Bertugas Konvokesyen Kpypj Ke 23


 Assalamualaikum wbt

ALHAMDULILLAH.. Selepas dua tahun tiada Majlis Konvokesyen, tahun ini dapat dilaksanakan juga Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ ke - 23. Majlis konvokesyen kali ini melibatkan graduan yang tamat pada 2019, 2020 dan 2021 sebanyak lima sesi


Tahun 2019, SK tidak bertugas semasa konvo kerana ada urusan di Ipoh. Sejak bekerja dalam bidang pendidikan telah berpuluh kali bertugas semasa konvokesyen. Pernah jadi pengacara majlis, usherer majlis, usherer jemputan, usherer graduan dan usherer cenderahati. Tahun ini Sk ditugaskan di bahagian jemputan ibubapa. Kurang stress, selepas majlis bermula dan pintu dewan ditutup, dah boleh balik


Sk cuma bertugas pada sesi kedua, hari Sabtu iaitu sesi petang. Kolej sepakat untuk mengulang tema tahun 2019 di mana staf wanita akan memakai pakaian songket. Walaupun begitu, ongkosnya di bawah tanggungan sendiri. Ada pembekal pakaian songket siap datang ke pejabat. Tiada paksaan pun sebenarnya untuk membeli. Terdapat dua pilihan iaitu potongan Riau dan Kurung Moden


Sk pilih kurung moden warna hijau zamrud. Sebelum keluar rumah bergambar dulu depan pagar berkarat dengan latar belakang rumah dua tingkat yang berhadapan dengan rumah setingkat iaitu rumah Sk


Kalau beli baju ready made, lengan mesti senteng. Begitu jugak jika hantar tukang jahit kain yang berkaki. Memang tak cukup panjang. Tapi, dulu ada seorang tailor di Parit Raja yang pandai curi kain. Jahitannya tak pernah mengecewakan. Mana yang tak sampai, dia akan sambung tanpa dapat dikesan jahitan sambungan tu


Kami berempat petugas jemputan/ ibubapa. Seronok memasing, sebab dapat balik awal. Naza pilih songket biru tua dan Kak Narimah pilih hijau pucuk pisang. Rafidah tak pakai songket sebab ada masalah sikit. Haishhh... masa Program Ambang Merdeka tu pun, dia buat hal.. ni buat lagi. Tapi, baju dia ni pun ala-ala songket jugak dalam gambar, kan


Berbeza, bukan halangan untuk ceria bersama. Sk berdiri senget sikit, konon tak nak nampak ketara tinggi dari orang lain, tapi tetaplahhhh.. hahaha. Teringat dulu-dulu, kalau nak bergambar ramai-ramai, kena berdiri di barisan belakang. Diskriminasi terhadap orang tinggi. Tapi sekarang, lantakkkk.. hahaha


Bila dah masuk alam pekerjaan, jumpa kawan-kawan yang lebih tinggi dari Sk. Haaa.. ni Ina, Fashion Designer dari Kolej Kemahiran Johor cawangan Batu Pahat. Tinggi sedikit dari Sk. Tapi, ada lagi tau lagi tinggi


Jarak umur dan daerah berlainan bukan halangan kami jadi rapat. Tapi, tak tahulah bila agaknya SK nak jejak kolej Batu Pahat tu, haha. Tak pasti Ina bertugas di bahagian mana. Nampak sibuk jugak ke sini ke sana. Yang penting dah lega, kalau tak asyik ditanya, bila nak konvo? Bila nak konvo... sampai naik segannnn kita



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/bertugas-konvokesyen-kpypj-ke-23.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Graduasi Kc Iman Di Majlis Konvokesyen Polimas Ke 34

Graduasi Kc Iman Di Majlis Konvokesyen Polimas Ke 34

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 450 hits
Graduasi KC Iman Di Majlis Konvokesyen Polimas Ke 34 Alhamdulillah selepas tiga tahun bertungkus lumus belajar sejak 2017 KC Iman berjayah menamatkan pengajiannya pada pertengahan tahun tahun 2020 Sedihnya bila tiada majlis konvokesyen seba...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chelsea Idam Final Kedua Dalam Tiga Bulan Fluminense Intai Kejutan

Sokupi Port Mengopi Santai Dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Urus Niaga Dibatalkan Surat Baharu Dihantar Menuju Ke Arah Kekacauan Perdagangan Kalendar Pedagang Untuk 7 9 Jun

James Jacob Vanessa Chord

Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean

T S A To Let Travelers Keep Their Shoes On Ending Hated Rule