Berubahlah Demi Agama


Islam adalah addin yang menyempurnakan semua keperluan fitrah kejadian manusia yang berkehendakkan kepada kemewahan dan kesenangan hidup di dunia. Islam menyediakan landasan peraturan yang menggalakkan dan membenarkan penganutnya memenuhi keperluan jasmani dan rohaninya.

Islam tidak menolak keduniaan semata-mata mengejar kehidupan akhirat. Sesungguhnya, kekayaan dan kesenangan hidup di dunia adalah anugerah yang disediakan oleh Allah untuk direbut setiap hamba-Nya. 

Islam tidak menghalang usaha mencari kekayaan dan kesenangan hidup di dunia. Bahkan, tugas mencari rezeki adalah wajib untuk memenuhi keperluan hidup.  

Sesiapa berusaha mencari kekayaan dan kesenangan hidup mengikut seperti dianjurkan Islam, maka dia memperoleh apa yang diingini di dunia ini dan balasan kebaikan untuk kehidupan di akhirat.

Ada pihak tidak memahami kehendak ajaran Islam berkaitan mencari kekayaan. Mereka menahan diri daripada mencari kekayaan dan kesenangan hidup di dunia dengan alasan tidak mahu lalai daripada melaksanakan ibadat. 

Ini bertentangan dengan perintah Allah.  Firman Allah bermaksud: “Dan tuntutlah dengan kurniaan yang telah dilimpahkan Allah kepadamu itu kebahagiaan hari akhirat dan janganlan engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalan) dari dunia.” (Surah al-Qashash, ayat 77).

Golongan yang tidak mencari kesenangan hidup di dunia sebenarnya bukan tidak inginkan kesenangan. Mereka sebenarnya malas. Sekiranya berpeluang mendapat secara mudah atau ‘percuma’, mereka tidak pula menolaknya. 

Jelas sekali adalah amat penting usaha mengubah sikap dan pemikiran bagi memacu orang Islam menghargai setiap peluang yang terbuka luas. Perbuatan mengaitkan kemiskinan sebagai takdir membuktikan sifat negatif menguasai diri.

Akibat pemikiran sempit itulah, umat Islam berdepan dengan kualiti hidup yang rendah berbanding penganut agama lain. Majoriti umat Islam di seluruh dunia sekarang ini menjalani kehidupan penuh kedaifan dan kesengsaraan. 

Umat Islam menjadi mangsa kepada kekayaan dan kecerdikan pihak lain. Lebih separuh daripada 58 buah negara Islam berada dalam kategori negara miskin. Jika dicampurkan semua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh negara Islam, masih tidak dapat mengatasi KDNK negara Jepun.

Amat malang sekali umat Islam tidak mampu menterjemah ajaran Islam dalam soal suruhan mencari kekayaan dan kesenangan hidup di dunia. Sebaliknya, lebih ramai yang melihat dari skop yang sempit apabila membaca ayat al-Quran atau hadis. 

Ada golongan yang menjadikan kemiskinan sebagai cara mendapat kelebihan di sisi Allah. Mereka mengaitkan kemiskinan sebagai lambang orang soleh berdasarkan maksud beberapa hadis.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku miskin dan kumpulkanlah aku di padang mashyar dalam golongan orang yang miskin.”  (Hadis riwayat Tirmizi).

Tirmizi juga meriwayatkan hadis bermaksud: “Akan masuk syurga umatku yang fakir sebelum yang kaya dengan 500 tahun.”

Sebenarnya, maksud hadis itu bukan menyuruh umat Islam menjadi miskin. Sebaliknya, hadis itu menjelaskan dari prespektif Islam bahawa kemiskinan bukan satu kehinaan di sisi Allah dan bukan menentukan kedudukan di akhirat nanti.

Allah menilai seseorang berdasarkan kepada ketakwaan dan bukannya kekayaan yang dimiliki. Tetapi, Islam menggalakkan agar umatnya kaya di dunia.   

Hadis itu antara lain bertujuan memberi semangat di kalangan para sahabat yang miskin bahawa di akhirat nanti mereka tetap mendapat tempat yang baik. Biarpun hidup di dunia ini dilingkari kemiskinan, mereka tetap mendapat balasan kebaikan di akhirat atas apa yang diusahakan di dunia.  

Banyak sahabat Rasulullah yang miskin merasa rungsing disebabkan tidak dapat  bersedekah dan mengeluarkan zakat. Sedangkan mereka mengharapkan ganjaran yang sama seperti diperoleh di kalangan sahabat yang kaya.  

Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyebut mengenai kelebihan orang membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Lanjutan itulah menyebabkan para sahabat yang miskin merasa satu kerugian pada diri mereka. 

Namun, ada golongan yang menjadikan hadis dan ayat al-Quran berkaitan kelebihan kehidupan miskin dan amaran kecelakaan bagi orang kaya dijadikan alasan untuk hidup miskin. 

Golongan ini lupa tentang janji-janji Allah bagi sesiapa berusaha mencari kekayaan dan membelanjakan ke jalan Allah. Sesungguhnya kekayaan di dunia ini amat besar manfaatnya bagi orang Islam yang bertakwa.

Hakikat sebenarnya, kekayaan dan kesenangan hidup di dunia adalah ujian menentukan darjat seseorang di sisi Allah. Sesiapa mendapat kekayaan dan membelanjakan harta itu untuk jalan kebaikan, maka dia mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Fahaman yang memisahkan umat Islam dengan kejayaan dan kekayaan di dunia diasaskan golongan menolak fitrah kejadian manusia dan mengkufuri nikmat disediakan Allah. Alam ini telah dipermudahkan bagi manfaat manusia mendapatkan apa diingini mengikut aturan yang ditetapkan. 

Allah berfirman bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” (Surah al-Mulk, ayat 15).

Bagaimanapun rezeki dan kesenangan hidup tidak datang secara bergolek jika tidak diusahakan mendapatkannya. Sesiapa bijak dan gigih menggunakan ketajaman fikiran serta kekuatan khudrat, maka baginya dilimpahkan rezeki yang banyak di atas apa yang diusahakan.    

Kemiskinan dan kelemahan hidup menjadikan umat Islam tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. Orang Islam yang miskin tidak berpeluang mendapat pahala bersedekah, zakat, membelanjakan ke jalan jihad dan membantu sesama Muslim.

Oleh itu sesiapa yang ingin menyempurnakan Rukun Islam iaitu mengeluarkan zakat dan menunaikan haji, maka perlulah dia terdiri golongan kaya. Orang miskin tidak mampu melaksanakan kedua-dua ibadat itu untuk melengkapkan Rukun Islam.

Malah dalam keadaan miskin dan melarat sukar untuk menumpukan perhatian untuk melakukan ibadat lain. Contohnya dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa, sudah pasti sukar untuk menunaikan ibadat sembahyang, berzikir dan sebagainya.

Jadi, tidak benar jika dikatakan harta tidak diperlukan untuk melakukan ibadat. Sebab itu, sesiapa yang ingin melengkapkan Rukun Islam perlu berkerja gigih untuk mencukupkan harta sehingga mampu menunaikan kedua-dua ibadat yang berkaitan dengan harta itu.

Sesiapa berada dalam keadaan miskin dan melarat, fikirannya menjadi celaru dan keliru sehingga mungkin terdorong melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama untuk mendapatkan sesuap nasi. 

Sebab itu Rasulullah menjelaskan kemiskinan menghampirkan seseorang kepada kufur dan munafik. Lantaran itu Rasulullah sering berdoa agar dijauhkan daripada kemiskinan.   

Ulama terkemuka, Yusof Qardhawi melihat kemiskinan sebagai sesuatu yang amat berbahaya bukan saja kepada individu bahkan keluarga, bangsa, masyarakat, akidah, kepercayaan dan kebudayaan. 

Beliau berpendapat wajib setiap orang Islam menyatakan perang terhadap kemiskinan dan berusaha keras untuk membendungnya, serta membendung kemungkinan yang dapat menimbulkannya.

Sesungguhnya seluruh umat Islam perlu bangkit sebagai umat terbaik dan menjadi contoh kepada penganut agama lain. Dengan cara itu, Islam akan lebih menarik minat orang mendekatinya. 

Sekiranya penganut Islam menghayati sepenuhnya ajaran Islam, akan menampakkan kelebihan dan kesempurnaan Islam yang sebenarnya. Sedangkan jika tidak diamalkan, maka kesempurnaan Islam hanya menjadi ilusi yang tercatat dalam al-Quran dan hadis. 

Sejarah telah membuktikan bagaimana umat Islam pernah menjadi kuasa terkuat dan menguasai tiga suku dunia. Kejayaan tersebut adalah hasil daripada kesedaran umat Islam pada masa itu tentang penting ilmu dan mencari kekayaan dunia

Dalam surah yang sama firman-Nya bermaksud: “Tidak ada dosa atas kamu untuk mencari rezeki daripada Tuhanmu.” (Surah al-Baqarah, ayat 198).

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rezeki yang berkat dapat diraih pada waktu pagi. Nabi SAW bersabda: "Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan." (Riwayat Ath-Thabrani dan Al-Bazzaar).

