Sokupi Port Mengopi Santai Dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah


Semalam lepas hantar mak appointment di Hospital Kuala Pilah, kami ke Sokupi sebentar kupi-kupi kejap. Dah lama berhajat nak ke sini sejak dibuka. Tapi itulah memanjang penuh je kalau weekend. Full house sampai parkir pun tak ada. 
Untuk mengubati kekecewaan tu, kami singgahlah alang-alang dah ke Pilah tu. Sokupi pula buka awal jam 10.00 pagi sampai 10.00 malam. Kami sampai jam 10 lebih macam tu. Sampai di waktu yang tepat selepas di buka
 
Suasana tenang dan lengang. Masih belum ada pelanggan yang datang. Kamilah pelanggan pertama Sokupi semalam. Tertarik 
SOKUPIKedai kopi yang baru di buka di Kuala Pilah pada bulan Januari 2025 yang lalu. Sebuah kafe aesthetic dan Instagrammable dengan suasana santai yang menarik. Menawarkan pelbagai jenis minuma kopi dan bukan kopi serta makanan ringan seperti pastry dan kek

Saya suka konsep cafe yang easthetic macam ni. Serba putih dengan gaya industrial. Cantik papan tanda besi berdiri dua sisi ni. Atau dipanggil sandwich board sign/ A-frame sign dengan logo Sokup bersama taglinenya "ruang berkopi cerita"


Encik suami memberi salam dan salam di jawab mesra oleh pekerja cafe. Kami terus ke kaunter membuat pesanan. Konsep pesanan di sini, buat pesanan dan terus buat bayaran di kaunter

Menu semua ada diletakkan di kaunter. Jadi, pilih saja mana yang berkenan. Nampak di kaunter ada kek, nampak sedap tapi tak beli sebab tak teringin nak makan kek pagi-pagi ni. 

Selepas buat pesanan dan bayaran. Kami pilih untuk duduk di bench panjang dan meja di sudut berdekatan pintu masuk. 

Ruang cafe yang boleh tahan luas juga. Ada berbagai jenis meja dan kerusi. Duduklah dimana yang rasa selesa dan menarik. Di bahagian dinding dengan dekorasi poster-poster yang menarik menangkap pandangan mata kita. 
Comel-comel lukisan mereka 
Di hujung sudut lain, ada dekorasi lampu lantai dan poster kejayaan mereka telah menjual 1000 cawan sSokupi latte, matcha untuk peminat matcha dan croffle sedap merupakan kepakaran mereka


Serta tak dilupakan kata-kata motivasi english campur loghat Nismilan.  Ringkas tapi padat pesananannya. 

Saya suka kata-kata ni. Buek tak apik tu maksudnya buat tak peduli/kisah. Kira macam 'abaikan je'. 

Disediakan juga air masak dalam botol yang disediakan. Selain tu ada peralatan makan sudu, garpu dan pisau di sini. Kena ambil sendiri ye. 


Ruang Barista beraksi
Tak lama menunggu. Leka dek ambil gambar, tahu-tahu pesanan kami dah siap. Saya pilih hazelnut coffee panas macam biasa. Dihidangkan dalam cawan kertas bersama logo Sokupi


Walaupun dihidangkan dalam cawan kertas bertutup, tetaplah ada latte art ye. Saya lebih suka minum tanpa penutup. Senang nak minum pun. Lagi menarik kalau mereka hidangkan dalam cawan kopi latte tu. Lagi instagrammable dan easthetic gitu

Kopi hazelnut latte yang sedap, hujung-hujung rasa kopi yang pahit sikit


Encik suami pilih air kopi Caramel Macchiato sejuk. Ada panas ada sejuk. Dapat rasa dua-dua versi minuman gitu. Caramel macchiato yang sedap balance rasa kopinya. Tak manis sangat


Dah pesan kopi, mestilah kena pesan makanan juga. Takkan tidak. Tapi kami pesan satu je makanan buat rasa-rasa. Saya pilih pistachio croffle with almond slice and ice cream


Cantik hidangan croffle dia dengan drizzle pistachion, taburan almond slice dan ice cream vanilla on top. Instagrammable sangat kan. Bagi Puan Isteri merasmikan dulu crofflenya


Masa croffle sampai tadi, saya dah terbau-bau aroma butter yang sedap. Wah, mesti sedap ni saya bermonolog. Potong dengan berhati-hati. Lembut dan mudah dipotong

Bismillah...Hmmm Sedapnya! Ya ampunn...dia punya sedap tak terkata. Rasa menyesal pula tak pesan dua. Nak order lagi macam nak, macam tak nak. Kejap lagi nak makan tengahari pula. Okay, lupakan hasrat nak pesan lagi. Tapi nak datang lagi lain kali


Tak lama kami lepak mengopi kami gerak balik ke kampung encik suami, rumah mak mentua. Sementara tunggu urusan mak siap, kita kemas-kemas rumah dulu


Sebelum gerak kita ambil gambar dulu. Kalau tidak bila lagi. Sementara tak ada pelanggan lain, bolehlah kita bergambar tanpa manusia lain. 
Saya sangat tertarik dengan floating bench ni. Cantik dan menarik konkrit dengan gaya industrial ni kan

Puteri lilin tumpang berpanas kejap. Mujur tak ada alahan.
Disudut atas floating bench ada juga cermin bulat besar ni. Tak lupa juga untuk ambil gambar dengan 5x zoom


Dah puas ambil gambar. Dah jom kita balik! Nanti kembali lagi nak mengopi dan makan croffle yang very aromatic buttery super sedap tu. Nak pergi weekend sentiasa full house. Kena tunggu weekdays beginilah baru boleh lepak santai

Lokasi SokupiLot 2869, Batu Satu, Jalan Seremban - Kuala Pilah, Taman Pilah Jaya, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
instagram: @Sokupi_

Berdekatan dengan rumah kampung Sari yanti tu, kalau dari jalan besar masuk jalan kecil sebelah kedai Ah Meng Kopitiam tu je. Orang Pilah mesti tahu

Sekarang dah makin banyak kedai kopi, port lepak mengopi di Kuala Pilah yang menarik. Ini sudah bagus, banyak pilihan untuk geng suka kopi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/07/sokupi-kuala-pilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Kari Lontong Satay Sedap Di Penang Port Sarapan Wajib Cuba

Mee Kari Lontong Satay Sedap Di Penang Port Sarapan Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 147 hits
Bila ke Penang apa agaknya aktiviti nombor satu yang korang tak pernah miss Kalau sis mestilah cari port sarapan atau tempat makan sedap Negeri yang kaya dengan pelbagai pilihan makanan ni memang tak pernah mengecewakan Port Sarapan di Maka...
Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap

Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 191 hits
Sedapnya Somtam Betik perkongsian saudari Rosmaliza Omar ni Bagi penggemar sajian menu ni antara yang patut anda cua hasilkan sendiri di rumah Bahan bahannya sangat udah dan senang diperolehi Paling penting ada betik mengkal Barulah menjadi...
Ww Satay Dan Maggi Celop Tak Sedap

Ww Satay Dan Maggi Celop Tak Sedap

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 129 hits
Assalamualaikum Ntah kenapa kami suami isteri singgah kat sini masa hari Rabu minggu lepas dan ntah kenapa satay dan mee celop yang dulu sedap jadi tak berapa sedap di tekak kami takpe la rezeki takat itu je kot Rabu tu balik kerja SA kelap...
Resipi Stir Fried Egg Tofu Yang Mudah Sedap Gerenti Repeat

Resipi Stir Fried Egg Tofu Yang Mudah Sedap Gerenti Repeat

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 151 hits
Buat anda yang buntu memikirkan menu apa nak masak hari ni boleh cuba buat Stir Fried Egg Tofu yang mudah dan sedap di makan Makan panas panas memang ngam Tak percaya Cubalah sendiri Anda pasti puas hati STIR FRIED EGG TOFU Bahan bahan 2 pe...
Resipi Tomyam Santan Kaw Sedap Lain Macam

Resipi Tomyam Santan Kaw Sedap Lain Macam

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 177 hits
Anda peminat Tomyam Jom cuba resipi Tomyam Santan perkongsian saudara Hafiz Rahman ni Kaw sedap berlemak Memang lain berbanding Tomyam yang biasa kita makan Bila masak sendiri ni boleh letak pelbagai lauk kegemaran Memang puas makan Jom cub...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Matcha Sofuto Sedap Jugalah

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 238 hits
Belek belek phone nampak gambar Matcha Sofuto Oh baru teringat ada beli aiskrim lepas membeli haritu Family Mart di sebelah kedai tu je Singgah sebab nak beli roti sebenarnya Buat alas perut sementara menanti makan nasi di rumah nanti Nak b...
2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 154 hits
Tak sangka dapat banyak pulak daging korban kali ni Awalnya KN Emy bagi sepaket daging korban katanya ada ada orang sedekah pastu bila habibi sampai rumah dia bawa 2 pek daging korban dari ofis Uishh tetiba banyak pulak Tapi tak pe tu naman...
Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 191 hits
Resipi Lobster Butter Cheese ini sesuai dihidang untuk hari hari istimewa dengan keluarga seperti anniversary hari jadi dan sebagainya Sekali sekala makan mewah apa salahnya kan Cara masak lobster butter cheese ini cukup ringkas tapi hasiln...
Lunch Mee Rebus Sedap Dan Murah

Lunch Mee Rebus Sedap Dan Murah

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum Kawan office ada open order last week SA lupa SA memang x bawak bekal hari ni kan pagi tadi SA dah siap siap beli sandwich kan rasa kenyang sekali kawan datang hantar mee rebus ni dah order dan dah beli so kena la makan SA m...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kebun Halaman Rumah

Badan Kehakiman Perlu Bebas

Nak Cerahkan Wajah Jom Makan Buah Buah Ini

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi