setiap kali balik melalui Lebuhraya PLUS arah utara sebelum masuk terowong nampaklah papan tanda ada gambar orang t...
Hiburan 35 600 Rakyat Mati Tau Tak Netizen Tak Setuju Pm Terima Honorary Doctorate Di Jepun Ungkit Cerita Prn Sabah

Hiburan 35 600 Rakyat Mati Tau Tak Netizen Tak Setuju Pm Terima Honorary Doctorate Di Jepun Ungkit Cerita Prn Sabah

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 173 hits
Universiti tertua di Jepun Universiti Nihon telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menurut anugerah itu adalah tanda pengiktirafan usaha dan sumbangan beliau dalam memera...
Tak Ada Isu Kita Patut Serabut Kepala Bila Ismail Sabri Tun M Dan Azmin Sama2 Ada Di Jepun

Tak Ada Isu Kita Patut Serabut Kepala Bila Ismail Sabri Tun M Dan Azmin Sama2 Ada Di Jepun

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 192 hits
Sejak beberapa hari lalu lagi apabila diberitakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Mahathir Mohamad serta beberapa menteri sama sama berada di Jepun ada yang membuat spekulasi serta tafsiran bahawa suatu rancangan politik telah b...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar