Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean


Pada 30 Jun 2025 di Singapore Rail Test Centre (SRTC), Tren pertama untuk projek RTS Link Johor Bahru – Singapura telah tiba secara rasmi. 
Sistem transit aliran ringan rentas sempadan ini bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia, dengan Woodlands North, Singapura. 
Bagi anda yang sering merentasi sempadan negara Malaysia – Singapura, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi.
Apa itu Rapid Transit System Link (RTS Link)? RTS Link, atau Rapid Transit System Link, adalah sistem kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira 4 km yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru, Malaysia, dengan Woodlands North di Singapura. 
Sistem transportasi ini jenis ini merupakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) moden yang bertujuan menyediakan pengangkutan berkapasiti tinggi, cepat, dan efisien antara kedua-dua stesen ini. 
Projek ini adalah kerjasama antara Malaysia dan Singapura untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor-Singapura, meningkatkan hubungan rentas sempadan, dan memupuk pertumbuhan ekonomi serta hubungan sosial.
Projek ini juga dijangka menggantikan perkhidmatan KTM Shuttle Tebrau pada tahun 2027, menawarkan perjalanan yang lebih kerap (setiap 3.6 minit pada waktu puncak) dan pengalaman perjalanan yang lebih lancar. 
Ciri-ciri Utama  Berikut merupakan beberapa ciri-ciri utama yang dimiliki Rapid Transit System Link, yang membezakannya dengan kenderaan awam yang lain.
Kapasiti dan Kelajuan Mampu mengangkut sehingga 10,000 penumpang sejam setiap arah, dengan masa perjalanan kira-kira 5-6 minit antara stesen. Integrasi Berintegrasi dengan sistem pengangkutan awam di kedua-dua lokasi, seperti Thomson-East Coast Line di Singapura dan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Johor Bahru. Imigresen dan Kastam Dilengkapi dengan kemudahan Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (ICQ/CIQ) yang terletak bersama di kedua-dua stesen, membolehkan pemeriksaan imigresen diselesaikan di stesen berlepas, menjadikan ketibaan lebih lancar tanpa pemeriksaan sempadan tambahan. Infrastruktur Merangkumi viaduk setinggi 25 meter melintasi Selat Johor, dengan stesen Woodlands North dibina di bawah tanah (kedalaman maksimum 28 meter) dan stesen Bukit Chagar di atas tanah.  Depoh penyelenggaraan terletak di Wadi Hana, Johor Bahru. Operasi Dikendalikan oleh RTS Operations Pte Ltd, syarikat usaha sama antara Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corporation Ltd dari Singapura. Jadual Operasi Dijangka mula beroperasi pada akhir 2026, dengan anggaran 40,000 penumpang sehari pada permulaan operasi. Tarikh Operasi Sistem kereta api ulang-alik sepanjang 4 km yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia, dengan Woodlands North, Singapura ini, dijangka akan siap sepernuhnya pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada 1 Januari 2027.
Pembinaan sistem kereta api ini akan mengambil masa hampir enam tahun dengan pembinaan bahagian Malaysia bermula pada November 2020 dan bahagian Singapura pada Januari 2021. Sehingga Jun 2025, kemajuan projek telah mencapai 56%, dengan ujian tren pertama sedang dijalankan di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC). 
Peta Jajaran Berikut merupakan peta jajaran sistem keretapi RTS Link ini:

RTS Link Simbol Kerjasama ASEAN RTS Link simbol kerjasama serantau ASEAN, menghubungkan Malaysia dan Singapura melalui sistem rel automatik bertaraf dunia. Viaduct Aesthetic Feature (VAF) berbentuk tangan berjabat melambangkan hubungan erat kedua-dua negara.
Projek ini diteruskan melalui Perjanjian Dua Hala pada Julai 2020 dan penyempurnaan span pada Januari 2024 disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Singapura. Ia menyokong matlamat Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dengan meningkatkan ketersambungan, memudahkan pergerakan rakyat, dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi rentas sempadan.
RTS Link dijangka merancakkan pelancongan dan pelaburan di Johor Bahru dan Singapura, sekaligus memperkukuh ekonomi ASEAN. Pembangunan sistem LRT moden ini turut memperlihatkan perkongsian teknologi dan kepakaran antara kedua-dua negara, yang boleh dijadikan model bagi projek ASEAN lain.
Selain menjimatkan masa dan kos perjalanan, RTS Link mempererat hubungan sosial dan budaya rakyat Malaysia-Singapura, selaras dengan matlamat Komuniti Sosiobudaya ASEAN. Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan ketersambungan fizikal tetapi menjadi contoh integrasi serantau yang sejajar dengan visi ASEAN 2025.
Manfaat RTS Link Berikut merupakan beberapa kebaikan yang bakal diperoleh dengan penubuhan RTS Link ini:
Peluang Pekerjaan Dianggarkan 1,500 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada penduduk tempatan semasa pembinaan dan operasi, termasuk pekerjaan penyelenggaraan tren di Depoh Wadi Hana. Kesalinghubungan Menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dengan pengangkutan yang lancar, bebas tekanan, dan bebas kesesakan lalu lintas. Integrasi Pengangkutan Sistem keretapi ini berintegrasi dengan mod pengangkutan awam lain di kedua-dua stesen. Mengurangkan Kesesakan Mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, yang kini digunakan oleh lebih 350,000 orang setiap hari. Berpatutan dan Selamat Menyediakan mod pengangkutan yang berpatutan dan selamat untuk penglaju harian. Mesra Alam Mampu membantu dalam mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya yang seterusnya menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan perjalanan yang lebih mampan. Baca juga: Peta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/rapid-transit-system/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rapid-transit-system

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
East Asia Eyes Bigger Global Role Through Asean 3 As Gdp Share Surpasses 25

East Asia Eyes Bigger Global Role Through Asean 3 As Gdp Share Surpasses 25

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 155 hits
With a combined GDP of nearly US 30 trillion Asean 3 nations back deeper cooperation to tackle shared threats and sustain growth momentum Foreign ministers of China Japan and South Korea with Malaysian foreign minister Mohamad Hasan at the ...
Rubio Hints At Trump Appearance At Asean Summit In Oct

Rubio Hints At Trump Appearance At Asean Summit In Oct

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 119 hits
The US secretary of state says they are also working on a date for the US Asean summit US secretary of state Marco Rubio said the US administration is working on getting a date for the US Asean summit called for by Malaysia in response to p...
Thailand Sees Asean Ramping Up Geoeconomic Digital Strategy

Thailand Sees Asean Ramping Up Geoeconomic Digital Strategy

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 153 hits
Foreign ministry spokesman Nikorndej Balankura says a geoeconomic task force is delivering early policy recommendations and a landmark digital agreement could double the region s digital economy by 2030 Thailand s foreign ministry spokesman...
Us Secretary Of State Marco Rubio Lands In Malaysia For Asean Meetings

Us Secretary Of State Marco Rubio Lands In Malaysia For Asean Meetings

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 169 hits
United States Secretary of State Marco Rubio arrives at Subang Air Base to attend the 58th Asean Foreign Ministers Meeting and related meetings at the Kuala Lumpur Convention Centre July 10 2025 Bernama picSUBANG JAYA July 10 US Secretary o...
Tariffs Won T Backfire On Us Or Alienate Asean Says Rubio

Tariffs Won T Backfire On Us Or Alienate Asean Says Rubio

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 128 hits
The US secretary of state says Washington may reach individual arrangements that change these numbers in a positive way US secretary of state Marco Rubio said the reciprocal tariffs are necessary to address the enormous trade deficits his c...
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

Drama Seadanya Kita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Capai 2k Views Blog Ini Bukti Usaha Tidak Sia Sia

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Beli Lakewood Pure Cranberry Di Jaya Grocer

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video