Ini dijelaskan lagi oleh Nabi SAW dalam sabdanya: "Selesai solat fajar (Subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki." (Hadis riwayat Thabrani). 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/fgt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Kehormatan Agama Dan Bangsa Khabib Rela Pertarungannya Dengan Mc Gregor Tak Dibayar

Demi Kehormatan Agama Dan Bangsa Khabib Rela Pertarungannya Dengan Mc Gregor Tak Dibayar

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 311 hits
Khabib Nurmagomedov tak mengambil uang dari pertandingannya melawan Conor McGregor pada Ahad Habib mengatakan uang tersebut boleh ditahan demi menjaga kehormatan yang telah ia perjuangkan Kalian dapat menyimpan uang saya yang kalian tahan K...
Profesor Dari Jepang Memeluk Agama Islam Setelah Meneliti Keunikan Air Zam Zam

Profesor Dari Jepang Memeluk Agama Islam Setelah Meneliti Keunikan Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 757 hits
Professor dari Japan memeluk agama Islam kerana keunikan air zam zam Firman Allah S W T Dan apakah orang orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian Kami pisahkan antara k...
Kelahiran Kefahaman Agama Versi Baru Tanpa Mereka Sedar

Kelahiran Kefahaman Agama Versi Baru Tanpa Mereka Sedar

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 269 hits
ISLAMIS PRAGMATIK BAKAL MEMBAWA MAFSADAH KEPADA UMAT KESELURUHANNYAKefahaman politik sesetengah pihak islamis yang pragmatik akan membawa kepada satu kelahiran kefahaman agama versi baru tanpa mereka sedar Mungkin di sisi mereka mereka faha...
Agama Sebagai Sauh Kemoralan Masyarakat

Agama Sebagai Sauh Kemoralan Masyarakat

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 461 hits
Assalamualaikum atau hai semuanya hari ini Allz nak sambung bahagian kedua Dulu sebelum wujudnya undang undang agama dan nilai moral menjadi salah satu alat untuk menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang teruk Agama dan ...
Soal Jawab Kemuskilan Agama 1 Menggunakan Tangkal

Soal Jawab Kemuskilan Agama 1 Menggunakan Tangkal

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 243 hits
Soal Jawab Agama Siri 2 Soalan Pertama Apakah hukum menggunakan tangkal tangkal yang mengandungi ayat ayat al Quran Jawapan Kita tak perlu takut kepaad jin jin kafir dan syaitan kerana mereka tak kuat yang Maha Kuat dan Maha Hebat hanyalah ...
Islam Bukan Agama Ciptaan Manusia Islam Adalah Agama Allah 8460

Islam Bukan Agama Ciptaan Manusia Islam Adalah Agama Allah 8460

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 790 hits
Islam dengan cabaran luaran dan dalaman yang dihadapinya https www facebook com TerapiNurSyifa photos rpp 420778701355702 1457546784345550 type 3 theaterMemelihara Agama Mengapa Rasulullah Hancurkan Berhala 1 Ketika berjaya menguasai Mekah ...
Sebelum Total Berhijrah Arie Untung Sempat Hampir Kepeleset Pindah Agama

Sebelum Total Berhijrah Arie Untung Sempat Hampir Kepeleset Pindah Agama

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 262 hits
Arie Untung Siapa yang tak kenal mantan aktor sekaligus presenter berparas rupawan yang satu ini Sebelum mantap hijrah seperti saat ini ternyata Arie pernah hampir terjerembap berpindah keyakinan Hal itu terjadi ketika dirinya masih membuja...
Gerak Jalan Lintas Pemeluk Agama Di Cfd Serukan Pemilu Damai

Gerak Jalan Lintas Pemeluk Agama Di Cfd Serukan Pemilu Damai

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 163 hits
Kementerian Agama dan seluruh instansi berbagai agama melakukan gerak jalan untuk menyambut Pemilihan Umum 2019 mendatang Gerak jalan dilakukan pada Car Free Day Jakarta Pusat mengangkat tema Kerukunan Umat Beragama
Bersama Fpi Di Palu Bantu Xkira Agama

Bersama Fpi Di Palu Bantu Xkira Agama

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 165 hits
Ilustrasi Massa FPI Catatan Perjalanan Gempa Siri 5Bersama FPI Di Palu Bantu XKira Agama HARI ini Ahad 21 Oktober 2018 dilaporkansukarelawan Front Pembela Islam di Sigi Sulawesi Tengah telah dilanda tanah runtuh Pasukan sukarelawan Hilal Me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025